Tuesday, March 26, 2013

MALAS



Korang tau tak?
dalam banyak-banyak benda cacian dan makian
satu benda yang aku selalu diklasifikasikan ialah
'PEMALAS'
hey! aku bukan pemalas
aku cuma..
aku cuma..
aku cuma..
kurang rajin mungkin?

okay FINE!
mungkin aku memang malas
KADANG-KADANG
tapi aku tak rasa jadi PEMALAS itu satu perkara yang buruk
ya, mungkin aku bukan seorang yang terpelajar
sebab aku malas belajar masa sekolah dulu
dan kadang-kadang aku meniru
untuk dapatkan markah yang bagus
tapi sekurang-kurangnya aku tak terlalu MALAS untuk meniru kan??
dan aku tau mungkin ada cikgu2 atau parents yang baca blog aku (kalau ada) akan berkata:
"if you're cheating you will be cheating yourself, you won't learn anything being lazy"
ITU TIDAK BENAR SAMA SEKALI!! OYEAHH!!

kalau aku meniru, aku belajar untuk menyelesaikan masalah
dengan mudah

sebagai contoh:
jika masalah seseorang pelajar itu ialah untuk pass dalam exam,
dia akan buang masa, spending some hours to ACTUALLY LEARNING THINGS,

atau kita ambik cara lebih mudah dan belajar dengan lebih cepat dengan meniru dan mendapat markah yang hebat. kan?

hey aku bukan nak encourage korang untuk meniru atau menipu dalam exam atau quiz
tapi kalau korang berjaya meniru dan terlepas dari tertangkap
korang sebenarnya layak untuk dapat A+ kan?
sebab kita outsmart the teacher.

tapi kalau kantoi meniru, korang memang layak dapat F
sebab korang belum cukup pandai
belum cukup pandai
cukup pandai
pandai
belum cukup pandai untuk menjadi peniru yang sebenar

aku ada ungkapan yang sering bermain di benak fikiran aku
"orang yang malas ialah orang yang bijak"
sebab orang-orang malas ini lah kita dapat hidup kat dunia yang serba kemodenan ni

aku berani bertaruh orang zaman dulu cakap pencipta mesin basuh itu pemalas
Orang Awam: Pemalas sungguh tuan hamba ini, tersangat malas sehinggakan tidak mampu untuk basuh pakaian sendiri?
Pencipta Mesin Basuh: talk to my hand. bweshshshsh.. bweshshshs.. (bunyi mesin basuh)

ataupun orang yang mencipta kereta?

Orang Awam: apa ni?
Pencipta Kereta: I called this, CAR. aku sangat malas sampai aku taknak penatkan kaki aku.

bagi aku, diorang ni orang yang malas untuk sempurnakan satu kerja yang mudah.
malas berjalan? ohsem!!
aku taktau la bagi korang, tapi pada aku diorang ni lazenius people (lazy + genius)

jadi lepas ni kalau lepas ni
parents, cikgu, kawan korang panggil korang PEMALAS
tak perlu marah
tak perlu berasa dendam
tak perlu rasa sedih
BE GLAD
BE PROUD
SAY IT OUT LOUD!

berikut adalah antara PEMALAS yang berjaya;


terlalu malas nak hidupkan lilin
dia jumpa cara untuk atasinya,
THOMAS EDISON
mencipta mentol



mereka terlalu malas nak naik kereta
jadi mereka terjumpa cara utk pergi ke satu-satu tempat dengan lebih pantas
THE WRIGHT BROTHERS
mencipta kapal terbang



kena dump dengan awek
tapi dia malas nak kejar awek dia,
dia jumpa cara nak kembalikan awek dia ke pangkuan
dia duduk depan PC dalam bilik
MARK ZUCKERBERG
mencipta FB



bila diorang punya movie dah nak habis
terlampau malas nak buat movie yang baru
diorang pecahkan siri yang akhir kepada dua bahagian
dan peroleh banyak keuntungan
produser HARRY POTTER dan TWILIGHT




filem INCEPTION
terlalu malas nak fikirkan penamat cerita
diorang biarkan penonton yang fikir sendiri



dia terlalu malas nak fikirkan
translation light bulb dalam BM
dia gunakan khidmat Google Translate
Azri Azroie
masih bujang

postquam-scriptum:
"if you never been lazy and never done thing easier,
you probably not smart enough"

postquam-post-scriptum:
“I choose a lazy person to do a hard job. Because a lazy person will find an easy way to do it.”
-Bill Gates



Wednesday, March 20, 2013

Takut ke?


Tahu tak apa yang menakutkan?
KETAKUTAN itu sendiri.



Seorang ahli psikologi bernama John Watson (wiki) telah menjalankan satu eksperimen pada 1920 mengenai ketakutan.

Pada awal eksperimen, dia bersama pembantunya, Rosalie Rayner telah meletakkan seorang bayi yang dipanggil Albert, berusia 11 bulan, di dalam sebuah bilik di dalam hospital dan didedahkan buat kali pertama dengan barang-barang seperti arnab putih, tikus makmal putih, monyet, anjing, topeng putih yang berbulu dan yang tidak berbulu, gumpalan kapas putih, surat khabar yang sudah terbakar dan macam-macam lagi. Albert dilihat tidak takut dengan mana-mana barang di situ.

Kemudian, Albert diletakkan di tengah bilik dan berhampiran, diletakkan seekor tikus putih makmal. Albert dibenarkan untuk menyentuh dan bermain dengan tikus itu. Tiada tanda takut dikesan.

Dalam sesi seterusnya, apabila Albert dilihat menyentuh tikus putih itu, Watson dan Rayner melagakan rod-rod besi dan menghasilkan bunyi yang kuat. Bunyi kuat itu mengejutkan Albert. Dia takut dan menangis. Eksperimen diulang dengan setiap kali Albert menyentuh tikus itu, rod besi dilagakan.

Apabila setiap kali Albert diletakkan berdekatan dengan tikus putih, dia akan menangis ketakutan dan bergerak menjauhi tikus. Kemudian, Albert juga didedahkan dengan benda putih dan berbulu yang lain seperti arnab putih, topeng berbulu, juga topeng santa Claus dengan janggut putih yang dperbuat dari kapas. Albert dilihat akan menjadi takut apabila melihat benda putih dan berbulu. Dia mengaitkan benda putih dan berbulu (seperti tikus makmal) adalah menakutkan.

Eksperimen menunjukkan ketakutan adalah dicetus, bukannya semulajadi.

Malangnya, Albert dikeluarkan dari hospital tempat eksperimen dijalankan sebelum sempat dipulihkan sepenuhnya. Dia dan keluarganya kemudian hilang tak dapat dikesan.



Pada pendapat aku, ketakutan adalah dari pengalaman, bukannya semulajadi.
Pengalaman sama ada sendiri, atau suapan visual atau auditori dari sumber lain.

Kita dari kecil didedahkan dengan perkara yang perlu kita takut.
Kita takutkan rotan kerana sakit.
Setiap kali ustaz tempat mengaji mengangkat rotan, kita diajar supaya patuh.
Kita takut dengan guru besar yang garang dan bermisai lebat.
Sehingga kini, jika kita lihat bakal bapa mertua dengan misai lebat, ataupun polis trafik dengan misai melenting, kita jadi waspada, takut dan berhati-hati dari membuat kesilapan.

Pada dasarnya, kita tak takut dengan perkara yang kita kata kita takut.
Kita takutkan perkara yang terjadi/ produk kepada perkara yang kita kata kita takut.

Albert tak takutkan tikus putih dan barangan putih berbulu,
dia takutkan bunyi bising yang mungkin berlaku selepas dia sentuh barangan tersebut.

Kita juga sama.
Kita kata kita takut gelap.
Sebenarnya, kita takut perkara yang boleh berlaku dalam gelap.
Kita disuap dengan cerita hantu (yang gelap), dan kes culik rogol (di kawasan gelap), serta kejadian samun bunuh (di lorong gelap).
Kita sudah kaitkan kegelapan dengan perkara buruk.

Kita kata kita takut jarum suntikan.
Sebenarnya, kita bukan takut jarum suntikan.
Kita takut, apabila disuntik, kita rasa sakit yang teramat sangat.
Kita disuap dengan paparan cerita dan drama di mana apabila ditikam bertalu-talu, darah termercik dan mangsa menjerit kesakitan sebelum mati.
Kita sudah kaitkan jarum suntikan dengan kesakitan melampau.




Nasihat aku,
jika korang takutkan sesuatu, sila ambil masa sejenak.
Fikirkan apa yang korang takut.
Tackle punca sebenar ketakutan korang.

Korang takut nak luahkan perasaan cinta kepada seseorang?
Sebenarnya, korang takut ditolak.
Cuba ambil perasaan ditolak itu sebagai satu pengalaman yang mungkin takkan pernah korang rasa.
Dengan itu, kalian masih ada keyakinan untuk berdepan.
Sebab kalau luahan perasaan itu diterima, korang bertuah.
Kalau luahan perasaan itu ditolak, korang masih positif.

Jangan takut. Lawan ketakutan.
Sebab ketakutan hanyalah satu rangsangan luaran yang masuk ke dalam fikiran.

Kerana takut yang sebenar adalah takut dengan kemurkaan Allah SWT.




postquam-scriptum:
Satu usaha mengesan bayi Albert yang hilang itu dijalankan pada tahun 2009, mendapati bahawa Albert mati pada usia 6 tahun akibat dari penyakit Hydrocephalus (kepala membesar dipenuhi air).
Ya, penyakit itu tiada kaitan dengan kegagalan memulihkan Albert kepada asal, tapi eksperimen (Little Albert) ini menjadi kontroversi dan dikatakan antara eksperimen psikologi manusia paling tak beretika dalam sejarah.