Monday, August 19, 2013

Wanna Play Hide-and-Clap?

THE CONJURING



Kalian tahu apa yang aku tonton baru baru ini?
"The Conjuring"
Biar aku ceritakan serba sedikit tentang movie ni

Hampir sama dengan Insidious,
The Conjuring bercerita tentang dunia Supernatural di Amerika.
Ada hantu dan exorcism.
yang membezakan dua cerita ni,
The Conjuring diambil dari kisah benar sepasang suami isteri yang mengkaji aktiviti paranormal,
Ed Warren (Patrick Wilson) dan Lorraine Warren (Vera Farmiga).

Sekitar tahun 1952,
Ed dan Lorraine menubuhkan England Society for Psychic Research.
Dan sejak itu,
mereka menyelidik lebih dari 1000 kes hantu.
Satu kes Ed dan Lorraine yang cukup terkenal,
bahkan ditulis dalam buku oleh Jay Anson,
adalah The Amityville Horror.

The Amityville Horror


Tapi The Conjuring bukan The Amityville Horror,
ia mengisahkan soal hantu yang bermaharajalela di rumah baru keluarga Perron, pada 1971.
Sebelum masuk ke rumah Perron di kawasan Harrisville, Rhode Island,
pengarah cerita ini, James Wan terlebih dulu menceritakan tentang Annabelle.
First time aku nampak Annabelle aku terus teringat chucky
badan si Annabelle ni dirasuk hantu.
Muka pecah,
calar balar dan beberapa lagi kesan mengerikan.

yang belah kiri Annabelle sebenar, yang belah kanan Annabelle The Conjuring

Belum masuk inti cerita lagi, keluarga Perron,
pengarah dah membuat penonton menggigil
dengan hantu dalam Annabelle
yang nak berpindah tempat,
ke dalam badan manusia.
Kenapa Annabelle dijadikan sebagai pembuka filem?
sebab Annabelle ni ada kena mengena dalam cerita ni.
dia akan ganggu hidup
Warren Family.

Ketika scene beralih ke keluarga Perron,
ada yang tidak kena dalam rumah baru diorang.
Sadie, si anjing,
taknak masuk rumah.
waktu malam, dia tak berhenti menyalak.


Part masa Judy, anak Ed dan Lorraine Warren terperangkap dalam bilik

Dan kesimpulan dari menonton The Conjuring selama 112 minit cuma satu,
agak menyeramkan!

Tapi bila pernah menonton Insidious, Paranormal Activity
dan cerita-cerita hantu yang lain,
jantung aku boleh rileks selama pemutaran filem.
Sebab seperti kebanyakan filem horror,
The Conjuring ada scene benda bergerak sendiri;
bilik sejuk nak mampos;
bisikan suara;
atau hantu budak lelaki yang berkawan dengan anak bongsu keluarga Perron, April.

Aku bagi thumbs up kat team efek khas filem ni,
Bathsheba si hantu agak menyeramkan.
Dan ketika Carolyn Perron (Lili Taylor) dirasuki Bathsheba,
muka si Carolyn berubah wajah,
efek dia power sangat kot sampai orang belakang aku menjerit.
pastu terus pergi tandas, tercirit kot.

postquam-scriptum: hey, wanna play hide-and-clap? *clap*

postquam-post-scriptum: aku rate movie ni 3.75/5

Saturday, August 17, 2013

One Click away

Aku ada kenal seorang perempuan ni.
Aku kenal dia sebab dia awek kepada kawan sekolah aku.
Pernah duduk makan sama (sekali dengan kawan aku laa)
pernah lepak borak sama-sama (juga dengan kawan aku)
dengan kata lain,
walaupun dia awek kepada kawan aku,
tapi kami adalah kawan.

Dua tahun lalu dia add aku dalam Facebook.
Aku accept.

Baru-baru ni,
aku dapat tahu dia putus dengan kawan aku tu.

Sebab nak tahu sebab apa diorang putus,
dan kawan aku tu suruh tanyalah ex-awek dia,
aku cuba nak contact perempuan tu melalui Facebook.
Nak dijadikan cerita, dia dah 'unfriend' aku.

Aku fikir, mungkin sebab diorang putus gaduh.
Tapi, yang lagi lawak, mutual friend adalah kawan aku merangkap ex-bf dia.
Dengan kata lain, dia hanya unfriend aku, bukan ex-bf dia..

Jadi,
adakah aku masih kawan dia?
Aku sendiri bingung..
Nak add balik pun rasa AWKWARD!

Ini membuatkan aku terfikir,
berapa nilai sebenar kawan pada kita?
Adakah semudah satu klik 'Add as Friend' untuk berkawan?
Dan semudah satu klik 'Unfriend' untuk tidak berkawan?




postquam-scriptum:
Wujudnya jaringan sosial yang luas seperti Facebook membuatkan kita manusia semakin memandang enteng nilai 'kawan' kepada kehidupan.

Saturday, August 10, 2013

derma darah

Setelah selesai prosedur wajib, aku menunggu di atas sebuah katil khas.
Kiri kanan aku diapit dua buah mesin yang pada aku, jika aku tiada asas dalam sains hayat,sudah tentu aku merasakan mesin itu pelik.

Datang seorang perempuan seragam putih bertag nama Salmah (bukan nama sebenar) menghampiri.

Dia mengambil buku kecil merah dari tangan aku.
Dibeleknya beberapa muka surat, lalu berkata,

"First time ye encik derma darah?"

Aku senyum tanpa kata.

"Boleh saya tanya kenapa derma darah?"

Aku mendiamkan diri seketika. Memikirkan jawapan.

"Dulu, ada seorang budak lelaki ni, dari kecil, dia bercita-cita nak jadi seorang doktor. Semuanya bermula apabila dia kesian melihat neneknya terbatuk-batuk di tangga rumah kampung mereka. Dari situ, budak itu membesar dengan niat mahu menolong manusia yang memerlukan bantuan dengan menjadi seorang doktor."

"Namun, nasib tak selalu menyebelahi kita. Budak tu gagal untuk lulus cemerlang dalam PMRnya. Walaupun bukan teruk, namun keputusannya tidak melayakkannya untuk masuk ke kelas budak pandai di sekolahnya bagi menyambung pelajaran dalam bidang impiannya. Maklumlah, takde rezeki, dimasukkan dalam kelas ekonomi asas dan perdagangan."

"Maka, sejak dari itu, budak itu berjanji, walau apa pun bidang yang diceburinya, dia akan sentiasa berusaha untuk membantu orang yang memerlukan."

"Pada dia, menderma darah adalah sekurang-kurangnya usaha yang dia mampu lakukan untuk memujuk hati yang kecewa tidak tercapai cita-cita."

Cik jururawat itu tergamam. Aku tahu, ayat aku terlalu buku.


Selepas selesai urusan derma darah, ketika aku sedang nak bangun dari katil, Cik Salmah jururawat tadi menegur,

"Budak yang encik ceritakan tadi, ialah encik ke?"

"Oh, bukan! Itu orang lain yang saya kenal.
jiran sebelah rumah yang saya kurang jelas namanya.
mungkin Sulaiman, ataupun Hamdan.
Tujuan saya derma darah sebab makanan yang disediakan selepas derma darah di sini sedap-sedap belaka"
Sambil aku tersenyum, aku beredar.





Dalam jalan keluar aku dari Pusat Darah Negara, aku terserempak dengan seorang doktor yang cun meletup habis. Tiba-tiba kepala rasa tekanan, macam nak tersembur darah dari hidung.
(Itu bukan sebab aku pervert, tapi sebab aku tak minum air milo yang disediakan. Serius! Bukan alasan. Tapi doktor tu memang cun.)


Thursday, August 8, 2013

Hari Raya!

oh hari raya?!



Dengan itu,
aku, selaku pemilik blog ini,
menyucapkan
SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI
MAAF ZAHIR dan BATIN.

Jika kalian ada salah dengan aku,
tak perlu mintak maaf lagi,
sebab aku dah maafkan semuanya...

Andai aku ada silap salah khilaf mana-mana,
sila beritahu aku supaya aku mampu berubah.
Dan 10 jari aku susun memohon maaf...

MAAFKAN AKU..

postquam-scriptum:
Aku sedih sebab merasakan aku gagal memanfaatkan Ramadhan kali ni sepenuhnya.
Harap aku masih ada Ramadhan yang mendatang,
amin....


postquam-post-scriptum:
Kalau ada rumah terbuka, sila jangan segan jemput aku...
 

Wednesday, August 7, 2013

RAMADHAN DAN AKU: Kad Raya!

Kalian tahu apa antara yang menyedihkan tentang saat terakhir nak raya ni?
Tradisi bertukar kad raya sudah semakin pupus...




Tahun ni,
aku dapat satu saja kad raya.
Datang dari YB merangkap pemenang saingan pilihanraya baru-baru ini di kawasan parlimen tempat aku tinggal.
Aku tak pangkah pun dia hari itu, tapi dia menang juga.
Apa boleh buat.

Yang lain?
Adakah aku sudah semakin kurang kawan?
ataupun sebab aku yang tak mulakan dulu hantar kad?
Tapi, kalau aku yang hantar kad, kawan-kawan aku nak ke balas?
Mereka ada masalah lebih besar dari susahkan diri nak balas kad aku.

Nampaknya,
tradisi berbalas kad raya memang semakin pupus...

postquam-scriptum: weh, esok raya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1434H