Sunday, June 30, 2013

"twist"



Teman Mak aku pergi bank,
aku lepak kat luar dekat mesin ATM sebab aku bosan.
Dek kerana muka aku tak hensem,
semua yang cucuk duit kat ATM pandang aku macam aku peragut duit ATM orang.

Akibat dari ketidakselesaan itu,
aku berpindah tempat lepak ke tangga turun di depan pintu keluar bank.
Baru nampak macam pengemis sikit, tak nampak macam mat pit yang cilok duit ATM orang.


Keluar pasangan lelaki dan perempuan.
Muda, berpegangan tangan.
Tidak berfikiran buruk, aku anggap mereka kahwin muda.

Sedang turun tangga di mana aku merempat duduk di hujungnya,
si perempuan pasangan itu tersalah langkah
menyebabkan dia terjelepok terduduk di atas anak tangga.

Tu laa, pakai kasut wedges tinggi-tinggi lagi...





Sekarang muncul perkara menarik pada aku.

Selaku perempuan,
dengan jatuh terjelepok atas anak tangga,
malah di hadapan pasangan sendiri,
adalah SANGAT MEMALUKAN.

Pada si lelaki itu,
pasangannya terjatuh di hadapan mata.
Dia tahu kekasihnya dalam malu.

Kalau mahu ditolong, takut dikata memalukan.
Kalau mahu dibiar, takut dikata tidak sensitif.

Bagi ramai orang,
tindakan yang selalu dilakukan dalam situasi ini ialah,
si lelaki akan terus memegang pasangannya dan mengangkat.

Namun,
tindakan itu tidak menghilangkan rasa malu si perempuan,
seolah-olah kita malu berada dekat dengan pasangan yang jatuh.
Tambahan pula, aku dan beberapa pasang mata lain sedang melihat peristiwa memalukan itu.

Jadi, aku amat berminat dengan apa yang bakal dilakukan si lelaki itu.






"Tengok! Tangga pun dengki dengan kecantikan awak!"
Lalu si lelaki hulurkan tangan menanti disambut si perempuan yang sedang terduduk.

Si perempuan tersenyum.
Aku tersenyum.
Dan aku pasti, beberapa pasang mata yang lain pun turut tersenyum.
Tiada atmosfera memalukan di sekeliling mereka.

Si lelaki berjaya memusing keadaan memalukan kepada kata-kata manis yang bisa mengubat perasaan malu.
Dia tidak terus mengangkat pasangannya dan menampakkan dia malu dengan kejadian itu,
sebaliknya dia hanya menghulur tangan, dan keputusan untuk diangkat atau tidak terletak kepada si perempuan.


Aku suka.
Tindakannya memusingkan keadaan.

Aku suka.


Sunday, June 23, 2013

Misteri Pembunuhan



Namaku  Shinjiro Masahito.
Aku adalah seorang penyiasat yang (agak) terkenal di Bandar Fuuta ni.
Aku sayangkan bandar ni. Bandarnya yang sentiasa berangin, mampu menyamankan mana-mana perasaan manusia. Aku berjanji akan melindungi semua senyuman penduduk bandar ini dan mengesat semua airmata yang mengalir.

Walaupun banyak orang kata aku hanyalah penyiasat 'separuh masak (half-boiled)', aku tak kisah. Apa yang penting, cara aku sentiasa 'hard-boiled'.

Satu hari, seorang kanak-kanak bernama Sam datang ke pejabat penyiasatan aku.
Dia menangis. Katanya haiwan peliharaannya di bunuh kejam. Dia mahu aku menyiasat siapa yang membunuh haiwan peliharaan kesayangannya.

Demi tidak mengecewakan Sam, dan demi mahu menyesat airmatanya, aku terima kes itu.

Sampai ke tempat kejadian, Sam berkata ada 3 suspek berada di tempat kejadian semasa peristiwa itu berlaku.



Encik Pemukul Serangga, Encik Penyembur Racun, dan Encik Spray Baygon.


Eh? Adakah mereka manusia?? Arghh!! Abaikan..

Jika salah seorang dari mereka adalah pembunuh,
maka, mungkin tempat kejadian ada meninggalkan bukti pembunuhan.

Setelah aku melihat tempat kejadian, aku terkejut...








"Alam APAKAH ini?"
"Siapakah (neraka) yang menjadikan LIPAS sebagai haiwan peliharaan?"
"Siapakah (neraka) mereka bertiga suspek tu? Alien?"
"Siapakah (neraka) yang tak boleh selesaikan kes ni dengan sekali pandang je?"



Aku terjaga dari tidur!
Cis, MIMPI!!
Itulah akibat dari layan FacebookSherlock Holmes, dan sembur lipas di dapur guna Baygon spray sebelum tidur!
Mimpi bangang!

postquam-scriptum:
Agak-agak korang laa,
siapa pembunuh lipas tu yek?? 

Tuesday, June 18, 2013

KAHWINI WANITA SYRIA?

sedang kecoh sekarang ni, pelawaan utk mengahwini wanita Syria.
untuk membantu mereka yang memerlukan. 
antara komenkomen dari mereka yang aku ambil dari Facebook.




Malulah duhai Muslimin, seronok angan-angan ingin mengahwini wanita Syria dek kerana maharnya murah. Saya percaya ada sebahagiannya tak lain tak bukan sukakan mereka kerana kecantikkannya.

Cubalah fikir sejenak dua, bila kamu mengahwini wanita Syria, bermakna kamu juga mengahwini keluarganya. Adakah kamu akan tanggung kesusahan keluarganya atau kamu ambil dia semata-mata untuk kepentingan kamu??

Hidup setahup dua di tanah arab cakap arab pun lintang pukang, berangan nak kahwin dengan gadis Syria, mampukah kamu membahagiakannya??atau sekadar ingin berseronok dan ingin memuaskan nafsu batinmu?

Kasihan ibu bapa mereka, anak dara dikahwini orang dengan alasan ingin menyelamatkan, tapi selepas kahwin sekali pun tidak pulang menjenguk mertua. Menantu apakah kamu ini??

Kesian gadis Syria, niatnya ingin selamatkan diri dari "Singa Bashar", rupanya termasuk ke mulut "harimau Malaya".

Saya bukan menentang, tapi tolong perbetulkan niat dan muhasabah diri.

Saya menyokong lelaki Malaysia mengahwini wanita Syria jika benar-benar mampu, boleh cakap arab dgn baik, ada duit untuk pergi Syria bantu keluarga bakal mertua, atau lebih baik bawa ke Malaysia satu keluarga tinggal bersama. Itu amat-amat baik kamu mengahwini mereka dan kalau sebegini saya sokong sepenuhnya.

Tapi kalau sekadar ingin jadikan "selimut tidur", keluarga mereka kamu tak mampu bantu, belanja sendiri pun hutang berhimpit, fikirlah seribu kali anak muda.

Bagi yang tak mampu, hulurkanlah sumbangan untuk mereka. Jangan sumbangan pun belum sampai RM100 yang dihulurkan ke Syria, tiba-tiba nak ambil anak gadis mereka, sumbangan atau kepentingan??

Dan peliklah sikap kamu, kekejaman Syria jarang kamu ukir di wall kamu, tapi bila bab gadis Syria laju pula kamu update. Saudara seagama atau bagaimana kamu ini??menolong saudara seIslam atau mengambil kepentingan kamu ini??

Saya bukan menentang, tapi mengajak untuk fikir sebelum bertindak. Bermuhasabah sebelum berangan-angan. Impian biar dipandu niat yang baik, jangan manis dibibir buruk diakhir.

Jangan exploitasi wanita Syria, jangan rendahkan nilai mereka kerana maharnya, sekalipun mereka terkubur hancur dek kebinatangan tentera Bashar, namun pintu syurga sudah terbuka
menanti mereka.

********************************************************************************

Bila wanita Syria ditawarkan untuk dinikahkan dengan harga berpatutan, ramailah lelaki yang tampil excited nak sahut tawaran tu.

"Lawanya..baik dorang la dari gadis Melayu yang demand hantaran!"
"Ni jihad ni..wajib ni kahwini dorang.."
"Nak yang umur 13, 14, 15 ada tak? Saya nak yang cun macam dalam gambar ni, tanak yang lain."

Bila semboyan jihad ke Syria dibunyikan dengan jaminan dan kos sendiri-sendiri, lelaki-lelaki diam menyepi.

"Jihad kat negara sendiri tu lebih afdal (lebih baik)lah!"
"Mak tak bagi! Mak suruh ngaji kat u rajin2 balik tlg famili!"
"Kau dah takde keje nak gi mati tempat orang?"
"Jangan poyo sgtlah nak jihad tak tentu pasal, pemberontak tu tv kata!"

Sebenarnya, kalau niat nak perempuan, hanya dapat perempuan je lah. Dapat bini je.

Tapi, kalau niat nak pergi berjihad, Allah sendiri offer dengan bidadari Ainul Mardhiyyah, Syurga, dan macam2 lagi kenikmatan syahid di medan perang.

postquam-scriptum: kenapa kalau wanita Syria, laju je nak kawen? wanita Somalia? mereka pun memerlukan. fikir sejenak, gunakan aql.


Monday, June 17, 2013

Azlan and The Typewriter

anugerah Blokbuster 2 Astro
seronok dapat bekerja dengan kalian. JAHAT DOHHH!! SERIUS!!





Sunday, June 16, 2013

Benar atau Salah?

Aku mahu entri kali ini sependek yang boleh,
sebab lagi banyak aku tulis, lagi bercelaru fakta..



Sedang aku makan malam di sebuah restoran mamak,
dengan hidangan Nasi Lemak Ayam Kampung dengan Teh Tarik,
aku terdengar perbualan dua lelaki dua meja belakang aku..

Lelaki A : Kau tengok couple tu..Yang awek, perghhh...HOT!! Yang laki tu pulak aduhai..bapak hodohnya..

Lelaki B : Alaa, mesti lelaki tu kaya..Perempuan zaman sekarang ni, kalau muka tak hensem, kocek kena tebal weyh..

Dialog itu memang biasa aku dengar..
Tapi, tak sangka pulak pemikiran sebegitu agak tersebar luas.
Begitukah harga seorang wanita masa kini?

postquam-scriptum:
Walaupun aku tak setuju dengan apa yang mereka katakan,
tapi secara peribadi, ianya bukan 100% salah.

Saturday, June 15, 2013

typical Malaysian


Duduk di kedai mamak layan teh tarik memang best.
Apatah lagi bila luar hujan turun membawa suasana dingin.
Setiap teguk air panas mengalir di tekak adalah nikmat.
Syukur!

Sedang duduk berteman secawan teh tarik,
dengan niat menghilangkan pening kepala,
telinga sensitif aku terdengar perbualan orang sekeliling.

Kumpulan pakcik sebelah kanan lantang tentang politik.
Mereka bercerita lebat tentang peristiwa di Mesir.

"Nampak tak macam mana rakyat Mesir nak jatuhkan pemimpin mereka?
Belum cerita pasal Tunisia lagi..
Kita pun patut buat macam tu kalau nak orang atas dengar!"

Dalam hati aku berkata,
"Are you suggesting that rakyat Malaysia patut menggugat keharmonian negara semata-mata nak jatuhkan pemimpin?
Berbaloi kah?"

Aku tak kata pemimpin kita 100% adil dan tak ada salahguna kuasa,
tapi adakah kita sampai ke tahap itu untuk menggulingkannya?


Kumpulan belakang aku adalah remaja belasan tahun bercerita tentang artis.
Seorang kata Neelofa cun, seorang kata Ainan Tasneem cute.
Hati kecil aku berkata,
"Dude! Ko lupa ke kewujudan Lisa Surihani?
Sharifah Aleya?
Itulah definisi cun dan cute!"

ambil tanpa izin.. follow her @sharifahaLEYA



Kawan aku yang sedang duduk di sebelah berkata,
"Bro! Awek sihat?"
Dengan sekali pandangan tajam,
aku abaikan soalan itu.

Tipikal.
Asal lelaki lepak duduk di kedai kopi.
Apa yang dibualkan mesti ada perempuan, politik, kereta dan bola.
Tak ada topik lain ke?

AKU SILAP!
Ada juga bincang topik lain.

Aku terdengar perbincangan kumpulan belia meja sebelah kiri aku.
"Aku nak tanya kau. Nabi Adam manusia pertama kan?"
"Yup!"
"Kau rasa dia ada pusat tak?"

Satu kedai terdiam........

Sunday, June 9, 2013

Hanya kerana aku memandu motosikal, aku berada di tahap tapak kaki peradaban manusia?

Dalam kelas memandu, penunggang motosikal diminta berada di kiri lorong paling kiri jalan (jika tiada laluan khas motosikal) atas alasan mereka berkelajuan rendah dan berisiko tinggi.
Namun,tahukah anda, apa lagi yang berada di kiri jalan?
Lori, bas, treler dan segala yang bersaiz lebih 5 kali ganda dari motosikal.
Juga sampah sarap, ranting kayu, kulit durian dan sisa kemalangan.



Baiklah, cukup mukadimah..
Satu hari aku menunggang motosikal menuju Klang.
Jalannya, bagi yang tahu, a bit tricky..
Sekejap kena berada di kanan, sekejap ada susur kiri..

Seketika, semasa aku berada di laluan yang betul,
tetiba, out of sudden, poop..
Ada sebiji Kelisa menukar laluan tiba-tiba dari kanan ke laluan aku..
Maka bertemulah sisi keretanya dengan hadapan kudaku itu..
Aku hon, dia berhenti!
Dia, seorang lelaki pertengahan 20-an berpakaian kemeja seperti pekerja pejabat, keluar..
Meninjau kesan pelanggaran, keretanya kemik sedikit, sedangkan muncung kudaku pecah..


"Apa ni brader, ada duit ke nak bayar!!!" dia bersuara.
Aku tetap di moto, diam membisu bersabar..

"Dah tahu bawak moto, duk laa tepi tu elok-elok.."
sekali lagi mulut dia berbunyi..
"Takde mata ke?? Dah nampak aku nak ke kiri, slow arr moto tu.."
"Dasar Mat Rempit tak reti bahasa.."


Tetiba aku rasa mulut dia busuk,
lebih busuk dari loji tahi..
Dengan urat yang timbul di dahi,
aku datang rapat ke dia dan pegang bahu dia..




"Nenek saya kata, nak tukar laluan, BAGI SIGNAL, TENGOK CERMIN dan bila SELAMAT, BARU TUKAR LALUAN.."
Dia dah muka kelat sebab aku sentuh dia..
"Macam encik, encik dah skip 3 steps, pastu tukar laluan..
Nampak gaya nenek saya lebih pandai dari encik..."


Dia alih tangan aku..
"Saya memang Mat Rempit tak guna..
Dengan sekali libas, saya boleh buat encik terbaring berdarah dengan helmet ni.."

sambil aku pegang helmet..
"Bagi saya RM50 untuk repair muncung moto ni, dan saya akan blah tanpa calar.."

Brader tu terdiam,dah cuak rasenya,
Dia hulur RM30 sebab katanya tak cukup duit..

Aku ambik, blahh...
Tapi sebelum tu, aku tendang tercabut cermin sisi dia dan berkata,

"Kalau taknak pakai cermin, takyah pasang...
Baru naik kereta kelisa dah besar kepala.."


************************************

Hanya kerana aku bermotosikal, sume orang berkereta fikir aku rempit?
Hanya kerana aku bermotosikal, orang lain tak perlu hormat aku?
Hanya kerana aku bermotosikal, salah orang adalah salah aku?
Hanya kerana aku bermotosikal, takde mak bapak yang nak bermenantukan aku?
Hanya kerana aku bermotosikal, aku samseng?
Kalau samseng yang korang nak, samseng yang korang dapat...




Kalau begitu laa akibatnya, biarlah aku bermotosikal sampai ke tua pon..
Best gak jadi boss syarikat besar tapi gi kerja guna moto je, kan??
Hina sangat ke orang yang tunggang motosikal ni??