Sunday, September 1, 2013

Pusingan bulan menunjukkan angka SEMBILAN

September datang lagi.

Seperti Januari,
September adalah antara bulan yang aku kurang minat.

Ada satu hari dalam September di mana hati aku penuh dengan benci dan dendam, namun harus aku cari topeng kegembiraan untuk dipakai kerana hari tersebut juga adalah hari yang sepatutnya senyuman sentiasa terukir di bibir aku.

Ingin tahu kenapa?

Bila secebis diri kalian yang bernama hati telah kalian isi dengan penuh kasih sayang cinta dan setia, dan akhirnya cebisan itu dicampak si dia ke dalam tong sampah busuk bernama alasan pada hari yang sepatutnya merupakan hari keraian diri sendiri, baru kita berdua boleh duduk berborak berbincang tentang dendam berteman secawan teh pahit berperisa kenangan.




Ya. Aku seorang pendendam.

No comments: