Friday, February 26, 2016

Misi Jangka Masa Panjang



Salah satu misi jangka panjang aku yang pada orang biasa mungkin akan kata aku ni kuat berangan tapi sebenarnya aku betul-betul serius ialah mencipta mesin masa.

Dan salah satu aktiviti yang aku rancang kalau berjaya cipta mesin masa ialah pergi ke masa silam dan berjumpa dengan aku (diri sendiri) pada waktu itu. Pergi ngeteh dan catch-up, kasi kata-kata motivasi dan sedikit tips untuk berjaya memandangkan I don't have that kind of figure buat masa sekarang. Simple.

Dan suatu hari pada bulan Disember 2015,
bila aku tinjau siapa yang call semasa handphone aku berdering ring ring ring,
aku dapati nombor yang call tu ialah nombor aku sendiri.

Bagaimanakah ini boleh berlaku?
Macam mana nombor telefon aku boleh naik dekat telefon yang sama?
Sihir apakah ini?

Logiknya,
kalau aku berjaya merentas masa dari masa depan ke masa sekarang
sudah tentu aku akan bawa handphone aku sekali.
Dan sudah tentu kalau aku nak jumpa diri aku pada masa itu,
aku akan call dia (aku).
Jadi, kemungkinan besar nombor aku yang call kepada handphone aku tu ialah aku dari masa depan.

At least itu yang aku fikirkan.

Sebab eksaited tambah nervous bercampur baur,
aku terlepas dari menjawab panggilan misteri itu.

Dan selepas bertanya kepada beberapa kawan,
rupanya kalau ada nombor sendiri call masuk, itu bermakna ada voicemail.

Maka realiti datang menampar aku sampai tersedar.
Kelakar ada, kecewa pun ada.
Kelakar sebab berangan tak hengat dunia.
Kecewa sebab alaaaa kenapa tak jadi realiti...

Tapi kalau memori dalam otak aku tak mengkhianati,
aku rasa voicemail handphone aku akan call dengan nombor prefix 1
(contoh kalau nombor aku 01x-xxx xxx4, voicemail aku ialah 101x-xxx xxx4)
Tapi,
memori manusia ni mana boleh percaya sangat.
Apa menu makan tadi pun aku tak ingat dah.

Pengajarannya di sini,
walaupun tiada kos dalam #IMAGINATION,
tapi yang boleh menjadikan angan-angan kita itu bernilai adalah usaha menjadikannya sebagai realiti.

And as for time travelling,
it's a long way to go.


Kalau korang sekarang dapat kesempatan berbual telefon dengan diri korang sendiri dari masa lepas,
agaknya apa yang korang nak bualkan?

Friday, February 19, 2016

Semua Ada, anne!

Salam.

Antara sebab aku suka makan di kedai mamak ialah:
1) servis yang pantas, dan
2) pelbagai pilihan makanan.

Namun bak kata orang,
hidup tak selalunya indah,
langit tak selalu cerah,
suram malam tak berbintang
itulah lukisan alam.

++++++++++++++++++++++++++++

Mamak: ya abg kaciak, apa mau order?

aku: apa yang ada?

Mamak: Semua ada

aku: bagi nasi goreng ayam

Mamak: nasi goreng tadak

aku: kalau mcm tu bagi naan cheese

Mamak: naan belum buat

aku: okaaayyyy, bagi nasi beriyani lah

Mamak: nasi beriyani habis

aku: dahtu? apa sebenarnya yang ada?

Mamak: semua ada

aku: *flip table* *amuk di kedai mamak*

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ini memang hal sebenar yang terjadi kepada aku.
Sebenarnya jauh di sudut hati aku rasa mamak yang ambil order ni
tak faham bahasa melayu rasanya.
Dia tak tahu maksud 'semua ada' tu kot.

Bila ditanya apa ada, dijawabnya semua ada.
Bila minta apa yang nak, dijawabnya tak ada.

Tapi bab terbalikkan meja tu,
aku buat mentally je laa.
Gilo ko nak terbalikkan meja mamak sebab tak dapat apa yang diorder,
tak pasal-pasal nanti muka aku masuk muka depan paper Metro;


"Akibat tiada apa yang dipinta, meja diterbalikkan.
AMARAH BUAT MAMAK"



Sebut tentang mentally,
secara mental, aku selalu kasi penumbuk dekat muka orang yang naikkan marah aku.
You know,
macam orang yang masuk gerabak komuter sebelum penumpang lain turun,
orang yang berjalan di pasaraya macam berjalan di taman bunga,
orang yang potong barisan masa beli tiket wayang,

Kalaulah aku sentiasa menuruti segala kemahuan mental aku,
rasanya beratus orang dah pernah merasa penumbuk aku ni.

Kalian pula?
apa menu kegemaran kalian bila makan di kedai mamak?
**tetiba**



Friday, February 12, 2016

Tak kesah, ikut ah

Dialog:

Badigol: Jom Lunch

Sood: Mana?

Badigol: ikut kau ah, aku tak kisah.

Sood: Kalau macam tu, mamak ah jom

Badigol: mamak? tak best ah

Sood: kalau tak best kita pergi restoran melayu

Badigol: melayu? tak selera pulak

Sood: Mekdi? Keepsi? Tekses? Aendabelu?

Badigol: Lain laa.. Lain.

Sood: semua kau taknak, kau nak makan mana?

Badigol: ikut kau ah, aku tak kisah.

Sood: #$^%$!@&^%!&@




Kita semua ada jenis kawan yang macam ni.
Indecisive. Berhaluan kiri.
Suruh kita buat keputusan
tapi bila kita buat keputusan, dia tak mahu ikut.

Jenis macam ni yang selalunya buatkan aku nak tumbuk muka dia
tapi ada tiga benda yang menghalang aku dari teruskan niat itu:
1) agama, 2) undang-undang dan 3) sosiobudaya.

kalau aku sentiasa menuruti segala kemahuan mental aku,
rasanya beratus orang dah pernah merasa penumbuk aku ni.

Sebab aku ni tak ramai kawan
takkan laa pula aku nak kasi penumbuk ke muka kawan-kawan yang tinggal ni...
Kesian aku nanti buat majlis kahwin tak ada orang nak datang.


Dalam bab memilih tempat makan contohnya,
aku mudah.
aku OK asalkan masih di dalam kemampuan bajet.

Tapi ada orang yang jenis banyak kerenah.
Tengahari mesti makan nasi putih.
Malam tak mahu makan mamak.
Petang tak nak makan dekat kedai XX sebab nanti ada lori sampah lalu so selera pun akan hilang.
Kedai YY pula tak boleh sebab banyak kucing nanti bulu kucing berterbangan masuk dalam makanan.

Jenis yang macam ni,
kalau senaraikan 100 kedai pun, dia dapat cari 1000 keburukan.

Sebab tu aku lagi suka orang tu yang tetapkan tempat makan.
Asalkan masih berada di dalam kemampuan dompet akulah tapi.
Hehehe.


Kalian pula?
Ada kawan yang macam ni; memilih tempat makan?
Ataupun korang sendiri yang memilih tempat makan?
Apa yang kalian tak boleh makan?
dan apa yang kalian tak suka makan?

Friday, February 5, 2016

nature and nurture



Minggu ini kita akan berbincang bab genetik.

Memang benar iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa.
Namun,
kekacakan, ketampanan dan kecantikan boleh diwarisi.
Lihat saja anak-anak David Beckham macam mana sekarang.

Tapi,
kalau kita tak kacak/cantik,
adakah kesalahan sepenuhnya di bahu ibubapa?

Jawapannya, TIDAK.

Kacak dan cantik wajah seseorang itu memang ada kaitan dengan genetik,
tapi ada faktor lain memainkan peranannya juga.
Contohnya persekitaran.

Kalian fikir anak Beckham itu kacak semata-mata kerana ada ibubapa yang kacak dan cantik ke?

It's both nature AND nurture.
Semulajadinya (nature) mereka sudah ada genetik kacak,
namun mereka juga dijaga dengan persekitaran yang baik (nurture).

Tapi apa jadi kalau kita tidak memiliki genetik kacak?
Adakah penjagaan yang baik boleh memberikan kita kekacakan?

Jawapannya, SUDAH TENTU.
Kerana kekacakan dan kecantikan adalah subjektif.
Kacak pada anda mungkin tak kacak pada orang lain.
Cantik pada dia mungkin tak cantik pada aku.

Walaupun sains kata kecantikan bererti memilik wajah yang simetri
tapi ianya adalah definisi terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu memberi definisi.

Bila bercakap tentang rupa wajah,
akan kedengaran satu frasa yang selalu orang bercinta gunakan,
"TERIMA SEADANYA"

Itu antara frasa yang aku tak suka selepas frasa 'BE YOURSELF'.
Kenapa?

Kerana 'terima seadanya' itu seperti satu pengesahan kepada kelemahan.
Dan seolah-olah menolak kepada perubahan. Putus asa. Berserah.

Jangan ucapkan 'terima seadanya' jika ianya boleh diubah.

Bayangkan dua orang bercinta lelaki perempuan nak berkahwin.
Si lelaki kata dia jenis yang susah bangun pagi awal.
Si perempuan kata 'tak apa, saya terima awak seadanya'.
Sounds sweet, kan?

Rasanya seminggu dua lepas kahwin mungkin sweet lagi.
Kejut laki sebelah cuit-cuit hidung bisik-bisik madah cinta di telinga.
Bawa breakfast ke atas katil kekonon nak kasi surprise.
Kekonon terima suami seadanya.
Tapi kalau dah 4-5 tahun kahwin,
dah anak dua pun masih lagi bangun pagi lambat,
rasanya si bini tu boleh tahan ke?
Sampai bila dia nak 'terima seadanya'?

Aku sendiri banyak kali jumpa pasangan bercinta di U.
Kekonon 'terima seadanya' sebab si lelaki ni perut sedikit ke depan.
Tapi lepas seketika, si perempuan sibuk suruh si lelaki diet lah,
suruh pergi gym lah, makan supplement lah.
Kalau tak turun 1 kg seminggu tak nak keluar dating lah.

Mana 'terima seadanya' awak tu tadi?

Pada aku,
tak apa kalau frasa 'terima seadanya' itu digunakan bagi sesuatu yang kita tiada daya untuk ubah seperti contoh untuk pasangan yang kelainan upaya, ataupun genetically atau traumatically muka tak kacak/cantik.
Ianya bermaksud walaupun ada kekurangan,
itu bukanlah sesuatu yang besar yang boleh menggugat kasih sayang.

Namun,
pasangan zaman sekarang selalu guna frasa 'terima seadanya' itu
untuk justify sifat buruk diri sendiri tanpa niat untuk berubah.
Saya perokok, terimalah saya seadanya.
Saya tak pakai tudung, terimalah saya seadanya.
Saya pemalas, terimalah saya seadanya.
Saya kaki perempuan, maka terimalah saya seadanya.

Apa nerakakah itu semua?
Bukankah semua itu boleh diubah, malah lebih baik kalau berubah?

Pada aku,
dari guna istilah 'terima seadanya',
baik tukar jadi 'terima sepenuhnya'.
Ianya memberi maksud lebih luas dan tidak mengkhususkan kepada satu titik masa sahaja.

'Terima sepenuhnya' lebih bermaksud tidak kira masa silam, masa kini, atau masa depan, jika ianya berubah atau tidak, ke arah lebih baik atau tidak, sepenuhnya akan diterima.

Hmmmm...
Aku merasakan yang aku sudah jauh tersimpang dari cerita asal.
Asalnya aku nak cerita yang masa kecil dulu aku rasa aku kacak.
Aku yakin aku kacak. Sangat yakin.

Tapi bila semakin dewasa,
realiti datang ketuk kepala aku dengan kuat.
Rupanya aku ni bukanlah sekacak yang aku sangka.
Aku selalu jadi pilihan ketiga, tak pernah pertama.

Tapi aku sedar,
disebabkan tak kacak, aku tak boleh jadi asshole.
Dah lah tak kacak, takkan perangai pula macam usus kot.

So, ya.
Kalau ada yang tanya
"Hidup tak kacak mesti sangat memeritkan, kan?"
Jawapannya
"Ya. Perit. Sangat perit."