Sunday, April 21, 2013

Aku Belum Pandai Beri Nasihat.



Memang tipikal, tapi dulu aku sendiri pernah melabel orang yang tak bertudung adalah tak baik, yang bertudung tu baik, dan yang bertudung labuh sangat baik tahap alim. Tapi itu dulu..

Hari demi hari, bila angka bertambah satu demi satu dalam umur aku, aku dapati yang tidak bertudung tak semestinya tak baik, dan yang bertudung tak semestinya baik. Mesti kalian pernah dengar cerita perempuan bertudung labuh nak sorok perut boyot mengandung anak luar nikah, kan??



Ini dialog seorang gadis dengan aku.

Gadis : Awak, bulan puasa dah nak dekat. Patut ke saya pakai tudung?
Aku : Kenapa tanya?
Gadis : Saje..sebab kalau awak nak saya pakai tudung, saya pakai..

Aku terdiam sekejap memikirkan jawapan.

Aku : Awak, awak tahu kan saya tak boleh cakap awak patut pakai atau tidak.
Gadis : Kenapa?
Aku : Sebab kalau saya suruh awak pakai, dan awak pakai, saya bakal rasa bersalah seumur hidup sebab awak pakai sebab saya bukan sebab awak memang nak pakai..

Gadis itu menganggukkan kepala.

Aku : Jugak, kalau saya cakap awak tak payah pakai sebab awak nampak lagi hot bila tak pakai tudung, dan awak tak pakai, saya juga akan rasa bersalah seumur hidup sebab buat awak tak pakai tudung.

Gadis itu masih menganggukkan kepala.

Aku : Saya tak suka ditimpa rasa bersalah seumur hidup memandangkan saya ni seorang yang pentingkan diri sendiri. So, jawapan kepada soalan awak ialah...
hanya awak ada jawapannya, BUKAN SAYA.


Gadis itu berhenti menggangguk.

Gadis : Saya faham. Awak memang pentingkan diri sendiri. Tapi saya suka jawapan tu.

Aku sedaya upaya tak nak menunjukkan yang aku sedang beri nasihat dengan berkata 'aku pentingkan diri sendiri', tapi dia terlalu pandai untuk tak menyedarinya. Aku kalah.


------------------------------------------
Basically, pada pandangan aku, berkawan dengan seseorang bukanlah hanya berlandaskan bertudung atau tidak bertudung. Aku pasti mereka sangat tahu hukum pemakaian tudung. Ianya terletak kepada individu itu tersendiri. Memang kita boleh menasihati, tapi MENEGUR bukan hanya satu cara kita ada. Ada beribu cara lain mampu kita lakukan, tanpa meninggalkan kesan malu, sakit hati atau luka kepada individu yang ditegur. Kita ada akal, gunakan.


postquam-scriptum:
Sudah tentu, kalau gadis tidak bertudung menjadi isteri aku, aku akan suruh dia bertudung ketika keluar dari rumah.
 

No comments: