Sunday, June 30, 2013

"twist"



Teman Mak aku pergi bank,
aku lepak kat luar dekat mesin ATM sebab aku bosan.
Dek kerana muka aku tak hensem,
semua yang cucuk duit kat ATM pandang aku macam aku peragut duit ATM orang.

Akibat dari ketidakselesaan itu,
aku berpindah tempat lepak ke tangga turun di depan pintu keluar bank.
Baru nampak macam pengemis sikit, tak nampak macam mat pit yang cilok duit ATM orang.


Keluar pasangan lelaki dan perempuan.
Muda, berpegangan tangan.
Tidak berfikiran buruk, aku anggap mereka kahwin muda.

Sedang turun tangga di mana aku merempat duduk di hujungnya,
si perempuan pasangan itu tersalah langkah
menyebabkan dia terjelepok terduduk di atas anak tangga.

Tu laa, pakai kasut wedges tinggi-tinggi lagi...





Sekarang muncul perkara menarik pada aku.

Selaku perempuan,
dengan jatuh terjelepok atas anak tangga,
malah di hadapan pasangan sendiri,
adalah SANGAT MEMALUKAN.

Pada si lelaki itu,
pasangannya terjatuh di hadapan mata.
Dia tahu kekasihnya dalam malu.

Kalau mahu ditolong, takut dikata memalukan.
Kalau mahu dibiar, takut dikata tidak sensitif.

Bagi ramai orang,
tindakan yang selalu dilakukan dalam situasi ini ialah,
si lelaki akan terus memegang pasangannya dan mengangkat.

Namun,
tindakan itu tidak menghilangkan rasa malu si perempuan,
seolah-olah kita malu berada dekat dengan pasangan yang jatuh.
Tambahan pula, aku dan beberapa pasang mata lain sedang melihat peristiwa memalukan itu.

Jadi, aku amat berminat dengan apa yang bakal dilakukan si lelaki itu.






"Tengok! Tangga pun dengki dengan kecantikan awak!"
Lalu si lelaki hulurkan tangan menanti disambut si perempuan yang sedang terduduk.

Si perempuan tersenyum.
Aku tersenyum.
Dan aku pasti, beberapa pasang mata yang lain pun turut tersenyum.
Tiada atmosfera memalukan di sekeliling mereka.

Si lelaki berjaya memusing keadaan memalukan kepada kata-kata manis yang bisa mengubat perasaan malu.
Dia tidak terus mengangkat pasangannya dan menampakkan dia malu dengan kejadian itu,
sebaliknya dia hanya menghulur tangan, dan keputusan untuk diangkat atau tidak terletak kepada si perempuan.


Aku suka.
Tindakannya memusingkan keadaan.

Aku suka.


No comments: