Friday, September 2, 2016

Oh Cermin!

Yo wadup bro?
How did your struggles go?
Hope it wasn't dificult, its typical
When situations get critical
The mental, the physical
Resolve with medicinal

As an individual
In a society political
Justice invisible
People with no principle, its pitiful
Yes we need a miracle
Ia a world so digital
It's all about the visuals

Now who is the criminal?

Berikan isi hatimu
Luahkan persaanmu
Didalam kau ada aku
Oh cermin!

They say it's traditional
Culture divisional
Love so conditional
Make your life unliviable

Their laws are so predictable
In need of provisional
In a time transitional
Makes your freedom dismissible

- Salammusik

Thursday, May 26, 2016

Kedai Saikik

pernah tak kalian
dalam situasi yang dimana
orang yang kalian tak kenal
tibatiba tegur dan tahu nama

situasi ini terjadi pada aku
aku selalu pergi kedai runcit
yang terletak di gate belakang uia
beli barang dan makanan serta minuman ringan

selalu lepas aku bayar
aku terus chow
cakap terima kasih
saya beli dengan harga ini
apa semua tu lah

tibatiba nak dijadikan cerita
aku pergi kedai tu
beli air minuman berkarbonat
dan makanan ringan

lepas aku ckp saya beli
makcik yang jaga kedai tu
tegur cakap
'terima kasih azri, saya jual'

aku dalam keadaan terpingapinga
mempersoalkan
makcik ni tahu nama aku weh
ini satu perkara yang aneh
tapi aku biarkan
mungkin dia terdengar nama aku
waktu kawankawan aku panggil

the next week
aku pergi dengan urusan yang sama
tapi kali ni anak makcik tu jaga kaunter
lawa lah jugak awek tu (kahkah)
aku cakap
'terima kasih, saya beli ye'
pastu dia balas
'samasama azri, saya jual'

lagi lah aku terkejut
apahal diorang tahu nama aku?
aku pun tanya lah
'macam mana awak tahu nama saya?'

pastu dia gelak dengan gaya ayu
'nametag awak dekat dompet'
lahhhhh
punya lah aku ingat diorang anak beranak ada kuasa saikik (read: psychic)
rupanya ada nametag aku.

aku pulang masuk ke uia dengan senyuman
selepas beberapa ketika
aku menyesal
aku tak tanya nama dia
apahal?!



pernah tak kalian dalam situasi ini?

Saturday, May 21, 2016

Golongan #1


Dalam hidup kita ni
Kita akan terjumpa dengan dua golongan
Dan kita pun akan tergolong antara mereka

Pertama
Golongan yang mempunyai pendirian yang tetap

Golongan ni kau sembang lah macam mana pun
Kalau diorang kata A
A lah sampai kiamat
tiada tolak ansur dari segala aspek

bagus ada pendirian yang tetap
diorang dah set satu matlamat
yang mana akan diorang capai
baling lah onak duri lautan api batuan kabalt pun
diorang akan capai jugak matlamat
tiada apa yang mampu menghalang

Kedua
Golongan yang takde pendirian langsung

Golongan ni kalau lepak dengan Golongan yang pertama
akan sokong A
Kalau lepak dengan Golongan yang kedua,
takde kata putus
pusingpusing kat situ je

bagusnya golongan yang kedua ni pulak
sikap bertolak ansur dan tidak berpendirian itu dapat membantu
diorang survive dalam pancaroba kehidupan seharian

Manusia memang takkan dapat lari dari kesilapan dan kekurangan
terima lah mereka seadanya
tanpa mereka dunia ni tak seimbang
macam yin dan yang
perlukan satu sama lain


Kalian di pihak yang mana?

.gambarbetmentuhiasansemata.
.akusipemerhati.

Friday, May 6, 2016

Rambut



Mesti ada antara kalian kata,
"Kalau rambut panjang nak ikat tapi terkeluar-keluar,
maknanya rambut tu tak cukup panjang untuk diikat."
Aku sangat setuju.

Masa rambut pendek dulu, aku potong layer supaya rambut tak nampak kembang,
so bila rambut panjang ni rambut tu jadi panjang tak sama,
maknanya ada yang panjang ada yang tak cukup panjang.
Jadi sangat bermasalah bila nak ikat rambut yang tak cukup panjang ni.
Terkeluar sana sini macam orang baru kalah judi.

Hehehe.

Tapi rambut panjang memang susah.
Panas.
Rambut asyik basah sebab berpeluh panas.
Tak cukup ketiak nak basah, rambut pun nak basah.
Maka hujung hari aku berbau masam sebab basah peluh.

Solusi? Potong rambut. Huhu
Tapi aku buang sikit je, tak buang sampai tahap rambut askar.
Sikit je, dalam seinci dua gitu.
Fikir balik macam alahai, sama jugak panasnya...
Rugi je potong.


Kalian pula?
Tak rimas ke rambut panjang?
Nak jaga lagi, nak basuh lagi.
Belum cerita nak buat rawatan ke, trim ke, rebonding ke.
Long hair is hard work.
Tapi aku suka.

Kalian suka ke lelaki ikat rambut?

Friday, April 29, 2016

Music



music is always been a part of my life
like you breath air, I breath music
what my music has done for people and me
is I go and I sing
it makes me felt good
Music is a contribution to people
Music is a contribution to life

when i get something new
it changes everything
it changes my flow
it changes my style
endless possibility of styling
have your own unique flow

as I start diving myself in the music world
I started listening to the records
to the arrangement
to the harmony
as you're listening
you're learning

the way that I shake my voice has change
the that I approach a songs has change
you have to have a thing that make people think
you're singing is fantastic!
but if you dont make music when they cant feel it
you'll lose 'em
they dont feel
there's nothing there

Friday, March 18, 2016

Once upon a time


Aku pernah berumur 7 tahun,
Mak aku pesan
Pergi sekolah belajar rajinrajin
Cari kawan yang baik
Kalau tak nanti kau keseorangan Waktu tu aku tujuh tahun Kita ingat kita dah besar,
Tapi dunia lagi besar
Lagi payah
Lagi leceh Menekan setiap denyutan jantung,
Tapi kita cepat tangkap
cepat belajar dari dunia
Umur sebelas aku cuba kenal lagi dunia
berkawan dengan semua orang
Tak kira baik atau jahat
Tapi manusia lebih cenderung pada keseronokan Waktu aku berumur 17 tahun,
Bapak aku pesan pada aku Nanti cari isteri yang baik
Kalau tak nanti kau akan keseorangan Itu waktu aku berumur tujuhbelas Aku bercitacita nak jadi seperti bapakku
dan sehingga sekarang aku masih cuba 
menjadi seperti dia
Tapi aku tak akan mampu jadi sehebat dia
Jadi aku mula berkecimpung dalam hal muzik,
aku mula menulis cerita
menulis lirik Sesuatu mengenai restu,
tapi ianya sentiasa mengganggu Kerana hanya mereka yang tahu aku tahu Waktu aku berumur 23 tahun,
Cerita aku hampir bermula Sebelum munculnya sinaran mentari pagi,
bila hidup mula jadi sunyi. Aku cuma nampak tujuan,
Aku cuba untuk tak gagal. Cause I know the smallest voices,
they can make it major. Aku rapat semula dengan rakan
ada yang sopan
ada yang belanja makan
ada juga yang dah tak mengaku kawan
And if we don't meet before I leave,
I hope I'll see you later. Satu hari nanti,
Umur aku akan cecah 30
mungkin masih utuh
atau sudah roboh
Sudah mengelilingi dunia
atau masih di Malaysia Satu hari nanti. Aku masih cuba kenal diri
Satu hari nanti aku ada anak
aku akan nyanyikan pada mereka lagu aku
dan ceritakan kisah hidup aku Ramai kawan masih bersama segelintir lagi masih mencari hala tuju dan ada segelintir yang terpaksa ditinggalkan
Satu hari nanti
Umur akan mencecah 60
Mungkin ada jodoh
atau sudah bodoh
Remember life and then your life becomes a better one

Once upon a time

Friday, March 11, 2016

Potong


Bila jenguk luar rumah,
dengan melihat matahari yang tersenyum lebar memancarkan cahayanya
sampaikan si botak berseluar merah pun memantulkan silau menusuk ke mata,
dan burung-burung biru yang tak dapat dikenali spesiesnya
riang gembira beterbangan di awan yang hanya ada dua ketul sahaja...

Maknanya,
ianya waktu yang sesuai untuk keluar beriadah.

Dan bila beberapa saat aku ke dalam rumah untuk salin pakaian
apa yang aku tak tahu adalah matahari mula dibayangi awan besar
dan awan berubah warna dari biru ke kelabu
dan burung-burung biru pelik pun terbang pulang ke sarang
dan si botak pun sudah tiada di tepi jalan..

Akhirnya,
setelah siap berkelengkapan riadah dengan kasut sokan hijau
dan saat ketika melangkah keluar dari pintu
air turun dari langit tanpa khabar berita
membasahi baju dan seluar yang berbau downy
dan di hadapan ternampak si botak dengan payung bermuka kucing
angkuh berjalan meredah titisan hujan...

Maka,
niat untuk keluar beriadah sudah terbantut.
Plan yang dirancang awal tidak menjadi.

Merancang memang bagus.
Tapi bila rancangan dilintang halangan diluar kawalan.
Maka, aku perlukan perancangan lain.

postquam-scriptum:
Sebab tu kadang-kadang aku lebih suka menjadi manusia seperti, "Eh? Futsal? JOM!" 


postquam-scriptum:
Si Botak ialah watak fiksyen
Burung Biru juga merupakan watak fiksyen



Friday, March 4, 2016

Tekanan

Tekanan
Apa yang menjadikan kita dalam situasi tertekan
tertekan dengan emosi?
tertekan dengan suasana?
tertekan dengan kerjaya?
macam macam tekanan yang berjaya menekan
manusia yang memang dicipta untuk menahan tekanan

aku minggu ni
banyak gila babai benda nak buat
aku kena siapkan design
aku kena siapkan tiga assignment sekaligus
aku kena siapkan slide presentation
aku kena kerah bebudak sekolah
menyanyi dalam irama

tekanan beb

tapi
aku dalam tekanan ni lah
buatkan aku banyak berfikir
macam mana
kita boleh tertekan
dengan benda yang kita sendiri
'tekan'?
get it?

kau makan apa yang kau nak makan
kau tumbuk orang yang kau nak tumbuk
tapi
kenapa masih macam rasa tekanan tu?
padahal diri sendiri yang setkan tekanan tersebut
aku pening beb
serius pening
dalam tekanan, ada tekanan lain
otak aku berpusing dengan ligat
akhirnya aku tewas
aku terpaksa pergi klinik
ambil panadol
ambil wudhu'
solat dua rakaat
tidur

bangun dari lena
kurang sikit tekanan
tapi
makin sedar
makin tambah tekanan
mungkin kerana
aku makin jauh dari Allah
mungkin aku terlampau sibuk mengejar dunia

mungkin
astaghfirullah

Friday, February 26, 2016

Misi Jangka Masa Panjang



Salah satu misi jangka panjang aku yang pada orang biasa mungkin akan kata aku ni kuat berangan tapi sebenarnya aku betul-betul serius ialah mencipta mesin masa.

Dan salah satu aktiviti yang aku rancang kalau berjaya cipta mesin masa ialah pergi ke masa silam dan berjumpa dengan aku (diri sendiri) pada waktu itu. Pergi ngeteh dan catch-up, kasi kata-kata motivasi dan sedikit tips untuk berjaya memandangkan I don't have that kind of figure buat masa sekarang. Simple.

Dan suatu hari pada bulan Disember 2015,
bila aku tinjau siapa yang call semasa handphone aku berdering ring ring ring,
aku dapati nombor yang call tu ialah nombor aku sendiri.

Bagaimanakah ini boleh berlaku?
Macam mana nombor telefon aku boleh naik dekat telefon yang sama?
Sihir apakah ini?

Logiknya,
kalau aku berjaya merentas masa dari masa depan ke masa sekarang
sudah tentu aku akan bawa handphone aku sekali.
Dan sudah tentu kalau aku nak jumpa diri aku pada masa itu,
aku akan call dia (aku).
Jadi, kemungkinan besar nombor aku yang call kepada handphone aku tu ialah aku dari masa depan.

At least itu yang aku fikirkan.

Sebab eksaited tambah nervous bercampur baur,
aku terlepas dari menjawab panggilan misteri itu.

Dan selepas bertanya kepada beberapa kawan,
rupanya kalau ada nombor sendiri call masuk, itu bermakna ada voicemail.

Maka realiti datang menampar aku sampai tersedar.
Kelakar ada, kecewa pun ada.
Kelakar sebab berangan tak hengat dunia.
Kecewa sebab alaaaa kenapa tak jadi realiti...

Tapi kalau memori dalam otak aku tak mengkhianati,
aku rasa voicemail handphone aku akan call dengan nombor prefix 1
(contoh kalau nombor aku 01x-xxx xxx4, voicemail aku ialah 101x-xxx xxx4)
Tapi,
memori manusia ni mana boleh percaya sangat.
Apa menu makan tadi pun aku tak ingat dah.

Pengajarannya di sini,
walaupun tiada kos dalam #IMAGINATION,
tapi yang boleh menjadikan angan-angan kita itu bernilai adalah usaha menjadikannya sebagai realiti.

And as for time travelling,
it's a long way to go.


Kalau korang sekarang dapat kesempatan berbual telefon dengan diri korang sendiri dari masa lepas,
agaknya apa yang korang nak bualkan?

Friday, February 19, 2016

Semua Ada, anne!

Salam.

Antara sebab aku suka makan di kedai mamak ialah:
1) servis yang pantas, dan
2) pelbagai pilihan makanan.

Namun bak kata orang,
hidup tak selalunya indah,
langit tak selalu cerah,
suram malam tak berbintang
itulah lukisan alam.

++++++++++++++++++++++++++++

Mamak: ya abg kaciak, apa mau order?

aku: apa yang ada?

Mamak: Semua ada

aku: bagi nasi goreng ayam

Mamak: nasi goreng tadak

aku: kalau mcm tu bagi naan cheese

Mamak: naan belum buat

aku: okaaayyyy, bagi nasi beriyani lah

Mamak: nasi beriyani habis

aku: dahtu? apa sebenarnya yang ada?

Mamak: semua ada

aku: *flip table* *amuk di kedai mamak*

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ini memang hal sebenar yang terjadi kepada aku.
Sebenarnya jauh di sudut hati aku rasa mamak yang ambil order ni
tak faham bahasa melayu rasanya.
Dia tak tahu maksud 'semua ada' tu kot.

Bila ditanya apa ada, dijawabnya semua ada.
Bila minta apa yang nak, dijawabnya tak ada.

Tapi bab terbalikkan meja tu,
aku buat mentally je laa.
Gilo ko nak terbalikkan meja mamak sebab tak dapat apa yang diorder,
tak pasal-pasal nanti muka aku masuk muka depan paper Metro;


"Akibat tiada apa yang dipinta, meja diterbalikkan.
AMARAH BUAT MAMAK"



Sebut tentang mentally,
secara mental, aku selalu kasi penumbuk dekat muka orang yang naikkan marah aku.
You know,
macam orang yang masuk gerabak komuter sebelum penumpang lain turun,
orang yang berjalan di pasaraya macam berjalan di taman bunga,
orang yang potong barisan masa beli tiket wayang,

Kalaulah aku sentiasa menuruti segala kemahuan mental aku,
rasanya beratus orang dah pernah merasa penumbuk aku ni.

Kalian pula?
apa menu kegemaran kalian bila makan di kedai mamak?
**tetiba**



Friday, February 12, 2016

Tak kesah, ikut ah

Dialog:

Badigol: Jom Lunch

Sood: Mana?

Badigol: ikut kau ah, aku tak kisah.

Sood: Kalau macam tu, mamak ah jom

Badigol: mamak? tak best ah

Sood: kalau tak best kita pergi restoran melayu

Badigol: melayu? tak selera pulak

Sood: Mekdi? Keepsi? Tekses? Aendabelu?

Badigol: Lain laa.. Lain.

Sood: semua kau taknak, kau nak makan mana?

Badigol: ikut kau ah, aku tak kisah.

Sood: #$^%$!@&^%!&@




Kita semua ada jenis kawan yang macam ni.
Indecisive. Berhaluan kiri.
Suruh kita buat keputusan
tapi bila kita buat keputusan, dia tak mahu ikut.

Jenis macam ni yang selalunya buatkan aku nak tumbuk muka dia
tapi ada tiga benda yang menghalang aku dari teruskan niat itu:
1) agama, 2) undang-undang dan 3) sosiobudaya.

kalau aku sentiasa menuruti segala kemahuan mental aku,
rasanya beratus orang dah pernah merasa penumbuk aku ni.

Sebab aku ni tak ramai kawan
takkan laa pula aku nak kasi penumbuk ke muka kawan-kawan yang tinggal ni...
Kesian aku nanti buat majlis kahwin tak ada orang nak datang.


Dalam bab memilih tempat makan contohnya,
aku mudah.
aku OK asalkan masih di dalam kemampuan bajet.

Tapi ada orang yang jenis banyak kerenah.
Tengahari mesti makan nasi putih.
Malam tak mahu makan mamak.
Petang tak nak makan dekat kedai XX sebab nanti ada lori sampah lalu so selera pun akan hilang.
Kedai YY pula tak boleh sebab banyak kucing nanti bulu kucing berterbangan masuk dalam makanan.

Jenis yang macam ni,
kalau senaraikan 100 kedai pun, dia dapat cari 1000 keburukan.

Sebab tu aku lagi suka orang tu yang tetapkan tempat makan.
Asalkan masih berada di dalam kemampuan dompet akulah tapi.
Hehehe.


Kalian pula?
Ada kawan yang macam ni; memilih tempat makan?
Ataupun korang sendiri yang memilih tempat makan?
Apa yang kalian tak boleh makan?
dan apa yang kalian tak suka makan?

Friday, February 5, 2016

nature and nurture



Minggu ini kita akan berbincang bab genetik.

Memang benar iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa.
Namun,
kekacakan, ketampanan dan kecantikan boleh diwarisi.
Lihat saja anak-anak David Beckham macam mana sekarang.

Tapi,
kalau kita tak kacak/cantik,
adakah kesalahan sepenuhnya di bahu ibubapa?

Jawapannya, TIDAK.

Kacak dan cantik wajah seseorang itu memang ada kaitan dengan genetik,
tapi ada faktor lain memainkan peranannya juga.
Contohnya persekitaran.

Kalian fikir anak Beckham itu kacak semata-mata kerana ada ibubapa yang kacak dan cantik ke?

It's both nature AND nurture.
Semulajadinya (nature) mereka sudah ada genetik kacak,
namun mereka juga dijaga dengan persekitaran yang baik (nurture).

Tapi apa jadi kalau kita tidak memiliki genetik kacak?
Adakah penjagaan yang baik boleh memberikan kita kekacakan?

Jawapannya, SUDAH TENTU.
Kerana kekacakan dan kecantikan adalah subjektif.
Kacak pada anda mungkin tak kacak pada orang lain.
Cantik pada dia mungkin tak cantik pada aku.

Walaupun sains kata kecantikan bererti memilik wajah yang simetri
tapi ianya adalah definisi terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu memberi definisi.

Bila bercakap tentang rupa wajah,
akan kedengaran satu frasa yang selalu orang bercinta gunakan,
"TERIMA SEADANYA"

Itu antara frasa yang aku tak suka selepas frasa 'BE YOURSELF'.
Kenapa?

Kerana 'terima seadanya' itu seperti satu pengesahan kepada kelemahan.
Dan seolah-olah menolak kepada perubahan. Putus asa. Berserah.

Jangan ucapkan 'terima seadanya' jika ianya boleh diubah.

Bayangkan dua orang bercinta lelaki perempuan nak berkahwin.
Si lelaki kata dia jenis yang susah bangun pagi awal.
Si perempuan kata 'tak apa, saya terima awak seadanya'.
Sounds sweet, kan?

Rasanya seminggu dua lepas kahwin mungkin sweet lagi.
Kejut laki sebelah cuit-cuit hidung bisik-bisik madah cinta di telinga.
Bawa breakfast ke atas katil kekonon nak kasi surprise.
Kekonon terima suami seadanya.
Tapi kalau dah 4-5 tahun kahwin,
dah anak dua pun masih lagi bangun pagi lambat,
rasanya si bini tu boleh tahan ke?
Sampai bila dia nak 'terima seadanya'?

Aku sendiri banyak kali jumpa pasangan bercinta di U.
Kekonon 'terima seadanya' sebab si lelaki ni perut sedikit ke depan.
Tapi lepas seketika, si perempuan sibuk suruh si lelaki diet lah,
suruh pergi gym lah, makan supplement lah.
Kalau tak turun 1 kg seminggu tak nak keluar dating lah.

Mana 'terima seadanya' awak tu tadi?

Pada aku,
tak apa kalau frasa 'terima seadanya' itu digunakan bagi sesuatu yang kita tiada daya untuk ubah seperti contoh untuk pasangan yang kelainan upaya, ataupun genetically atau traumatically muka tak kacak/cantik.
Ianya bermaksud walaupun ada kekurangan,
itu bukanlah sesuatu yang besar yang boleh menggugat kasih sayang.

Namun,
pasangan zaman sekarang selalu guna frasa 'terima seadanya' itu
untuk justify sifat buruk diri sendiri tanpa niat untuk berubah.
Saya perokok, terimalah saya seadanya.
Saya tak pakai tudung, terimalah saya seadanya.
Saya pemalas, terimalah saya seadanya.
Saya kaki perempuan, maka terimalah saya seadanya.

Apa nerakakah itu semua?
Bukankah semua itu boleh diubah, malah lebih baik kalau berubah?

Pada aku,
dari guna istilah 'terima seadanya',
baik tukar jadi 'terima sepenuhnya'.
Ianya memberi maksud lebih luas dan tidak mengkhususkan kepada satu titik masa sahaja.

'Terima sepenuhnya' lebih bermaksud tidak kira masa silam, masa kini, atau masa depan, jika ianya berubah atau tidak, ke arah lebih baik atau tidak, sepenuhnya akan diterima.

Hmmmm...
Aku merasakan yang aku sudah jauh tersimpang dari cerita asal.
Asalnya aku nak cerita yang masa kecil dulu aku rasa aku kacak.
Aku yakin aku kacak. Sangat yakin.

Tapi bila semakin dewasa,
realiti datang ketuk kepala aku dengan kuat.
Rupanya aku ni bukanlah sekacak yang aku sangka.
Aku selalu jadi pilihan ketiga, tak pernah pertama.

Tapi aku sedar,
disebabkan tak kacak, aku tak boleh jadi asshole.
Dah lah tak kacak, takkan perangai pula macam usus kot.

So, ya.
Kalau ada yang tanya
"Hidup tak kacak mesti sangat memeritkan, kan?"
Jawapannya
"Ya. Perit. Sangat perit."

Saturday, January 30, 2016

Bos Besar


sejak kebelakangan ni
aku asyik pergi
majlis perkahwinan kawankawan aku
aku happy tengok kawankawan aku
happy

tapi
benda yang macam buat aku terfikir
dan benda ni menjadi perbincangan serius
di meja makan majlis perkahwinan tadi

aku dan beberapa orang rakan
membincangkan betapa mudahnya
mereka berkahwin
mudah as in
belanja
bertemu jodoh

mungkin perbelanjaan majlis perkahwinan
mereka di bahagi dua antara 
lelaki dan perempuan
atau 
ditambah sedikit dari parents mereka
itu tidak menjadi isu yang besar sangat
tapi besar jugak lah

ada seorang rakan kami
mula mengumpul wang dari bangku
persekolahan lagi
kepala hotak dia lah
lama beb
tapi dia dah berjaya buktikan
"sikitsikit lamalama jadi bukit"

ada beberapa kawan kami
yang telah melangsungkan pernikahan
tidak pernah langsung bertemu/couple
sebelum mereka bernikah
itulah yang dinamakan cinta selepas nikah
perkara ini yang menjadi topik
kami berbual tempoh hari

ianya menjadi semakin serius
sehingga tercetus sebuah kalam
dari salah seorang dari kami
yang mengatakan
"rilek je diorang kawen kan? 
waktu sekolah dulu diorg yg paling senyap,
sah kawen. yang couple dari zaman
sekolah tak kawen kawen pun"

bergelak sakan kami 

tapi ada benarnya dalam percakapan 
beliau itu
mungkin itulah tandatanda Allah 
mahu menunjukkan yang Dia wujud, 
Dia yang berkuasa, Dia yang maha kuasa
Allah yang menentukan, jodoh ajal rezeki
itu terletak di tanganNya

itu membuat aku terfikir
merenung masa hadapan
sempat ke aku bertemu jodoh
didunia?
atau
aku akan bertemu dia
di syurga?
layak ke aku masuk syurga?
aku tak mahu masuk neraka

kita makhluk
hanya sekecil makhluk
tidak mampu melawan kuasa tersebut
"Kita hanya merancang, Allah yang menentukan"

maka ingatlah tuantuan dan puanpuan 
sekalian
kita ini hanya makhluk ciptaan Allah
Allah Maha Kuasa, Makhluk sikit pun takde kuasa

coretan 

Friday, January 22, 2016

Suami yang hebat, Isteri pun hebat.

aku ada terdengar satu kuliyah pasal nafkah suami ni.
aku pun baru macam terfikir
banyak jugak tanggungjawab jadi suami ni.
bukan setakat buat anak je
jadi aku nak kongsi lah pada sekalian makhluk yang baca blog aku
*acah2 ramai follower

mari kita mulakannya

dalam Islam bila seorang suami itu berkahwin dengan isteri, dia wajib bagi 5 benda ni:

1. Alat-alat mandian
shampoo berus gigi ubat gigi lifebuoy sabun mandi apa kejadah semua yang melibatkan alat mandian
kewajipan seorang suami membelikan alatan mandi untuk isteri

2. ubat-ubatan
panadol minyak gamat habbatussauda' pil ciketeon handyplus dan segala ubatan yang seangkatan dengannya

3. pakaian
seorang suami itu wajib membelikan isterinya 2 pakaian dalam setahun
yang mana jenis beli seminggu sekali baju baru tu biar diorang beli pakai duit sendiri
yang suami ni hanya wajib beli 2 pakaian sahaja
wajib

4. makan minum
suami wajib beri makan pada isterinya makan dan minum 2 kali sehari
wajib dalam kadar minimum 2 kali satu hari

5. rumah
rumah untuk didiami bersama 
seorang suami itu sudah dikira terlepas dari nafkah rumah itu selepas isterinya redha dengan keadaan dan situasi rumah tersebut
haaa
situasinya begini, kalau si suami berkehendak duduk di rumah ibu bapanya (suami) dan isterinya tidak kisah sama sekali, maka terlepas lah sudah nafkah rumah tersebut
al-kisah pula sekiranya isterinya tidak selesa dengan perkara tersebut, maka beli atau menyewa lah rumah lain.

ianya tersebut dalam kitab ya'anatuttolibin (betulkan jika salah)

zaman sahabat dulu,
ada seorang sahabat
jual tanah dia dgn harga
40ribu dirham,
dia letak selonggok dalam
rumah duit tu.
sahabat ni pun murung
dan menangis
tengok kat harta tu,
isteri dia tanya,
mengapa kau menangis
wahai kakanda?
aku menangis sbb harta ni,
aku nak buat apa duit banyak banyak ni?
isteri dia pun cakap,
duhai kakandaku yang dikasihi,
pergilah bersedeqah di sekitar madinah
dan jangan kakanda balik
selagi masih ada harta tersebut
sahabat ni pun keluar
bagi harta dia kat semua orang
sebelum subuh dia balik rumah
tanpa harta sedikitpun
isteri gembira, suami gembira

itu power beb!
zaman sekarang
mana ada org mcm tu
cuba kau bawak balik 20K
letak atas meja makan

aku rasa tak sempat
bawak balik rumah duit tu
dah settle belanja
beli itu ini
takde nya terdetik dalam hati
"baik aku sedekah
kat masjid semua duit ni"
takde beb

itu menunjukkan
iman sahabat dahulu
lebih tinggi
dari zaman sekarang ni
suami yang hebat, isteri yang hebat

moga bermanfaat post kali ini
renungan untuk aku
belajar belajar cakap benda baik
untuk jadi lebih baik

Friday, January 15, 2016

Back to School

ada satu saat dulu dalam waktu aku duduk seorang diri memikirkan masa hadapan,
aku pernah terfikir nak buat satu filem waktu aku zaman sekolah.
waktu nakal aku, waktu acahacah dah besar waktu sekolah.

aku dan lagi 3 orang rakan aku main mercun.
acahacah kena gantung sekolah
kena rotan dengan pengetua
atas sebab mencalarkan imej sekolah
ketua warden kami belanja makan roti canai lepas kena rotan
rilek je dia

banyak lagi lah masalah yang kami berempat ni selalu buat.
kantoi fly, kantoi pukul budak.
nak dijadikan cerita.
aku terjenguk kat satu laman web ni cerita mengenai empat sekawan di sekolah berasrama.
atas ikhsan brader phizy, dia bagi terus link telemuvi tersebut.


tajuk filem tu melur vs rajawali.

aku tengok cerita tu. terus teringat zaman sekolah beb. ada adeganadegan yang lebih kurang waktu aku sekolah dulu.
mungkin aku melebih sangat.
tapi serius beb. 

cerita ni mengisahkan scene zaman sekolah berasrama penuh, ada joke, ada cintancintun, adik angkat abg angkat, pecah masuk asrama perempuan, bergaduh sebab awek, membebel dari bilik sampai kelas. serius best.

jadi kalian yang nak terasa semula zaman sekolah tu, tontonlah telemovie melur vs rajawali ni. aku bagi 3/5 lah. 



Friday, January 8, 2016

Tin Kosong, Serious Mass.

Dalam kehidupan sehari-hari aku, aku suka tengok tabiat manusia.
Cara mereka berbual, cara mereka berjalan, ianya menghiburkan aku.
Mungkin atas sebab perkara ni, aku matang dari segi pemikiran, kurang matang dari segi sikap sosial.

Ada antara manusia yang bersifat berbual kosong, tiada intipati dalam setiap bait kata-kata.
hanya perbualan kosong, sama seperti ketukan tin kosong. Suaranya kuat, isinya kosong.
berbual kosong tanpa henti, hanya akan terselit kata-kata akademik jika diisi dengan intipati akademik oleh yang lain nya. perbualan tersebut berakhir dengan omong kosong semata.

Ada juga antara manusia yang berbual serius setiap masa.
Tiada erti gurau dalam kamus hidup mereka. Hanya perbincangan serius semata.
Hasilnya kadangkala membuahkan ideologi telus, kadangkala menghasilkan intipati untuk perbualan golongan tin kosong.

Ada juga antara mereka yang tergolong dalam golongan berhati-hati. Tidak mahu terlampau melibatkan diri dalam golongan tin dan tidak juga mahu berkecimpung dalam golongan serius.
Golongan ini berfikir sebelum bercakap atau lebih mulia untuk tidak berkata-kata.
Otak lebih pantas dari mulut. Pemikiran mengatasi segalanya. 

Entri ini hanya bualan kosong semata dari golongan tin yang memerhati.


Friday, January 1, 2016

Tahun Baru Azam Baru

Kenapa setiap kali kalau tahun baru je, mesti semua orang akan adakan azam baru. nak kata azam tahun lepas semua tercapai tak jugak, nak kata perlukan tolakan untuk anjakan yang lebih baik, mungkin.

pada aku sebelum ini, azam ini membuatkan diri aku seperti menipu diri sendiri. mungkin juga menyebabkan dan disebabkan aku tiada matlamat hidup. hidup aku cuma untuk makan, tidur, main bola, pergi stadium, solat, tengok tv, menyanyi, dll.

mungkin itu juga menyebabkan aku seperti tiada arah tujuan untuk berubah, untuk lebih maju. mungkin. semua ini disebabkan salah satunya cara hidup aku. memang tiada matlamat. 

jadi untuk tahun ini, aku berazam untuk ada azam. insyaa Allah aku akan ada kejayaan untuk berazam. kalau bukan diri kita yang nak maju, siapa lagi?