Friday, April 19, 2013

Feelin' lonely?


Pernah rasa kesunyian?
Sudahlah tiada pasangan, duduk pula di rumah seorang diri.
Makan di kedai pun pakai meja untuk dua, tapi kerusi hanya satu.
Nak ajak kawan-kawan keluar, banyak sahaja alasan.
Kerja laa, keluar dengan awek/pakwe laa..
Maka, bernafaslah kita dalam udara kesunyian,
keseorangan.

Jangan bersedih!
Selalu dengar orang-orang hebat berkata,
"Jika kita bersedih, ada yang lagi sedih dari kita."

Inilah dia,
makhluk paling sunyi dalam dunia.


Memperkenalkan,
GEORGE
(a.k.a Lonesome George, individu terakhir dalam subspesies Kura-kura Pulau Pinta ,Chelonoidis nigra abingdoni, wiki)



Kura-kura gergasi ini berasal dari Kepulauan Galapagos dan salah satu dari 15 cabang subspesies kura-kura di kepulauan itu.

Dipercayai George merupakan satu-satunya individu dari subspesies itu yang tertinggal di muka bumi selepas bermacam-macam usaha mencari mana-mana pasangan betina untuk George.

Pertama kali di lihat di Kepulauan Galapagos pada 1971, George dipercayai berusia lebih 100 tahun. Beliau disahkan mati pada 24 June 2012.

Pelbagai usaha membiak dijalankan termasuk percubaan mengacuk dengan baka subspesies kura-kura yang lain, tapi tak pernah berjaya.




Dipercayai antara sebab subspesies kura-kura ini menuju kepupusan adalah tindakan membawa masuk kambing yang meragut habis makanan utama kura-kura ini iaitu rumput Kepulauan Galapagos.
Kini semua kambing yang menjadi punca ketandusan rumput di kepulauan itu sudah dibawa keluar, dan rumput kembali tumbuh subur di sana.
Namun, agak terlambat, subspesies kura-kura ini kini hanya tinggal SATU. dan yang TERLAMBAT LAGI, dia dah mati dohhh!!

Juga diberitakan,
kepada sesiapa yang terjumpa subspesies kura-kura ini yang betina di mana-mana pelosok dunia, akan diberi ganjaran $10,000. tapi, apakan daya. hmmmmm



Maka,
apabila kita terasa diri ini sunyi dan berasa kesian dengan diri sendiri, sentiasa percaya bahawa ada lagi makhluk yang lagi sunyi dari kita.
Buktinya, Lonesome George.

Nak jadikan motivasi, simpan gambar George dalam henset anda.
Setiap kali berasa sunyi dan kesian dengan diri sendiri, tatap wajah ceria kura-kura tua beusia lebih 100 tahun ini sebagai motivasi.

postquam-scriptum:
Aku pernah maki seorang kawan dengan berkata, "Jika hanya tinggal kau seorang sahaja manusia dalam dunia ini pun, aku takkan pernah mintak tolong kau lagi." Tetiba rasa takut, sebab kalau tinggal seorang dalam dunia ini, nak minta tolong siapa lagi?

No comments: