Wednesday, December 17, 2014

Normalisasi

Situasi jarang demam membuatkan sekali ianya berlaku, seluruh badan aku umpama lumpuh dan tidak bermaya.
Selalunya bila tekak rasa kering dan bila mahu telan air liur pun rasa perit, maknanya dalam antara 24jam hingga 48jam kemudian aku akan demam.
Itu petanda awal yang selalu aku dapat ramal tentang diri sendiri.
Selain buang air, isi air, dan isi perut, waktu demam aku akan habis di atas katil mengenang nasib.
Aku tak mampu untuk jadi produktif sewaktu demam melanda.

Cikgu sains aku dulu cerita,
demam adalah tanda kita manusia normal.
Pesta proses suap-balik negatif yang berlaku di seluruh badan untuk mengembalikan diri ke keadaan normal.
Badan panas, kepala pening, sendi lemah, semua itu hanyalah proses sementara semasa badan berusaha untuk kembali berfungi normal.
Sebab tu jangan merungut dengan demam.
Demam perlu untuk kembali normal.
Demam itu petanda kita manusia.

Namun,
demam juga satu cara untuk aku mengenali diri aku sendiri.
Seharian terlantar di atas katil dengan sensasi dan perasaan yang bercampur baur memberikan aku masa yang panjang untuk muhasabah diri.
Apa yang penting, apa yang tidak.
Apa paling nak dibuat, apa yang sekadar membuang masa.
Siapa dalam ingatan, siapa sekadar di pinggiran.
Demam membuatkan aku kembali pertimbangkan semula landasan kehidupan yang sedang dan bakal aku lalui.

Tapi bila badan terlalu lemah dan akal masih ligat,
separa sedar, aku seolah-olah berada dalam halusinasi sendiri.
Aku nampak sesuatu yang tidak ada.
Aku dengar sesuatu yang tidak wujud.
Malah, aku nampak diri aku sendiri sedang memandang aku.

Bagi setengah orang, itu pengalaman yang menakutkan.
Tapi bagi aku ianya hanya petanda aku normal.
Aku suka jadi normal.
Aku suka normal.
Normal itu hebat.

Bagi setengah orang, demam itu perkara remeh.
Makan ubat, berehat, kemudian sembuh.
Sedangkan banyak perkara yang boleh dipelajari dari demam.
Terutamanya tentang diri kita sendiri
dan itulah yang aku belajar dari demam aku.

Selalunya juga demam aku tak lama.
Selalunya 24jam terlantar, jam ke-25 aku sudah boleh buat flare (link) dan backflip.

Demam aku dua minggu lepas membuatkan aku tekad nak habiskan study cepat...
...dan aku sangat nak makan aiskrim.

Sunday, August 31, 2014

Di sini lahirnya sebuah cinta



Jadi,
bagaimana kita sebagai rakyat Malaysia boleh memahami erti sebenar kemerdekaan?

Pada aku,
secara peribadi,
rakyat negara kita kini takkan dapat faham erti sebenar kemerdekaan melainkan dua cara;

1) Cipta mesin masa dan dengan mesin maa itu, kembali ke zaman gelap derita dijajah penjajah dan rasai sendiri perbezaan kehidupan dengan zaman sekarang.

2) Dalami sejarah dan segala peristiwa sepanjang perjalanan tanah air menuntut kemerdekaan dari tangan penjajah melalui sumber seperti buku, tinggalan sejarah, muzium, cikgu sejarah, ataupun dengar sendiri secara 'first-hand' pengalaman dari veteran sama ada veteran perang atau tokoh negarawan yang masih ada.

Yang pertama adalah mustahil.
Yang kedua, walaupun tidak mustahil, namun amat susah dilakukan memandangkan budaya kita tidak menitikberatkan ilmu sejarah dan lebih memberatkan ilmu 'menjadikan diri lebih berharta'.

Sejujurnya,
aku sendiri tak mampu mendalami erti sebenar kemerdekaan.
walaupun aku sendiri ambil bidang sejarah di peringkat universiti.
Tiada mesin masa, tiada peluang berjumpa tokoh, dan tiada usaha untuk membaca.

Jadi,
disebabkan kebanyakkan kita tidak tahu erti sebenar kemerdekaan,
jangan pertikaikan apa yang negara sudah berikan kepada anda..
(Subsidi, royalti, duit kopi, biasiswa, tender)
Sebaliknya, fikirkan apa yang boleh kalian buat supaya negara menjadi tanah tempat tinggal yang lebih baik tanpa persengketaan, permusuhan sesama kaum, perbezaan fahaman politik, dan keruntuhan moral.
Selepas itu,
selepas segalanya menjadi baik,
kita sendiri dapat merasakan nikmatnya.
Seperti pejuang kita dulu bertungkus-lumus mendapatkan kemerdekaan.


Apa pun,
AKU TETAP BANGGA JADI
ANAK MALAYSIA.

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Tuesday, August 26, 2014

Pulut dan Merdeka

Pulut Panggang


Al-kisah bermula apabila ayahanda pulang dengan bungkusan kuih pulut panggang di tangan di petang hari.
Dengan niat dimakan sambil menonton drama melayu petangpetang,
pulut panggang itu disusun rapi di atas satu pinggan dan menunggu sekalian ahli rumah untuk dijamah bersama.

Selesai menunggu setiap ahli rumah berkumpul, semua mahu menikmati kelazatan pulut panggang yang dibawa pulang.
Masing-masing mengupas daun pisang bakar seperti sebiji pisang dibogelkan.
Dan kini, tibanya kedatangan ungkapan 'selagi oleh makan, makan'.

Pulut panggang yang disangkakan lazat, sedap
kelihatan basah, berlendir, dan berbau.
Bonda mengeluh.
Aku yang hanya tahu masak mee segera pun,
tahu bahawa pulut berlendir bermaksud sudah tidak dapat dimakan.

Lalu Bonda menyeru,
"Anakanda sekalian, usahlah kalian memasukkan makanan itu ke rongga mulutmu.
Kerana kelihatan ianya bukan milik hari ini, ianya milik semalam hari."


Maka, hampalah sekalian keluarga,
kempunan merasa kelazatan pulut panggang yang seharusnya dimakan sambil disulami senyuman di rupa.


-----------------------------------

Hanya jauhari yang lebih mengenal manikam.
Tiada alasan penjual kuih itu tidak tahu kuihnya tidak mampu bertahan dua hari.
Mak aku selalu ajar,
makanan bersantan, berkelapa atau berpulut tak tahan lama,
tambahan jika tidak disimpan elok seperti dalam peti sejuk.
Sama ada ianya sengaja atau tidak disengajakan,
perbuatan ini tidak boleh diterima
kerana wang hasil jualan barang buruk itu
akan digunakan untuk menyara keluarganya.
Mahukah dia menyuap mulut anaknya dengan hasil yang tidak berkat?

Inilah dia,
kita selalu dikatakan masih dijajah budaya barat.
Namun, pada pemikiran aku,
musuh utama kita sebagai anak merdeka
bukanlah hanya budaya barat yang dikata terpesong,
malah yang paling utama adalah
DIRI SENDIRI.

Selagi diri dijajah sifat tamak, dengki dan busuk hati.
Selagi itu, janganlah kita sebut tentang kita anak merdeka.

Ini pesanan buat diri sendiri
dan untuk yang sudi membaca.
Moga kita diberi hidayah dari-Nya,
agar benar-benar merdeka.

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE-57.

p/s:
Aku benci bila hal agama dipolitikkan sesetengah pihak berfikiran sekular.
Adakah kalian terlalu bodoh sampai tidak nampak jurang keduanya?

Sunday, August 24, 2014

Hai Melayu



aku dah lama tak post apa-apa kat blog
jadi, aku macam nak post something lah
aku ada terbaca satu sajak
yang dihantar melalui perataraan watsapp

aku tak tahu siapa pegarang sajak ni
tapi mengikut pandangan aku
aku rasa ada betulnya apa yang terukir
ini pandangan aku
oleh kerana itu, aku pun nak lah share dengan orang rami
ini lah dia

HAI MELAYU

rumahmu semua dibina indonesia,

ekonomi pula dikuasai cina,

golongan profesional semuanya india,

warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,

warga bangla pula menjadi JaGa,

orang Nepal yang menabur baja,

orang pakistan usung karpet jaja merata,

lalu melayu ada apa?

harapkan ustaz, saling menyesat,

harapkan hiburan, lagi best filem barat,

harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat

harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,

harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Hai melayu!

masih mendabik menjadi tuan?

sibuk mahu menjadi tuan,

rupanya kerja kelas bawahan,

ditipu mentah orang atasan,

konon perjuangan ini untuk kalian!

kerja sikit, sembang kencang,

banyak rungut, sikit rancang,

siapa tegur, dituduh lancang

duduk warung, gigit kacang!

Hai melayu!

konon kau pantang dicabar,

konon kau tangkas menyambar,

tapi cuma indah khabar,

rentakmu makin lama makin hambar

kau melayu aku pun melayu,

aku menulis bukan cemburu,

aku mahu engkau tahu,

kenapa melayu tak macam dulu.....

Hai melayu!

jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,

bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,

kau cuma tahu ber gaya,

Hai melayu!

kau melaung-laung di jalan raya,

bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,

pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

Hai melayu!

kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,

bila dah kaya kau jadi puaka,

ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai melayu!

sedarlah bangsa ku,

buka lah minda mu,

bersatulah bangsa ku,

kerana malaya bukan lagi milik mu !

aku pun melayu,

engkau pun melayu,

bodoh sombong harus di tepis,

riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,

bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,

kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa

Thursday, June 12, 2014

Kal Ho Naa Ho


Haritu aku layan Kal Ho Naa Ho dekat TV.
Kal Ho Naa Ho adalah sebuah filem hindustan lakonan Shahrukh Khan, Preity Zinta dan Saif Ali Khan berkisar tentang bagaimana cinta mampu menakluk dunia. Pew pew pew.
(Ok, itu bukanlah sinopsis yang betul)

Aku peminat hindustan SRK.
Aku berkali-kali dah tonton cerita ni.
Yang menarik ialah, walaupun dah banyak kali aku tonton cerita ni, ninja tetap akan datang potong bawang sebelah aku.
Bergenang beb.
Walaupun dah tahu apa jadi lepas sesuatu babak,
tetap bergenang.
Agaknya, kalau 20 tahun akan datang aku tonton lagi cerita ni,
mesti ninja masih datang berkunjung.




It's a good movie. Great instead.
Tak banyak cerita yang mampu buatkan aku bergenang airmata jantan.
Dan seingat aku,
tak ada langsung cerita Melayu/Malaysia yang mampu buat aku bergenang.

Kalian pernah bergenang tengok cerita Melayu/Malaysia?
Cuba bagitahu aku, aku try tengok nanti....

Monday, June 9, 2014

Aku, SOMBONG?



Suatu hari, aku dilabel sombong.
Sebabnya, ada beberapa event (dan kebanyakannya majlis perkahwinan) yang dibuat kawan-kawan dan diinvite dalam Facebook, aku tak hadirkan diri.

Sombong mungkin perkataan yang mudah,
tapi biasanya aku ada dua alasan kukuh kenapa tak datang event-event tersebut.

Pertama,
basically, tarikh event-event ni akan diambil berdasarkan kelapangan.
Biasanya hujung minggu atau tarikh cuti.
Waktu yang sama juga biasanya ada jemputan majlis perkahwinan belah family.
Waktu yang sama juga aku ada exam, UIA mana pernah kisah hari ahad 
atau hari sabtu atau hari cuti. 
Jadi, aku tak ada pilihan.

Kedua,
kalau aku datang, aku akan jadi lelaki yang berdiri tegak di hujung bilik atau di bawah pokok membelek-belek kuku.
Nak kata anti-sosial, aku suka crowds...
Nak kata introvert, no. 
Aku cuma tak biasa nak mula bergaul...
Tapi, kalau dah kenal, aku mungkin orang paling bising di dalam kumpulan.
(keyword: mungkin)




Alasan kedua paling boleh diterima.
Kecuali kalian mahu seorang mengidap SAD memeriahkan majlis kalian,
silalah jemput aku. Hehehe...

Tapi jangan pula lepas ni tak jemput aku langsung.

Thursday, April 17, 2014

Only Human

Kita manusia.
Ada maruah.
Ada perasaan.


Namun kita
seringkali terlupa.
Kita sama.
Semua sama.
Ada salah.
Ada jatuh.
Ada malu.
Ada sakit.


Bila lupa,
kita menghukum.
Kita melabel.
Kita mengeji.
Kita memaki.
Kita menjari.
Satu pergi.
Empat mari.


Bila dihina,
kita sakit.
Kita pedih.
Kita jerit.
Kita sisih.


Kita lupa.
Semua manusia,
ada khilaf.
Maka hendaknya
usah dihukum
sesuatu yang
sudah dihukum.


Menuding jari
tidak membawa
kepada penyelesaian.
Mengguna aqli
mencari punca
sesuatu sesalan.


Aku mati.
Mati dalam
diri sendiri.


Lihat kulit manusia
semuanya sama saja
Pembunuhan
Permusuhan
semua syak wasangka
harus dihentikan
berkuatkuasa serta merta


Kita manusia
lain nama dan fizikal
persamaan utamanya 
kita cuma ada akal
biar haiwan sahaja teritorial
ok- hypothetical
tiada peta politikal


Berbaliklah pada ajaran
kita semua asalnya satu jalan
tak mungkin tiada kesempatan
mungkin ada yang salah memilih simpangan
Allah beri akal dan fikiran
sebelum "return", "U-turn" 





Monday, January 27, 2014

Si Muka Itik


"S-E-L-F-I-E" ni adalah satu perbuatan
suka tangkap gambar diri sendiri.
Tak kisahlah menggunakan smartphone,
kamera compact
tahap extreme guna DSLR atau GoPro,
asalkan perbuatan tersebut dilakukan dengan tangan sendiri
dan menangkap gambar sendiri
kadang-kala dengan kawan-kawan.
Dulu perbuatan ni pernah dipanggil sebagai camwhore
sebab mereka 'jual muka' untuk dapatkan something,
which is perhatian.
Anyway, itu perkara yang lepas.
Let bygone, be bygone.

Kalau kita perhatikan,
manusia sekarang dah kehilangan nilai senyum yang asli
mungkin sebab artis yang mereka sanjung
tak reti buat senyuman yang cantik.
Kalau kita tengok kat instagram dan Facebook ataupun Twitter,
spesies mereka ni adalah jenis yang suka buat muka pelik
seperti duckface (paling mainstream),
blowfishface,
pigface,
frogface,
dogface,
dan macam-macam muka lagilah
sehinggakan orang yang tengok kadang-kadang keliru
ini muka manusia ataupun itik jadian.
kalau korang tertanya-tanya kenapa mereka memilih untuk 'selfie',
psikologi mungkin ada penjelasannya...




Aktiviti harian kita sentiasa
melibatkan interaksi dengan manusia lain
apabila kita berinteraksi dengan orang,
memahami dan mengagak perasaan orang tu
dengan melihat gerak-geri dan emosi dia.
Walaupun kita menggunakan banyak masa kita
untuk melihat muka dan ekspresi orang lain,
kita luangkan masa yang sangat sedikit
melihat ekspresi muka sendiri.
Tapi ni sangat normal sebab bukannya kita tengok cermin 24 jam yedakk?

Persepsi kita terhadap muka sendiri ialah
apabila kita terasa otot-otot di bahagian muka bergerak
atau terasa sesuatu
dan bukannya melalui apa yang kita nampak.
Contohnya la kan,
kalau kita marah,
muka kita terasa tegang dan panas;
tanpa melihat sendiri bagaimana rupa kita ketika marah.
Maka dengan itu,
manusia sebenarnya ada maklumat yang tak cukup
dan kurang tepat tentang bagaimana muka kita pada satu-satu masa.

Disebabkan manusia ni ada pengetahuan yang limited
tentang rupa sebenar sendiri,
maka ia memberi kesan tentang apa yang kita fikir
tentang muka sendiri.
Satu kajian telah dijalankan
di mana ia melibatkan responden untuk memilih
gambar muka sendiri daripada 3 gambar
satu gambar original dan dua lagi gambar yang dah di-photoshopkan.
Hasil daripada kajian tu menunjukkan
yang manusia secara umumnya memang lemah
dalam mengenalpasti muka sendiri (Epley & Whitchurch, 2008)

Manusia juga ada kecenderungan
 pilih muka mereka yang telah di-edit
jadi lebih cantik berbanding gambar original.
Kejadian ni memang berlaku kan?
Sebab tu dekat Facebook ada option untuk "approve" gambar
supaya kita tak kena tag dengan gambar yang bodoh hodoh.
Dan juga gamabr sendiri yang kita post pula
kadang-kadang dah diedit
paling tidak,
guna filter instagram.
Dalam kata lain,
perangai ni menyebabkan kita sentiasa ingin kelihatan lebih muda
lebih menarik berbanding muka kita yang sebenarnya

Maka ini menjelaskan tentang kita sangat suka dengan selfie.
Apabila SELFIE,
kita kawal ekspresi muka untuk nampak lebih menarik
(sesetengah orang rasa duckace tu cantik)
kita suka dengan gambar tu maka kita share dengan orang lain
untuk mereka mengakui bahawa kita memang cantik macam tu.
Melalui SELFIE,
kita ada kuasa sendiri di tangan untuk nampak cantik
menarik mengikut persepsi diri sendiri!

postquam-scriptum:
Epley, N. , & Whitchruch, E. (2008). Mirror, Mirror on the Wall: Enhancement in Self-Recognition. Retrieved from http://faculty.chicagobooth.edu/nicholas.epley/EpleyWhitchurch.pdf

Thursday, January 9, 2014

Third Power

"Yang sebenarnya, Dragon Ball ada tujuh biji semuanya."
Kalau kalian peminat siri Dragon Ball, kalian akan tahu Dragon Ball bukan hanya tujuh biji, tapi 21.


Aku anggap zaman kanak-kanak aku amat seronok.
Bukan hanya sebab aku tiada masalah besar yang perlu difikirkan.
Juga bukan sebab aku tak perlu risau tentang harga barang naik.
Tapi antara sebab aku rasa zaman kanak-kanak aku seronok adalah kerana aku membesar bersama-sama dengan Dragon Ball.

Namun,
itu bukanlah sebab utama kenapa zaman kanak-kanak aku seronok.
Sebab utamanya ialah daya akal kreatif dan imaginatif semasa aku kanak-kanak (dan kanak-kanak lain) sangat tinggi.
SANGAT TINGGI sampai tahap kita mampu hidup dalam imaginasi sendiri.

Sebagai contoh terbaik ialah
daya imaginasi aku pada zaman kanak-kanak semasa aku pertama kali terdengar perkataan 'kuasa tiga'

Ini imaginasi aku tentang 'tiga kuasa tiga':

'TIGA KUASA KOSONG


'TIGA KUASA SATU'


'TIGA KUASA DUA'


'TIGA KUASA TIGA'


Tiap kali aku terdengar 'kuasa tiga', aku akan tergelak seorang.
Sampai sekarang.

Tapi,
semakin dewasa, kreatif dan imaginatif semakin hilang.
Kalian fikir kalian kreatif? Fikir semula...
Kalian tak sekreatif seperti sewaktu zaman kanak-kanak dulu, kan?

Kalau matang perlu dibayar dengan itu, aku rela jadi kanak-kanak seumur hidup.

Dan siapa tak layan Dragon Ball masa kecil dulu tak awesome.

Monday, January 6, 2014

Dua Kosong Satu Empat

Dua ribu empat belas.
Tahun dimana segalanya diatas. tiada yang turun.



Selamat tahun baru.

Kita lambai pergi 2013 dengan senyuman.
Pada aku, 2013 adalah tahun aku mencari tapak untuk berpijak.
Banyak perkara aku belajar tentang diri pada tahun 2013.
Banyak penambahbaikan aku lakukan untuk diri sendiri.
Antara yang paling signifikan adalah aku sudah belajar untuk menanam impian.
Satu impian yang tidak pernah aku ada sejak dari lahir lagi.
Impian untuk masa depan.

2013 juga merupakan tahun yang, pada aku, penuh dengan perasaan.
Rasa benci, suka, gembira, takut, sedih, marah...Semua ada.
Politik, persahabatan, kekeluargaan, kasih sayang,
Semuanya main peranan kuat sepanjang tahun 2013.

2013 sedikit sebanyak mendewasakan pemikiran aku.

Bagaimana tahun 2013 pada kalian?



Selamat datang 2014.
Tahun yang aku jangkakan bakal mengundang pelbagai cabaran.
Tahun yang bakal menguji aku dari segala aspek,
terutamanya tentang semangat tidak berputus asa.
Ya, aku mahu jadi seseorang yang tidak akan pernah putus asa dalam tahun 2014.

Jadi,
bagaimana jangkaan kalian untuk tahun 2014?



Ayuh,
sama-sama kita mahu ke hadapan.
Sama-sama kita menempuh cabaran yang bakal mendatang.