Thursday, December 24, 2015

Lelaki, Manusia.

aku cuma manusia
bukan siapa siapa
mencari redha Nya
bekerja untuk bertemu dengan Nya

bukan seorang cendekiawan
bukan juga seorang hartawan
hanya seorang insan
yang tiada dalam perhatian

tidak meminta wang ringgit
tidak meminta kad kredit
tidak meminta caci maki brengset
tidak juga meminta rembesan popular terpalit

mohon cinta dan redha Mu
mohon restu ayah dan ibu
mohon kesetiaan rakan rakanku
mohon kekuatan menempuh hari yang baru

kerana aku hanya lelaki
lemah dan berdosa
hanya pada Tuhan
ku menadah tangan
berikanku kekuatan
inginku nyatakan semua ini

berikanlah masa
untukku berdiri
dengan kaki ku sendiri
seperti setiap mereka yang lebih memahami
erti kehidupan
perjalanan ini.


No comments: