Tuesday, August 26, 2014

Pulut dan Merdeka

Pulut Panggang


Al-kisah bermula apabila ayahanda pulang dengan bungkusan kuih pulut panggang di tangan di petang hari.
Dengan niat dimakan sambil menonton drama melayu petangpetang,
pulut panggang itu disusun rapi di atas satu pinggan dan menunggu sekalian ahli rumah untuk dijamah bersama.

Selesai menunggu setiap ahli rumah berkumpul, semua mahu menikmati kelazatan pulut panggang yang dibawa pulang.
Masing-masing mengupas daun pisang bakar seperti sebiji pisang dibogelkan.
Dan kini, tibanya kedatangan ungkapan 'selagi oleh makan, makan'.

Pulut panggang yang disangkakan lazat, sedap
kelihatan basah, berlendir, dan berbau.
Bonda mengeluh.
Aku yang hanya tahu masak mee segera pun,
tahu bahawa pulut berlendir bermaksud sudah tidak dapat dimakan.

Lalu Bonda menyeru,
"Anakanda sekalian, usahlah kalian memasukkan makanan itu ke rongga mulutmu.
Kerana kelihatan ianya bukan milik hari ini, ianya milik semalam hari."


Maka, hampalah sekalian keluarga,
kempunan merasa kelazatan pulut panggang yang seharusnya dimakan sambil disulami senyuman di rupa.


-----------------------------------

Hanya jauhari yang lebih mengenal manikam.
Tiada alasan penjual kuih itu tidak tahu kuihnya tidak mampu bertahan dua hari.
Mak aku selalu ajar,
makanan bersantan, berkelapa atau berpulut tak tahan lama,
tambahan jika tidak disimpan elok seperti dalam peti sejuk.
Sama ada ianya sengaja atau tidak disengajakan,
perbuatan ini tidak boleh diterima
kerana wang hasil jualan barang buruk itu
akan digunakan untuk menyara keluarganya.
Mahukah dia menyuap mulut anaknya dengan hasil yang tidak berkat?

Inilah dia,
kita selalu dikatakan masih dijajah budaya barat.
Namun, pada pemikiran aku,
musuh utama kita sebagai anak merdeka
bukanlah hanya budaya barat yang dikata terpesong,
malah yang paling utama adalah
DIRI SENDIRI.

Selagi diri dijajah sifat tamak, dengki dan busuk hati.
Selagi itu, janganlah kita sebut tentang kita anak merdeka.

Ini pesanan buat diri sendiri
dan untuk yang sudi membaca.
Moga kita diberi hidayah dari-Nya,
agar benar-benar merdeka.

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE-57.

p/s:
Aku benci bila hal agama dipolitikkan sesetengah pihak berfikiran sekular.
Adakah kalian terlalu bodoh sampai tidak nampak jurang keduanya?