Wednesday, May 15, 2013

Surat buat Cikgu Ishak



Ke hadapan Cikgu Ishak,

Masihkah Cikgu ingat 4 tahun lepas?
Semasa sambutan Hari Guru.
ada seorang pelajar cemerlang sekolah
membaca sajak bertajuk
"Guru Umpama Lilin" di atas pentas.
Saya tidak bersetuju dengan dia, dan memberitahu
kawan2 saya di sebelah bahawa seorang guru tidak layak
diumpama sebagai sebatang lilin.

Cikgu.
Yang merupakan seorang Guru,
memanggil saya kerana berjaya
mencekup saya berbual-bual
Cikgu memarahi saya dengan berkata,
Hey! kamu patut memahami erti sebenar sajak
yang sedang disampaikan itu"
Akibatnya setiap mata di dalam Dewan Besar
memandang serong sambil mencebik bibir
dimalukan. Humiliated bak kata omputih.

Sejak dari itu,
saya berazam mahu menganggap Cikgu sebagai lilin

Satu hari.
menggunakan duit syiling 5sen,
saya mencalarkan kereta Cikgu.
Pada saya, jika Cikgu adalah LILIN,
maka ianya bukan satu masalah besar kerana Cikgu
mampu menyembunyikan kesan calar tersebut
menggunakan "wax" Cikgu.
Esok harinya, balik dari Dewan Makan, saya nampak
kesan calaran itu masih ada.
Kenapa?

Di hari yang lain pula,
semasa Cikgu masih di dalam pejabat
andaian saya yang Cikgu masih ada kerja yang belum selesai
kemudian, saya putuskan bekalan eletrik sekolah.
Pada saya, Cikgu adalah LILIN,
maka cikgu mampu menerangi kegelapan dan terus menyiapkan
kerja yang menimbun
tapi, cikgu membuat keputusan untuk pulang
dan mengarahkan setiap pelajar yang sedang "prep"
pulang ke asrama
Kenapa Cikgu tak menerangi pejabat sekolah?
Kenapa Cikgu tidak menerangi mereka? Kenapa?

Kemudian,
ada masa Cikgu sedang memarahi pelajar lain yang
membuat kesalahan disiplin, kemungkinan memakai kasut
hitam putih. Muka Cikgu garang sangat.
Dari jauh saya jerit 'boooooo' panjang-panjang
Pada saya, Cikgu adalah LILIN, dan kemarahan itu adalah apinya
'Booooo' saya itu bertujuan meniup api kemarahan cikgu supaya padam
Tapi, cikgu masih juga marah. Kenapa?

Segala persoalan itu terjawab dengan satu jawapan.
CIKGU BUKAN LILIN.

Masa rumah saya terputus bekalan eletrik
disebabkan bil tertunggak, mak suruh saya beli LILIN
di kedai runcit dengan harga RM2 sekotak.

Semasa hari jadi kawan saya, keknya dihiasi LILIN.
selepas menyanyikan lagu untuknya, dia meniup padam LILIN
dan buang LILIN itu terus ke dalam tong sampah.

Pada saya Cikgu tak serendah itu.
Cikgu adalah Cikgu.
Cikgu bukan LILIN.
Cikgu tak membakar diri sendiri
sebaliknya Cikgu semakin mantap hari demi hari
kerana mengajar kami
alangkah malangnya jika Cikgu dianggap sebagai LILIN.

Dan jika pada 4 tahun lepas saya dimalukan
kerana ada yang kata 'guru ibarat LILIN'
sambutan tahun ini saya mahu berada di atas pentas
sama ada secara fizikal mahupun surat yang dibaca
saya mahu menyuarakan bahawa
'GURU BUKAN LILIN'

dan kerana itu,
SAYA SAYANG CIKGU !

sekian,
SELAMAT HARI GURU


Azri Azroie

postquam-scriptum: Percayalah.
Anda boleh berada di mana anda sedang berada sekarang adalah kerana dia.
Insan bernama guru.

postquam-scriptum: cerita ini hanya rekaan. tak perlu percaya cerita, percaya mesej :)

No comments: