Wednesday, April 24, 2013

Jaga Hati?




Aku sure sesiapa sahaja pernah lalui,
tambahan dengan pasangan bercinta...

"Bosan ek?? Nak balik??"
"Eh?? Tak laa, ok je ni...."
padahal muka dah macam orang tak tidur 14hari, dengan menguap berturut-turut..

Pada aku, secara peribadi,
semua ketidakjujuran ini berlaku akibat dari perasaan ingin 'menjaga hati'.
YUP!
Tidak diragui 'menjaga hati' adalah satu elemen dalam perhubungan,
tapi, sekali lagi secara peribadi,
aku lebih prefer kalau 'berterus terang' dengan syarat kena pada tempatnya.

Kes menjaga hati ni laa,
pada aku, sekali lagi secara peribadi,
buatkan satu perhubungan keasih antara pasangan dilihat hanya manis sebelum kahwin,
padahal lepas kahwin, habis semua hilang...

Dulu, kalau lapar makan sama-sama,
sekarang, LAPAR?? PERGI LAA CARI MAKANAN SENDIRI.
Hehehe..


Nasihat si loser ini,
kenali pasangan sepenuhnya, seadanya!
Then, u'll not end up with stinky words like
'Kita dah tidak sehaluan lagi'

postquam-scriptum:
Satu entri khusus untuk satu pasangan yang bertahan hanya atas dasar 'menjaga hati'


post-postquam-scriptum:
aku jangka akan ada banyak lagi post macam ni.

No comments: