Friday, April 26, 2013

it'sCOMPLICATED



"Apakah ciri-ciri lelaki idaman anda?"

Aku lelaki..
Tapi aku percaya,
Kalau soalan di atas ditanya kepada mana-mana perempuan pun,
salah satu ciri tersebut adalah
"..lelaki itu mestilah BAIK dan bla bla bla..."

Pernah ke dengar perempuan kata
"..saya suka lelaki yang siangnya dipenuhi dengan judi dan malamnya dipenuhi dengan acara memecahkan pintu rumah jiran.."
Tak pernah kan??

--------------------------------




Duduk bersama kawan di kedai mamak,
dia mula bicara tentang dirinya..
"Aku baru putus dengan awek aku.."

Aku melopong, memandangkan awek dia juga adalah kawan aku.

"Aku tengok korang OK je, tapi kenapa tiba-tiba???"
"Ntahlah..Aku pon tak tau..
Tapi aku tahu, ada sebab lain yang dia tak cakap,
tapi bila aku tanya kenapa, dia kata
'..awak terlalu baik untuk saya, akan ada perempuan yang lain sesuai untuk awak..'
all that shit crap..."

"Puihh!!!"
Aku meludah angin...

"Alasan 'terlalu baik' tu, memang ayat biasa orang nak sorok salah sendiri.." aku naik emo.
"Entah laa, aku pun malas nak tanya lagi..Anggap laa dah tak ada jodoh.." dia jawab..

Okay, to make things sound more pity,
kawan aku ni dah siap keluar duit simpanan untuk preparation nak bertunang dengan (ex-)awek dia..

-------------------------------

Nampak tak sedikit tidak keselarasan di situ..
Kalau perempuan betul-betul nak cari yang BAIK untuk dijadikan suami,
kenapa gunakan BAIK sebagai alasan nak menolak seseorang?Apa sebenarnya perempuan fikirkan ek??

Adakah lelaki patut jadi sedikit
KURANG BAIK hanya untuk menjadi
BAIK di mata perempuan??




p/s:
Duduk mendengar masalah orang lain memang bagus. Selain dari dapat meredakan perasaan orang lain, kita dapat juga lebarkan pengetahuan dengan berkongsi pengalaman dengan orang lain.

No comments: