Wednesday, August 7, 2013

RAMADHAN DAN AKU: Kad Raya!

Kalian tahu apa antara yang menyedihkan tentang saat terakhir nak raya ni?
Tradisi bertukar kad raya sudah semakin pupus...




Tahun ni,
aku dapat satu saja kad raya.
Datang dari YB merangkap pemenang saingan pilihanraya baru-baru ini di kawasan parlimen tempat aku tinggal.
Aku tak pangkah pun dia hari itu, tapi dia menang juga.
Apa boleh buat.

Yang lain?
Adakah aku sudah semakin kurang kawan?
ataupun sebab aku yang tak mulakan dulu hantar kad?
Tapi, kalau aku yang hantar kad, kawan-kawan aku nak ke balas?
Mereka ada masalah lebih besar dari susahkan diri nak balas kad aku.

Nampaknya,
tradisi berbalas kad raya memang semakin pupus...

postquam-scriptum: weh, esok raya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1434H

2 comments:

mujahidah maisarah said...

taqabballahuminnawaminkum. untungla dpt kad raya walaupun satu.

Azro!e said...

itu yang aku cakap tradisi kad raya ni semakin pupus. orang lebih suka gunakan khidmat pesanan ringkas, appapa, borakkita. papepun, selamat hari raya :)