Monday, April 22, 2013

New Racer?

Orale Carnal!

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

22Apr2013
Kalau kalian baca post ni dalam hari Isnin 22Apr, aku sedang berada di Gombak.
Kalau kalian baca dalam hari Selasa 23Apr, aku sedang berada di UIA.
Kalau kalian baca post ni selain dua hari di atas, aku sedang berada di mana-mana.






Semalam aku bawak moto.
Lalu highway.
Biasa laa, penunggang motosikal kena duduk kiri.

Ada satu kereta Persona putih ni, potong aku.
Aku rilek je, perkara biasa arr kena potong dengan kereta.

Highway agak lengang, aku putus nak bawak laju sikit.
110 km/j memang pergi.
Jumpa Persona putih tadi,
aku potong dia.

Seketika, dia potong aku.
Pastu kereta depan dia bawak slow, aku potong dia.
Beberapa detik kemudian, dia potong aku.

Langit gelap, takut hujan, aku tambah laju.
Aku potong dia.
Tetiba, dia potong aku balik.
Aku dah pelik.

"Aik? Dia ingat aku tengah nak berlumba dengan dia ke??"

Saja aku bawak laju sama dengan dia.
Dari kiri kereta, aku nampak dia tengah tinjau-tinjau aku.
Lelaki, pakai spek hitam.

"Hm, kereta dah tinted, apsal pakai spek gelap lagi?
Dah laa hari tengah mendung, bukan panas terik pun.."

Tiba-tiba berderu enjin dia,
dia pecut laju tinggalkan aku.
Dalam hati dia mesti bangga gila dapat menang dengan aku.
Haha..

Dari jauh aku tengok kereta dia.
No plat BJX ****, ada sticker P kat cermin.

"Oh, patut laa..New Racer in Town."


Akhirnya, Persona putih tu kena beratur kat tol yang panjang,
sedangkan aku hoooooreyyyyyyyyy lalu tol dengan aman.
AKU MENANG!


No comments: