Thursday, May 30, 2013

Memiliki dan Mencintai

Aku tak tahu kenapa
Tapi ramai kawan-kawan aku suka ngadu kat aku bila diorang ada masalah..
Seolah-olah ada orang buat iklan untuk aku
'siapa ada masalah, kontek budak ni..'

Tapi aku tak pernah merungut...
Aku suka dengar masalah orang..
Paling busuk, ada gak pengalaman orang lain yang aku dapat, kan??



Kali ni aku nak berkongsi satu masalah kawan aku ni,
nama dia KOMA (kompem bukan nama sebenar..)
actually, dia bukan kawan sangat, lebih kepada bekas musuh..
Masa sekolah, aku selaku murid ter"soleh" selalu bantai dia..
Padahal aku sendiri yang jahat, dia yang kena..
Siot je aku..

Hari Sabtu tu tiba-tiba dia datang cari aku,
dia kata, nak mintak pendapat aku tentang masalahnya..

"Aku suka kat seorang perempuan ni..
Tapi dia tak tahu aku suka dia...
Kami selalu gak chatting FB,

sms kerap dan call sekali sekala..
Dia dulu baru putus cinta,

so aku laa yg support dia baEk punya..
Kira tempat ngadu laa gak..
Demi dia beb, aku sanggup abiskan duit syiling tabung
demi nak call guna public phone yg kompem lagi murah sebab panggilan setempat.

Tapi masalah timbul bila dia baru bertemu seorang lelaki..
Bukan masalah pada dia, tapi pada aku..
Dia jatuh chEnta kat laki tu..
Dia selalu duk cerita pasal lelaki tu kat aku..
Beb, aku panas telinga, tapi tak tunjuk laa cemburu..
Kawal weyh, jatuh kemachoan aku nanti...

Yang jadi masalah adalah
aku suka kat dia..
tapi dia tak tahu..
patut ke aku beritahu dia aku suka dia???
Kalau aku bagitahu, & dia reject aku,
tak ke nanti dia dah taknak kawan dengan aku..
Si hensem, bantulah aku yang hina ini..

(ok ayat diatas aku reka sendiri..)"


Kalau ikut buku kaunseling rakan sebaya aku reka sendiri,
jawapan standard bagi masalah KOMA ini adalah;
"Kau terus terang je kat dia..
Beritahu dia perasaan kau..
Reject ke tidak belakang cerita..
Janji kau tak tanggung sakit derita menahan luka..
Kalau dia reject,
let be clear that kau masih nak kawan dengan dia..
Dan teruskan kawan dengan dia..
GO FOR IT, DUDE!!!!"


Itu jawapan standard,
dalam 92% orang lain akan kata sebegitu..
Tapi hakikatnya, aku jawab lain...

"Do not confess...
Lebih tepat, DO NOT CONFESS YET..
Kalau kau terus terang, dan dia reject
it will never be the same anymore
walaupun kau clear berkata kau nak terus berkawan..

So, aku nasihatkan kau..
Teruskan menyokong dia seadanya...
Kalau dia sukakan lelaki tu, sokong dia..
Sentiasa berada di sisi dia tak kira masa sedih, atau gembira..
Kau perlu tahu,
MENCINTAI dan MEMILIKI
adalah DUA PERKARA BERBEZA.
Percaya pada jodoh,
kalau ada, kau duduk dalam hutan pun akan tetap bersama."


Aku tahu jawapan aku tak seperti apa yang dia harapkan.
Tapi aku yakin dia dapat tangkap point sebenar aku.
Sebab dia berlalu dengan senyuman.
Senyuman seorang lelaki yang menang.



===================================

Oleh kerana itu, jika kalian ada masalah dan mahu meminta pendapat orang luar yang tiada kena mengena dengan kalian, silalah hubungi aku di Formspring aku...Kalau perlu dirahsiakan identiti, aku takkan dedahkannya.
Haha, dah macam forum selesai masalah pulak.
At least aku boleh bagi telinga aku untuk kalian.

No comments: