Wednesday, May 1, 2013

Kita ini mungkin mangsa ILLUMINATI?



Asalkan segitiga, mesti piramid Illuminati
Asalkan checker-board design, mesti lantai Free-Masonry
Asalkan bulat atau bentuk mata, mesti the All-Seeing Eye
Asalkan bintang, mesti Bintang Davis
Jadi, apa bentuk yang tinggal untuk yang lain?

Trend 'mengaitkan-semua-perkara-dengan-Illuminati-dan-Free-Mason' sangat IN zaman sekarang.
Kalian tak nak cuba ke?
Silap-silap nanti entri tu banyak orang 'share' boleh masuk paper atau Mastika.

Kalian tak rasa pelik ke?
Kalau semua perkara ini digemburkan sebagai 'rahsia sulit pertubuhan bawah tanah', kenapa macam satu dunia sudah tahu mengenainya?
Maknanya bukan rahsia, mungkin ITU yang MEREKA MAHUKAN?
Siapa tahu, ini hanya pendapat peribadi aku selaku manusia kerdil.

Yang paling aku risau ialah,
jangan sampai satu tahap nanti generasi akan datang langsung tak dapat beza mana satu Free-Masonry tulen atau sekadar nafsu penyampai untuk kelihatan bagus di mata masyarakat.



postquam-scriptum:
Secara jujur, aku benci entri ni, sebenci aku benci lipas, benci prank video, dan benci ex-girlfriend aku yang 'buang aku macam sampah hanya kerana nama' dulu. Tapi aku terpaksa timbulkannya kerana trend ini bukan seperti Twitter Trend yang setiap 5 saat bersilih-ganti. Ini berkaitan masa depan.

No comments: