Sunday, November 3, 2013

Eureka!

"Saya sudah gunakan 100% emas yang diberi Tuanku."

Seorang Tukang Emas cuba meyakinkan Raja. Permintaan Raja mahukan mahkota emas perlu dipenuhinya. Namun, ada sinis dalam senyumannya.

Seorang menteri di raja menimbang mahkota emas itu.

"Ya, Tuanku. Beratnya sama dengan ketulan emas yang kita bekalkan."

Senyuman si Tukang Emas semakin melebar.

Raja meneliti butiran mahkotanya. Warnanya kelihatan sedikit lain dari sepatutnya. Raja was-was dengan ketulenannya.

"Beta rasa beta mahu siasat lebih lanjut. Panggil pendeta kita! NOW!"
Titah Baginda dituruti. Muka si Tukang Emas mula menaikkan riak risau.

Meet Archok


Pendeta Negara masuk mengadap. Mukanya yang 'toya' memang menyembunyikan kecerdikan dirinya. Muka berjambang, mata kuyu, kalau bukan kerana bajunya, dia saling tak tumpah seperti pengemis di kaki lima jalan.

"Pendita Archok! Beta rasa mahkota ini tidak tulen emasnya. Beta mahu kamu cari penyelesaian masalah ini TANPA mengubah bentuk mahkota. Kamu dilarang melebur, mematahkan atau apa saja yang mengubahnya. Beta suka design dia, nampak groovy dan up-to-date, sesuai untuk citarasa beta..Ehemm!"

Titah Baginda Raja membuatkan Si Archok garu kepala.

"Tak guna punya Raja, suka hati je nak titah arahan yang susah. Buat sendiri laa..." geram benak hati Archok.

"Jika kamu gagal mencari penyelesaian, kamu potong kepala.
Kalau didapati si Tukang Emas bersalah, dia potong kepala.
Beta dah lama tak tengok orang kena potong kepala..."

--------------

Titah Baginda Raja merunsingkan Archok. Sakit kepala dia memikirkan cara.

Senang jika dia dibenarkan melebur. Boleh dia kira isipadu.
Ini tidak, taste orang tua kutuk tu menyusahkannya, fikirnya.

Beberapa jam berfikir, Archok masih buntu.
Dia sempat chat Facebook dengan beberapa kawan bertanyakan masalahnya, tapi kebanyakkan kawan dia sibuk layan chat dengan awek, jadi Archok masih buntu.

Peluh kering, Archok rasa dia perlukan mandian nyaman.
Nak berendam dalam mandian Lux baru yang si cantik Fazura jadi duta tu.
Archok peminat setia Fazura.

Dibukanya paip air tab mandi, dan bersiap-siap untuk mandi.
Archok fikir, dia nak lari dari negara itu sebab dia tak nak mati penggal kepala.
Dia fikirkan, dia nak mati dalam pelukan kekasih tersayang, favorablyFazura.

"OhEmGee, air tab dah penuh!"
Archok tutup paip, berlenggang masuk ke dalam tab mandi.
Air tab yang penuh melimpah keluar.



Archok terdiam.

"Air mengikut bentuk bekas. Maka, air yang tersesar keluar adalah jumlah isipadu aku yang masuk ke dalam tab. Dari isipadu, aku boleh dapat ketumpatan. Ketumpatan berbeza jika bahan berbeza. Maka, aku boleh tahu jika mahkota tu tulen atau palsu."

"Yes! Tak payah lari dari negara ni!
Yes! Tak payah penggal kepala!"

Dalam keadaan bertelanjang bulat, Archok lompat keluar dari tab mandi dan berlari menuju ke singgahsana Raja kerana teruja dapat selesaikan permasalahan itu.

Dia menjerit,
"Eureka!! Eureka!!"

Wahai Archok, apa kata pakai dulu baju.
Tak pasal-pasal ada yang kena potong nanti.




postquam-scriptum:
Ini adalah cerita tentang cendekiawan Matematik Greek, Archimedes yang telah dirosakkan aku. Maaf. Archok adalah nama manja yang aku reka.

postquam-subscriptum:
Semasa sedang dia mengkaji sesuatu tentang matematik dengan menggunakan bulatan, bilikArchimedes diserang askar Roman yang menyerang Greek kerana perang. Archimedesmenyuruh askar tersebut memberi dia sedikit masa lagi kerana dia mahu selesaikan kajiannya yang sudah di fasa terakhir sebelum mereka membunuhnya. Tapi askar Roman degil. Perkataan terakhir Archimedes sebelum mati ialah "Jangan sentuh 'bulatan' itu (Noli turbare circulos meos,)" merujuk kepada perlakuan seorang askar Roman yang menyentuh hasil kajiannya selepas Archimedes ditikam dan menanti ajal. Kuburnya diletakkan satu sfera dan satu silinder, seperti yang diminta dia dalam wasiatnya.

postquam-subsubscriptum:
Aku anggap ini satu cerita yang hebat (yang original, bukan olahan aku tau). Tapi apakah pengajaran dari kisah Archimedes ni?

No comments: