Saturday, May 4, 2013

Untitled #2

Dalam keamanan rumah aku,
tiba-tiba satu yang gempar telah berlaku..
Ada tikus dalam rumah aku!



Dah hampir 15 tahun lebih kami sekeluarga tinggal di rumah ini,
ini adalah kali pertama terjumpa tikus.
Bukan nak kata rumah kami tak bersih,
tapi kami simpulkan di sini bahawa tikus ini sesat!
Sebab, dalam pemerhatian, tiada satu pun tikus pernah dilihat dalam lingkungan kawasan perumahan kami waima di rumah sampah yang bertimbun sampahnya disebabkan lori Alam Flora tak boleh masuk hasil dari double-parking.

Maka,
kes terpencil macam ni membuatkan kami menggelabah..
Aku memang dah biasa bunuh tikus di makmal,
tapi nak bunuh tikus liar yang kotor dan berbau adalah satu perkara yang lain.
Tambahan pula, risiko dijangkit penyakit boleh melambung tinggi
terutamanya diri aku yang sedia lemah ni..
Kami sekeluarga pening tak tahu nak buat apa
sedangkan tikus tu terperangkap dalam lubang jamban.

Mak aku kata,
"Kita tak mampu nak bunuh seekor tikus pun,
agaknya macam mana perasaan orang yang bunuh orang tu?"

Semua terdiam. Tiada jawapan.

Busuk. Kotor.
Sibuk masing-masing tolak menolak sesama sendiri suruh hapuskan tikus sesat tu,
dan bila dilihat kembali, dia (tikus itu) sudah tiada!
Mungkin dia menyelam ke dalam lubang jamban.

Lalu mak aku berkata,
"Agaknya dia selamat tak selam dalam lubang jamban?
Boleh survive ka??"

Semua terdiam. Tiada jawapan juga.

Lebih mengejutkan, mak aku guna perkataan 'survive',
satu perkataan yang tak pernah dia guna.
Malah kali ni, dia kata 'survive' in JAVANESE.
Way to go, MAK!!

---------------------------

Jam di katil tepat pukul 2.30 pagi,
telefon aku berbunyi...

Dari 'Private Number'

Apakah neraka?,
dalam bilik yang gelap,
hanya diterangi cahaya dari laptop,
kedengaran angin meniup dedaunan pohon di luar tingkap,
tiba-tiba ada panggilan tepat jam 2.30 pagi,
dari 'Private Number'..

sudah tentu aku tak jawab!
Seram kot!!!
Siapa yang bertanggungjawab boleh tolong mengaku tak??

No comments: