Monday, September 23, 2013

Iman dari perspektif seorang kanak-kanak

Dalam satu kelas Pendidikan Agama Islam,
1999, Shah Alam.




"Kenapa kelas kamu kotor ni??
Tahukah kamu semua yang 'kebersihan separuh dari iman'?"

Seorang Ustazah dah start membebel sebab kelas ajarannya semak dengan kapal terbang kertas dan berdebu.
Alaa, mengajar budak sekolah rendah,
what did you expect??

Sebelum Ustazah mulakan kelas,
semua murid diminta kemas sekitar kawasan masing-masing.
5 minit berlalu, kelas kemas laa sikit..
Lagi bagus laa dari tadi walaupun takde laa kemas mana pun.
Ustazah mulakan sessi pembelajaran..

"Rukun Iman ada enam perkara..
Percaya kepada Allah,
Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
Percaya kepada Malaikat-Malaikat
Percaya kepada Kitab-Kitab
Percaya kepada Hari Akhirat
Percaya kepada Qada' dan Qadar"


Tiba-tiba Sulaiman (bukan nama sebenar) , ketua kelas angkat tangan..
"Ustazah...saya ada formula nak dapat Iman penuh.."

Ustazah pelik dan ingin tahu..
"Kongsilah dengan rakan-rakan.."

"Kita perlu ada dua perkara,
pertama SABAR, kedua BERSIH..
Sebab SABAR SEPARUH DARI IMAN
BERSIH PUN SEPARUH DARI IMAN..
Jadi, separuh campur separuh dapat Iman penuh.."


Satu kelas ketawa...
Ustazah dah muka merah..

"SULAIMAN, KAMU BERDIRI DI LUAR!!!"
Ustazah herdik Sulaiman sambil tuding jari ke pintu.
Sulaiman bangun dan pasrah..

"Haha, Ustazah dah marah!!
Ustazah hilang sabar..
Iman Ustazah tinggal separuh je..."

kata kawan Sulaiman yang duduk di meja sebelah Sulaiman.

Satu kelas ketawa lagi..
Muka Ustazah bertambah merah..

"KAMU PON!!! KELUAR!!!"






Kawan kepada Sulaiman yang duduk meja sebelah tu adalah aku.

Bila dikenang kembali, jahat betul aku kecik-kecik dulu
Minta maaf, Ustazah... 

No comments: