Thursday, May 30, 2013

Memiliki dan Mencintai

Aku tak tahu kenapa
Tapi ramai kawan-kawan aku suka ngadu kat aku bila diorang ada masalah..
Seolah-olah ada orang buat iklan untuk aku
'siapa ada masalah, kontek budak ni..'

Tapi aku tak pernah merungut...
Aku suka dengar masalah orang..
Paling busuk, ada gak pengalaman orang lain yang aku dapat, kan??



Kali ni aku nak berkongsi satu masalah kawan aku ni,
nama dia KOMA (kompem bukan nama sebenar..)
actually, dia bukan kawan sangat, lebih kepada bekas musuh..
Masa sekolah, aku selaku murid ter"soleh" selalu bantai dia..
Padahal aku sendiri yang jahat, dia yang kena..
Siot je aku..

Hari Sabtu tu tiba-tiba dia datang cari aku,
dia kata, nak mintak pendapat aku tentang masalahnya..

"Aku suka kat seorang perempuan ni..
Tapi dia tak tahu aku suka dia...
Kami selalu gak chatting FB,

sms kerap dan call sekali sekala..
Dia dulu baru putus cinta,

so aku laa yg support dia baEk punya..
Kira tempat ngadu laa gak..
Demi dia beb, aku sanggup abiskan duit syiling tabung
demi nak call guna public phone yg kompem lagi murah sebab panggilan setempat.

Tapi masalah timbul bila dia baru bertemu seorang lelaki..
Bukan masalah pada dia, tapi pada aku..
Dia jatuh chEnta kat laki tu..
Dia selalu duk cerita pasal lelaki tu kat aku..
Beb, aku panas telinga, tapi tak tunjuk laa cemburu..
Kawal weyh, jatuh kemachoan aku nanti...

Yang jadi masalah adalah
aku suka kat dia..
tapi dia tak tahu..
patut ke aku beritahu dia aku suka dia???
Kalau aku bagitahu, & dia reject aku,
tak ke nanti dia dah taknak kawan dengan aku..
Si hensem, bantulah aku yang hina ini..

(ok ayat diatas aku reka sendiri..)"


Kalau ikut buku kaunseling rakan sebaya aku reka sendiri,
jawapan standard bagi masalah KOMA ini adalah;
"Kau terus terang je kat dia..
Beritahu dia perasaan kau..
Reject ke tidak belakang cerita..
Janji kau tak tanggung sakit derita menahan luka..
Kalau dia reject,
let be clear that kau masih nak kawan dengan dia..
Dan teruskan kawan dengan dia..
GO FOR IT, DUDE!!!!"


Itu jawapan standard,
dalam 92% orang lain akan kata sebegitu..
Tapi hakikatnya, aku jawab lain...

"Do not confess...
Lebih tepat, DO NOT CONFESS YET..
Kalau kau terus terang, dan dia reject
it will never be the same anymore
walaupun kau clear berkata kau nak terus berkawan..

So, aku nasihatkan kau..
Teruskan menyokong dia seadanya...
Kalau dia sukakan lelaki tu, sokong dia..
Sentiasa berada di sisi dia tak kira masa sedih, atau gembira..
Kau perlu tahu,
MENCINTAI dan MEMILIKI
adalah DUA PERKARA BERBEZA.
Percaya pada jodoh,
kalau ada, kau duduk dalam hutan pun akan tetap bersama."


Aku tahu jawapan aku tak seperti apa yang dia harapkan.
Tapi aku yakin dia dapat tangkap point sebenar aku.
Sebab dia berlalu dengan senyuman.
Senyuman seorang lelaki yang menang.



===================================

Oleh kerana itu, jika kalian ada masalah dan mahu meminta pendapat orang luar yang tiada kena mengena dengan kalian, silalah hubungi aku di Formspring aku...Kalau perlu dirahsiakan identiti, aku takkan dedahkannya.
Haha, dah macam forum selesai masalah pulak.
At least aku boleh bagi telinga aku untuk kalian.

Monday, May 27, 2013

MARI KENAL BY HEART CLAN FAMILY !




Founded
16 JANUARI 2010


Genre
Gerakan Muzik Berteraskan Ketuhanan dan 
Kemanusiaan

About
BY HEART CLAN atau lebih dikenali sebagai 
BHC Family
merupakan suatu komuniti yang menghimpunkan 
penggerak kesenian yang berteraskan kepada 
ketuhanan dan kemanusiaan.


Description
BY HEART CLAN atau singkatannya BHC Family 
adalah suatu komuniti atau platform yang 
menghimpunkan pejuang-pejuang kesenian yang 
berteraskan ketuhanan dan 
kemanusiaan. Walaupun banyak ahli yang terdiri 
daripada kumpulan-kumpulan nasyid, BHC Family 
turut mengalukan selain daripada genre nasyid 
seperti rnb, rap, hardcore, percussionist group, drum 
line, penggiat teater dan sebagainya.Atas dasar 
'brotherhood & 'sharing is caring' BHC Family giat 
melaksanakan aktiviti-aktiviti kesenian yang tidak 
lari dari syariat islami. BHC Family dipimpin 
secara sahih oleh artis-artis tanah air seperti Jebat 
Ruffedge, Salleh Brotherz,Akmal Mirwana dan 
Muadz (Ex-al massar).BHC Family juga banyak 
menyokong scene underground yang lain seperti 
Nasyid Underground, Lorong Seni,Click A 
Child,Komuniti RnB dan lain-lain.

Mission
revolusi dan doktrinasi muzik yg kepelbagaian 
dengan elemen neutral dan islamic


Current Location
Kuala Lumpur




StreetSoulAward !

Like kami di FACEBOOK BY HEART CLAN ! 

Like juga FACEBOOK BY HEART CLAN SISTERZ !


Wednesday, May 15, 2013

Surat buat Cikgu Ishak



Ke hadapan Cikgu Ishak,

Masihkah Cikgu ingat 4 tahun lepas?
Semasa sambutan Hari Guru.
ada seorang pelajar cemerlang sekolah
membaca sajak bertajuk
"Guru Umpama Lilin" di atas pentas.
Saya tidak bersetuju dengan dia, dan memberitahu
kawan2 saya di sebelah bahawa seorang guru tidak layak
diumpama sebagai sebatang lilin.

Cikgu.
Yang merupakan seorang Guru,
memanggil saya kerana berjaya
mencekup saya berbual-bual
Cikgu memarahi saya dengan berkata,
Hey! kamu patut memahami erti sebenar sajak
yang sedang disampaikan itu"
Akibatnya setiap mata di dalam Dewan Besar
memandang serong sambil mencebik bibir
dimalukan. Humiliated bak kata omputih.

Sejak dari itu,
saya berazam mahu menganggap Cikgu sebagai lilin

Satu hari.
menggunakan duit syiling 5sen,
saya mencalarkan kereta Cikgu.
Pada saya, jika Cikgu adalah LILIN,
maka ianya bukan satu masalah besar kerana Cikgu
mampu menyembunyikan kesan calar tersebut
menggunakan "wax" Cikgu.
Esok harinya, balik dari Dewan Makan, saya nampak
kesan calaran itu masih ada.
Kenapa?

Di hari yang lain pula,
semasa Cikgu masih di dalam pejabat
andaian saya yang Cikgu masih ada kerja yang belum selesai
kemudian, saya putuskan bekalan eletrik sekolah.
Pada saya, Cikgu adalah LILIN,
maka cikgu mampu menerangi kegelapan dan terus menyiapkan
kerja yang menimbun
tapi, cikgu membuat keputusan untuk pulang
dan mengarahkan setiap pelajar yang sedang "prep"
pulang ke asrama
Kenapa Cikgu tak menerangi pejabat sekolah?
Kenapa Cikgu tidak menerangi mereka? Kenapa?

Kemudian,
ada masa Cikgu sedang memarahi pelajar lain yang
membuat kesalahan disiplin, kemungkinan memakai kasut
hitam putih. Muka Cikgu garang sangat.
Dari jauh saya jerit 'boooooo' panjang-panjang
Pada saya, Cikgu adalah LILIN, dan kemarahan itu adalah apinya
'Booooo' saya itu bertujuan meniup api kemarahan cikgu supaya padam
Tapi, cikgu masih juga marah. Kenapa?

Segala persoalan itu terjawab dengan satu jawapan.
CIKGU BUKAN LILIN.

Masa rumah saya terputus bekalan eletrik
disebabkan bil tertunggak, mak suruh saya beli LILIN
di kedai runcit dengan harga RM2 sekotak.

Semasa hari jadi kawan saya, keknya dihiasi LILIN.
selepas menyanyikan lagu untuknya, dia meniup padam LILIN
dan buang LILIN itu terus ke dalam tong sampah.

Pada saya Cikgu tak serendah itu.
Cikgu adalah Cikgu.
Cikgu bukan LILIN.
Cikgu tak membakar diri sendiri
sebaliknya Cikgu semakin mantap hari demi hari
kerana mengajar kami
alangkah malangnya jika Cikgu dianggap sebagai LILIN.

Dan jika pada 4 tahun lepas saya dimalukan
kerana ada yang kata 'guru ibarat LILIN'
sambutan tahun ini saya mahu berada di atas pentas
sama ada secara fizikal mahupun surat yang dibaca
saya mahu menyuarakan bahawa
'GURU BUKAN LILIN'

dan kerana itu,
SAYA SAYANG CIKGU !

sekian,
SELAMAT HARI GURU


Azri Azroie

postquam-scriptum: Percayalah.
Anda boleh berada di mana anda sedang berada sekarang adalah kerana dia.
Insan bernama guru.

postquam-scriptum: cerita ini hanya rekaan. tak perlu percaya cerita, percaya mesej :)

Tuesday, May 14, 2013

Nampak apa yg lihat

We see what we want to see.
We think what we want to think.
We believe what we want to believe.

Lihat gambar di bawah.

Arnab atau Itik?

Aku rasa semua orang pernah lihat gambar ni.
Sama ada yang ini, atau alternatif kepada ini.
Atau gambar orang kepala orang tua yang nampak macam perempuan muda sedang berpaling tu.
Atau gambar lembu yang nampak macam peta kawasan tu.

Apa yang aku nak tekankan,
kita percaya apa yang kita rasa nak percaya.

Disebabkan zozoi punya blog banyak berkisarkan mengenai pengalaman sewaktu dia sekolah dan ala-ala seram gitu, aku pun mengambil keputusan untuk menceritakan pengalaman aku di sekolah menengah dulu.

Masa sekolah menengah dulu,
malam Ahad sepatutnya adalah waktu santai di asrama.
Semua orang melepak kat asrama membuat onar sendiri.

Yang rajin, akan naik ke sekolah untuk studi
padahal prep class adalah wajib tiap-tiap malam selain malam itu.

Suatu hari, aku yang malas,
buat keputusan nak baca komik malam minggu tu.
Tapi malangnya, komik aku berada di kelas,
aku sorok bawah locker buku sebab hari tu ada spotcheck.
Nak tak nak, aku kena naik ke kelas amik komik tu.

Asrama dan sekolah dipisahkan dengan seluas kawasan gelap tanpa lampu.
Yang ada lampu hanyalah laluan gajah menyusur (tempat pejalan kaki).

Bukan sekolah asrama laa kalau tak ada cerita hantu.
Tapi, seeing is believing kononnya...
Aku dengan gagah naik sorang-sorang ke kelas meredah kegelapan.
Deng, jantung aku berdegup sama laju macam selepas larian merentas desa.

Tengah cemas berjalan, pandang kiri kanan,
aku terlupa nak pandang satu kawasan, iaitu BAWAH!

Tiba-tiba,
aku terpijak satu objek lembik.
Orang tengah cuak pastu terpijak pulak mende camtu,
dah tentu aku terkejut dan lari dengan pantas seolah-olah esok kiamat.
Tapi, dalam milisaat aku sempat berpaling dan tengok apa yang aku pijak..



Sampai di kelas,
adalah kawan-kawab aku yang super-rajin tengah studi sejarah yang bosan.
Aku yang termengah-mengah datang bercerita apa yang terjadi.

"Aku terpijak labah-labah besar.
Sebesar tapak tangan, bentuk macam tarantula.
Aku terpijak sampai terkeluar cecair badan hijau dia..."

Demmit aku kena gelak..
Diorang tak percaya, kata aku perbesarkan cerita.

Aku berani sumpah apa yang aku nampak.
Tapi 'sumpah' adalah perkara taboo di sekolah aku,
jadi aku tak ucapkannya..

Nak redakan keadaan,
seorang kawan aku cadangkan kita sama-sama pergi ke tempat kejadian dan lihat apa yang telah aku pijak.
Cadangan diterima.

Pelik!
Sampai di tempat kejadian, tiada apa-apa.
Tak ada kesan langsung.
Dan tentunya, aku kena gelak berdekah-dekah..
and for the next 7 consecutive days, aku kena bahan.

Tapi, aku berani jamin,
aku memang ada pijak sesuatu.
Tapi.....APA??

Mungkin aku terlalu takut
sampai aku percaya apa yang aku nak percaya
sedangkan tak ada apa-apa.


postquam-scriptum:
oh, ni blog zozoi. do check him! .SAMPANBURUK.


postquam-scriptum:
Di sini aku ada jumpa satu imej hebat untuk dikongsi.
Gambar di bawah adalah satu imej yang memanipulasi pemikiran prasangka. (Preconception)
Bagi kanak-kanak (atau dewasa yang masih kudus), mereka akan melihat sekumpulan dolfin sedang bermain-main di air.
Sedangkan, kebanyakan orang dewasa hanya akan nampak sesuatu yang lucah.
Satu imej untuk difikirkan. 





Ingat, 'kita nampak apa yang mahu kita lihat'.. 

Saturday, May 4, 2013

Untitled #2

Dalam keamanan rumah aku,
tiba-tiba satu yang gempar telah berlaku..
Ada tikus dalam rumah aku!



Dah hampir 15 tahun lebih kami sekeluarga tinggal di rumah ini,
ini adalah kali pertama terjumpa tikus.
Bukan nak kata rumah kami tak bersih,
tapi kami simpulkan di sini bahawa tikus ini sesat!
Sebab, dalam pemerhatian, tiada satu pun tikus pernah dilihat dalam lingkungan kawasan perumahan kami waima di rumah sampah yang bertimbun sampahnya disebabkan lori Alam Flora tak boleh masuk hasil dari double-parking.

Maka,
kes terpencil macam ni membuatkan kami menggelabah..
Aku memang dah biasa bunuh tikus di makmal,
tapi nak bunuh tikus liar yang kotor dan berbau adalah satu perkara yang lain.
Tambahan pula, risiko dijangkit penyakit boleh melambung tinggi
terutamanya diri aku yang sedia lemah ni..
Kami sekeluarga pening tak tahu nak buat apa
sedangkan tikus tu terperangkap dalam lubang jamban.

Mak aku kata,
"Kita tak mampu nak bunuh seekor tikus pun,
agaknya macam mana perasaan orang yang bunuh orang tu?"

Semua terdiam. Tiada jawapan.

Busuk. Kotor.
Sibuk masing-masing tolak menolak sesama sendiri suruh hapuskan tikus sesat tu,
dan bila dilihat kembali, dia (tikus itu) sudah tiada!
Mungkin dia menyelam ke dalam lubang jamban.

Lalu mak aku berkata,
"Agaknya dia selamat tak selam dalam lubang jamban?
Boleh survive ka??"

Semua terdiam. Tiada jawapan juga.

Lebih mengejutkan, mak aku guna perkataan 'survive',
satu perkataan yang tak pernah dia guna.
Malah kali ni, dia kata 'survive' in JAVANESE.
Way to go, MAK!!

---------------------------

Jam di katil tepat pukul 2.30 pagi,
telefon aku berbunyi...

Dari 'Private Number'

Apakah neraka?,
dalam bilik yang gelap,
hanya diterangi cahaya dari laptop,
kedengaran angin meniup dedaunan pohon di luar tingkap,
tiba-tiba ada panggilan tepat jam 2.30 pagi,
dari 'Private Number'..

sudah tentu aku tak jawab!
Seram kot!!!
Siapa yang bertanggungjawab boleh tolong mengaku tak??

Thursday, May 2, 2013

Untitled #1

Thumb Up

How to make our world a better place?
The answer; spread love and positiveness.



Salah satu caranya ialah,
bila anda buat pembayaran di kaunter mana-mana kedai,
jika mulut terlalu berat nak kata 'terima kasih'
cukup hanya dengan tunjukkan ibujari tangan anda sebagai tanda
'you did a good job', dan diikuti dengan senyuman.

Paling kurang, si pekerja yang mendapat 'thumb up' dari anda akan merasa dihargai dan lebih bermotivasi. Dan untuk diri anda, anda berbuat baik untuk orang lain, bermakna anda berbuat baik unutk diri anda juga.

And now, go out and make the world a better place.

***************



Perkara Kecil Yang Dipandang

Aku terima satu soalan dalam Formspring aku.


Aku tahu kau orang yg berhati-hati dgn perkataan kau.
Tapi kenapa kau guna 'ADALAH' dalam tajuk entri illuminati tu sedangkan sepatutnya 'IALAH'??

Entri illuminati yang dimaksudkan soalan ini ialah entri 'Kita Ini Mungkin mangsa ILLUMINATI'

Alasan kenapa aku gunakan 'adalah' walaupun sepatutnya 'ialah' adalah kerana 'adalah' merujuk kepada subjek 'mangsa', yang pada aku mangsa yang aku nak tekankan adalah tidak bernyawa. Dan kemungkinan hal Illuminati ini menghasilkan mangsa yang tidak bernyawa, dan mungkin anak anda.
.
.
.
Fuh!! Bagus alasan aku..Terima kasih cikgu bahasa aku masa sekolah menengah dulu mengajar.
Hahaha.


SELAMAT HUJUNG MINGGU!

P/S:
ramai yang tak faham kenapa dengan 'adalah' dan 'ialah'. Dulu-dulu, aku pernah kena marah dengan cikgu BM aku dengan dua perkataan ini. Kata dia, 'ADALAH' untuk benda tidak bernyawa seperti ayat 'Kereta saya adalah buatan Uzbekistan', manakala 'IALAH' untuk benda bernyawa seperti ayat 'AYAH SAYA IALAH SEORANG ULTRAMAN'. Dalam Entri Illuminati tu, aku guna 'adalah' untuk subjek 'mangsa' dan 'anak anda', sepatutnya aku guna 'ialah' kerana mereka adalah benda bernyawa, tapi aku guna 'adalah' untuk menerangkan bahawa hasil kerja Illuminati itu mungkin bakal membuatkan 'anak anda' sebagai 'mangsa yang tidak bernyawa'. Do you get what i mean? Hoho

Wednesday, May 1, 2013

Kita ini mungkin mangsa ILLUMINATI?



Asalkan segitiga, mesti piramid Illuminati
Asalkan checker-board design, mesti lantai Free-Masonry
Asalkan bulat atau bentuk mata, mesti the All-Seeing Eye
Asalkan bintang, mesti Bintang Davis
Jadi, apa bentuk yang tinggal untuk yang lain?

Trend 'mengaitkan-semua-perkara-dengan-Illuminati-dan-Free-Mason' sangat IN zaman sekarang.
Kalian tak nak cuba ke?
Silap-silap nanti entri tu banyak orang 'share' boleh masuk paper atau Mastika.

Kalian tak rasa pelik ke?
Kalau semua perkara ini digemburkan sebagai 'rahsia sulit pertubuhan bawah tanah', kenapa macam satu dunia sudah tahu mengenainya?
Maknanya bukan rahsia, mungkin ITU yang MEREKA MAHUKAN?
Siapa tahu, ini hanya pendapat peribadi aku selaku manusia kerdil.

Yang paling aku risau ialah,
jangan sampai satu tahap nanti generasi akan datang langsung tak dapat beza mana satu Free-Masonry tulen atau sekadar nafsu penyampai untuk kelihatan bagus di mata masyarakat.



postquam-scriptum:
Secara jujur, aku benci entri ni, sebenci aku benci lipas, benci prank video, dan benci ex-girlfriend aku yang 'buang aku macam sampah hanya kerana nama' dulu. Tapi aku terpaksa timbulkannya kerana trend ini bukan seperti Twitter Trend yang setiap 5 saat bersilih-ganti. Ini berkaitan masa depan.