Sunday, August 31, 2014

Di sini lahirnya sebuah cinta



Jadi,
bagaimana kita sebagai rakyat Malaysia boleh memahami erti sebenar kemerdekaan?

Pada aku,
secara peribadi,
rakyat negara kita kini takkan dapat faham erti sebenar kemerdekaan melainkan dua cara;

1) Cipta mesin masa dan dengan mesin maa itu, kembali ke zaman gelap derita dijajah penjajah dan rasai sendiri perbezaan kehidupan dengan zaman sekarang.

2) Dalami sejarah dan segala peristiwa sepanjang perjalanan tanah air menuntut kemerdekaan dari tangan penjajah melalui sumber seperti buku, tinggalan sejarah, muzium, cikgu sejarah, ataupun dengar sendiri secara 'first-hand' pengalaman dari veteran sama ada veteran perang atau tokoh negarawan yang masih ada.

Yang pertama adalah mustahil.
Yang kedua, walaupun tidak mustahil, namun amat susah dilakukan memandangkan budaya kita tidak menitikberatkan ilmu sejarah dan lebih memberatkan ilmu 'menjadikan diri lebih berharta'.

Sejujurnya,
aku sendiri tak mampu mendalami erti sebenar kemerdekaan.
walaupun aku sendiri ambil bidang sejarah di peringkat universiti.
Tiada mesin masa, tiada peluang berjumpa tokoh, dan tiada usaha untuk membaca.

Jadi,
disebabkan kebanyakkan kita tidak tahu erti sebenar kemerdekaan,
jangan pertikaikan apa yang negara sudah berikan kepada anda..
(Subsidi, royalti, duit kopi, biasiswa, tender)
Sebaliknya, fikirkan apa yang boleh kalian buat supaya negara menjadi tanah tempat tinggal yang lebih baik tanpa persengketaan, permusuhan sesama kaum, perbezaan fahaman politik, dan keruntuhan moral.
Selepas itu,
selepas segalanya menjadi baik,
kita sendiri dapat merasakan nikmatnya.
Seperti pejuang kita dulu bertungkus-lumus mendapatkan kemerdekaan.


Apa pun,
AKU TETAP BANGGA JADI
ANAK MALAYSIA.

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Tuesday, August 26, 2014

Pulut dan Merdeka

Pulut Panggang


Al-kisah bermula apabila ayahanda pulang dengan bungkusan kuih pulut panggang di tangan di petang hari.
Dengan niat dimakan sambil menonton drama melayu petangpetang,
pulut panggang itu disusun rapi di atas satu pinggan dan menunggu sekalian ahli rumah untuk dijamah bersama.

Selesai menunggu setiap ahli rumah berkumpul, semua mahu menikmati kelazatan pulut panggang yang dibawa pulang.
Masing-masing mengupas daun pisang bakar seperti sebiji pisang dibogelkan.
Dan kini, tibanya kedatangan ungkapan 'selagi oleh makan, makan'.

Pulut panggang yang disangkakan lazat, sedap
kelihatan basah, berlendir, dan berbau.
Bonda mengeluh.
Aku yang hanya tahu masak mee segera pun,
tahu bahawa pulut berlendir bermaksud sudah tidak dapat dimakan.

Lalu Bonda menyeru,
"Anakanda sekalian, usahlah kalian memasukkan makanan itu ke rongga mulutmu.
Kerana kelihatan ianya bukan milik hari ini, ianya milik semalam hari."


Maka, hampalah sekalian keluarga,
kempunan merasa kelazatan pulut panggang yang seharusnya dimakan sambil disulami senyuman di rupa.


-----------------------------------

Hanya jauhari yang lebih mengenal manikam.
Tiada alasan penjual kuih itu tidak tahu kuihnya tidak mampu bertahan dua hari.
Mak aku selalu ajar,
makanan bersantan, berkelapa atau berpulut tak tahan lama,
tambahan jika tidak disimpan elok seperti dalam peti sejuk.
Sama ada ianya sengaja atau tidak disengajakan,
perbuatan ini tidak boleh diterima
kerana wang hasil jualan barang buruk itu
akan digunakan untuk menyara keluarganya.
Mahukah dia menyuap mulut anaknya dengan hasil yang tidak berkat?

Inilah dia,
kita selalu dikatakan masih dijajah budaya barat.
Namun, pada pemikiran aku,
musuh utama kita sebagai anak merdeka
bukanlah hanya budaya barat yang dikata terpesong,
malah yang paling utama adalah
DIRI SENDIRI.

Selagi diri dijajah sifat tamak, dengki dan busuk hati.
Selagi itu, janganlah kita sebut tentang kita anak merdeka.

Ini pesanan buat diri sendiri
dan untuk yang sudi membaca.
Moga kita diberi hidayah dari-Nya,
agar benar-benar merdeka.

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE-57.

p/s:
Aku benci bila hal agama dipolitikkan sesetengah pihak berfikiran sekular.
Adakah kalian terlalu bodoh sampai tidak nampak jurang keduanya?

Sunday, August 24, 2014

Hai Melayu



aku dah lama tak post apa-apa kat blog
jadi, aku macam nak post something lah
aku ada terbaca satu sajak
yang dihantar melalui perataraan watsapp

aku tak tahu siapa pegarang sajak ni
tapi mengikut pandangan aku
aku rasa ada betulnya apa yang terukir
ini pandangan aku
oleh kerana itu, aku pun nak lah share dengan orang rami
ini lah dia

HAI MELAYU

rumahmu semua dibina indonesia,

ekonomi pula dikuasai cina,

golongan profesional semuanya india,

warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,

warga bangla pula menjadi JaGa,

orang Nepal yang menabur baja,

orang pakistan usung karpet jaja merata,

lalu melayu ada apa?

harapkan ustaz, saling menyesat,

harapkan hiburan, lagi best filem barat,

harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat

harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,

harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Hai melayu!

masih mendabik menjadi tuan?

sibuk mahu menjadi tuan,

rupanya kerja kelas bawahan,

ditipu mentah orang atasan,

konon perjuangan ini untuk kalian!

kerja sikit, sembang kencang,

banyak rungut, sikit rancang,

siapa tegur, dituduh lancang

duduk warung, gigit kacang!

Hai melayu!

konon kau pantang dicabar,

konon kau tangkas menyambar,

tapi cuma indah khabar,

rentakmu makin lama makin hambar

kau melayu aku pun melayu,

aku menulis bukan cemburu,

aku mahu engkau tahu,

kenapa melayu tak macam dulu.....

Hai melayu!

jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,

bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,

kau cuma tahu ber gaya,

Hai melayu!

kau melaung-laung di jalan raya,

bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,

pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

Hai melayu!

kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,

bila dah kaya kau jadi puaka,

ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai melayu!

sedarlah bangsa ku,

buka lah minda mu,

bersatulah bangsa ku,

kerana malaya bukan lagi milik mu !

aku pun melayu,

engkau pun melayu,

bodoh sombong harus di tepis,

riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,

bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,

kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa