Friday, March 11, 2016

Potong


Bila jenguk luar rumah,
dengan melihat matahari yang tersenyum lebar memancarkan cahayanya
sampaikan si botak berseluar merah pun memantulkan silau menusuk ke mata,
dan burung-burung biru yang tak dapat dikenali spesiesnya
riang gembira beterbangan di awan yang hanya ada dua ketul sahaja...

Maknanya,
ianya waktu yang sesuai untuk keluar beriadah.

Dan bila beberapa saat aku ke dalam rumah untuk salin pakaian
apa yang aku tak tahu adalah matahari mula dibayangi awan besar
dan awan berubah warna dari biru ke kelabu
dan burung-burung biru pelik pun terbang pulang ke sarang
dan si botak pun sudah tiada di tepi jalan..

Akhirnya,
setelah siap berkelengkapan riadah dengan kasut sokan hijau
dan saat ketika melangkah keluar dari pintu
air turun dari langit tanpa khabar berita
membasahi baju dan seluar yang berbau downy
dan di hadapan ternampak si botak dengan payung bermuka kucing
angkuh berjalan meredah titisan hujan...

Maka,
niat untuk keluar beriadah sudah terbantut.
Plan yang dirancang awal tidak menjadi.

Merancang memang bagus.
Tapi bila rancangan dilintang halangan diluar kawalan.
Maka, aku perlukan perancangan lain.

postquam-scriptum:
Sebab tu kadang-kadang aku lebih suka menjadi manusia seperti, "Eh? Futsal? JOM!" 


postquam-scriptum:
Si Botak ialah watak fiksyen
Burung Biru juga merupakan watak fiksyen



No comments: