Saturday, April 20, 2013

cemburu tanda sayang? Hmmmm



Cemburu tanda sayang.

Ianya satu ungkapan yang biasa kita dengar dalam drama melayu tempatan.
Sekali dengar, ada betulnya.
Tapi, pada aku, kenapa cemburu dikaitan dengan perasaan sayang?

Sebagai lelaki, dan sebagai manusia,
aku pun pernah mengalami perasaan cemburu.
Tapi usia yang semakin meningkat membuatkan aku kerap berfikir,
cemburu dan sayang adalah dua perasaan yang TIADA KAITAN.

Pada aku,
cemburu boleh dikelaskan dalam dua bahagian.

Jika anda dalam perhubungan, sama ada suami/isteri atau kekasih,
dan anda berasa cemburu dengan perlakuan pasangan,
sebagai contoh perempuan cemburu melihat kekasih layan perempuan lain dengan lembut,
ianya bukanlah sayang tetapi hanyalah kurang rasa percaya terhadap pasangan.

Jika cemburu dengan orang lain yang tidak dalam perhubungan,
seperti cemburukan kawan yang berjaya dalam peperiksaan sedangkan kita tidak,
atau cemburukan adik yang dapat hadiah iPhone5 sedangkan henset kita 3310 yang diikat getah,
ianya hanya adalah perasaan ingin memiliki apa yang kita tiada.
Cemburu ini juga boleh berlaku bagi pasangan dalam perhubungan.

Namun hakikat sebenar cemburu adalah meluas kerana ianya satu perasaan yang dilahirkan oleh manusia ketika mereka meningkat menjadi kompleks.

Ada orang kata, cemburu ada buruk dan ada baik.
Cemburu dengan kejayaan orang dikatakan BAIK.
Sebenarnya, ianya dikatakan BAIK hanya jika ianya diikuti dengan perlakuan ingin membaiki diri supaya lebih baik dari sebelumnya, dengan kata lain, TINDAKAN.
CEMBURU tanpa TINDAKAN hanya perasaan yang teruk!




Jadi,
mana datangnya perumpamaan 'cemburu tanda sayang'?

Pada aku,
'cemburu tanda sayang' hanyalah satu kata-kata yang digunakan untuk mempositifkan sesuatu yang negatif.
Cemburu adalah iri hati.
Dengan mengatakan 'cemburu tanda sayang', kita seolah-olah memujuk diri dengan mengatakan 'cemburu itu satu yang bagus, tiada salahnya mempunyai perasaan cemburu'.
Akibatnya, kita akan terus berasa cemburu, sedangkan kita tahu cemburu itu sakit dan terasa dalam hati.

Cuba google, berapa banyak kes bunuh di seluruh dunia berlaku disebabkan rasa cemburu yang bertukar dendam.




Jadi ingatlah,
tak salah perasaan cemburu itu,
kerana jika anda cemburu, ianya bermaksud anda masih manusia yang waras.
Namun,
apa yang aku nak tekankan adalah,

CEMBURU BUKAN TANDA SAYANG.

Jika anda rasa anda sedang cemburu, ingatlah,
sama ada anda KURANG RASA PERCAYA
ataupun hanya sekadar TIDAK MENDAPAT APA YANG DIFIKIRKAN HAK!

CEMBURU BUKAN TANDA SAYANG.

Kalian boleh baca tulisan yang bagus tentang cemburu dalam islam di sini.
http://nurulmajdahabby.blogspot.com/2010/07/cemburu-dalam-islam.html




Postquam-scriptum:
Secara penulisan di atas adalah hasil benak fikiran penulis. Kata-kata penulis bukanlah satu yang mutlak dan mewakili mana-mana jantina, bangsa atau agama. Ianya satu pandangan peribadi tentang bagaimana manusia mampu mempositifkan sesuatu yang negatif.

No comments: