Tuesday, June 18, 2013

KAHWINI WANITA SYRIA?

sedang kecoh sekarang ni, pelawaan utk mengahwini wanita Syria.
untuk membantu mereka yang memerlukan. 
antara komenkomen dari mereka yang aku ambil dari Facebook.




Malulah duhai Muslimin, seronok angan-angan ingin mengahwini wanita Syria dek kerana maharnya murah. Saya percaya ada sebahagiannya tak lain tak bukan sukakan mereka kerana kecantikkannya.

Cubalah fikir sejenak dua, bila kamu mengahwini wanita Syria, bermakna kamu juga mengahwini keluarganya. Adakah kamu akan tanggung kesusahan keluarganya atau kamu ambil dia semata-mata untuk kepentingan kamu??

Hidup setahup dua di tanah arab cakap arab pun lintang pukang, berangan nak kahwin dengan gadis Syria, mampukah kamu membahagiakannya??atau sekadar ingin berseronok dan ingin memuaskan nafsu batinmu?

Kasihan ibu bapa mereka, anak dara dikahwini orang dengan alasan ingin menyelamatkan, tapi selepas kahwin sekali pun tidak pulang menjenguk mertua. Menantu apakah kamu ini??

Kesian gadis Syria, niatnya ingin selamatkan diri dari "Singa Bashar", rupanya termasuk ke mulut "harimau Malaya".

Saya bukan menentang, tapi tolong perbetulkan niat dan muhasabah diri.

Saya menyokong lelaki Malaysia mengahwini wanita Syria jika benar-benar mampu, boleh cakap arab dgn baik, ada duit untuk pergi Syria bantu keluarga bakal mertua, atau lebih baik bawa ke Malaysia satu keluarga tinggal bersama. Itu amat-amat baik kamu mengahwini mereka dan kalau sebegini saya sokong sepenuhnya.

Tapi kalau sekadar ingin jadikan "selimut tidur", keluarga mereka kamu tak mampu bantu, belanja sendiri pun hutang berhimpit, fikirlah seribu kali anak muda.

Bagi yang tak mampu, hulurkanlah sumbangan untuk mereka. Jangan sumbangan pun belum sampai RM100 yang dihulurkan ke Syria, tiba-tiba nak ambil anak gadis mereka, sumbangan atau kepentingan??

Dan peliklah sikap kamu, kekejaman Syria jarang kamu ukir di wall kamu, tapi bila bab gadis Syria laju pula kamu update. Saudara seagama atau bagaimana kamu ini??menolong saudara seIslam atau mengambil kepentingan kamu ini??

Saya bukan menentang, tapi mengajak untuk fikir sebelum bertindak. Bermuhasabah sebelum berangan-angan. Impian biar dipandu niat yang baik, jangan manis dibibir buruk diakhir.

Jangan exploitasi wanita Syria, jangan rendahkan nilai mereka kerana maharnya, sekalipun mereka terkubur hancur dek kebinatangan tentera Bashar, namun pintu syurga sudah terbuka
menanti mereka.

********************************************************************************

Bila wanita Syria ditawarkan untuk dinikahkan dengan harga berpatutan, ramailah lelaki yang tampil excited nak sahut tawaran tu.

"Lawanya..baik dorang la dari gadis Melayu yang demand hantaran!"
"Ni jihad ni..wajib ni kahwini dorang.."
"Nak yang umur 13, 14, 15 ada tak? Saya nak yang cun macam dalam gambar ni, tanak yang lain."

Bila semboyan jihad ke Syria dibunyikan dengan jaminan dan kos sendiri-sendiri, lelaki-lelaki diam menyepi.

"Jihad kat negara sendiri tu lebih afdal (lebih baik)lah!"
"Mak tak bagi! Mak suruh ngaji kat u rajin2 balik tlg famili!"
"Kau dah takde keje nak gi mati tempat orang?"
"Jangan poyo sgtlah nak jihad tak tentu pasal, pemberontak tu tv kata!"

Sebenarnya, kalau niat nak perempuan, hanya dapat perempuan je lah. Dapat bini je.

Tapi, kalau niat nak pergi berjihad, Allah sendiri offer dengan bidadari Ainul Mardhiyyah, Syurga, dan macam2 lagi kenikmatan syahid di medan perang.

postquam-scriptum: kenapa kalau wanita Syria, laju je nak kawen? wanita Somalia? mereka pun memerlukan. fikir sejenak, gunakan aql.


No comments: