Saturday, February 23, 2013

Antara Cara aku ucapkan "sama-sama"


Tahu tak apa yang patut korang buat sebelum teruskan membaca?
Singgah entri ini dulu. TEKAN SINI.

Impian aku. Air Flare!



Bagi yang malas nak klik dan baca,
ini rumusannya..(sila baca dalam satu nafas...kalau boleh):

Di kala orang ramai meletakkan 'terima kasih' dan 'maaf' sebagai perkataan yang paling susah nak disebut, aku pula merasakan perkataan yang aku susah nak sebut ialah 'sama-sama' as in reply to 'terima kasih'. Bukan sebab ego ke hape ke, tapi aku merasakan bahawa 'sama-sama' adalah satu reply yang tak masuk akal. Apa yang sama? Kenapa perlu diganda 'sama' tu? Kenapa tiada reply yang lebih logik diterima akal berbanding 'sama-sama'? Dan apakah emosi yang patut aku tunjukkan semasa ucapkan 'sama-sama'? Senyum? Senyum semasa ucapkan, ketawa selepas ucapkan? Aku buntu.

Inspirasi dari entri itu,
berikut adalah antara perbuatan yang boleh aku buat sebagai ganti kepada perkataan 'sama-sama' untuk respon kepada ucapan 'terima kasih'.

K : Aku
M : Manusia Lain

THE ABSOLUTE AFFIRMATION

M : Terima Kasih! 
K : Ya! 

Aku selalu jawab dengan 'ya'
tapi aku pernah kena tegur seseorang.
Katanya, jawab 'ya' selepas ucapan 'terima kasih' kedengaran bongkak.
Jadi, aku rasa sebagai ganti kepada 'ya',
aku akan jawab 'OK'.
'OK' mengiyakan ucapan 'terima kasih' itu sekaligus mengiktiraf bahawa aku menghargai ucapan dia.

Tapi, korang rasa, 'OK' kedengaran bongkak tak?



THE TOTAL REFLECTION


M : Terima Kasih! 
K : Tak! Aku yang patut ucap terima kasih... 



Bila ada orang minta pertolongan kita, dan kita tolong.
Kemudian dia ucap 'terima kasih'
sedangkan dia meminta tolong kita bermakna dia percayakan kita
dan memberikan kita peluang peroleh pahala.
Dengan kata lain, kita yang dapat faedah lebih dari dia.

Jadi, bila dia kata 'terima kasih'
adalah lebih baik (pada aku secara peribadi) untuk kita mengucapkan kembali 'terima kasih' kepada dia.
Kalau dia tanya kenapa, jelaskanlah dengan berhemah.
Baru dengar macam gentleman sket..
Hehehe...


THE SCENE PACIFICATION


M : Terima Kasih! 
K : .......... (Poker Face)



Paling aku tak suka bila ada yang ucapkan terima kasih
sedangkan apa yang kita buat tu bukanlah sesuatu yang perlu diterima-kasihkan.
Contohnya, tekankan butang lif untuk orang lain.
Perbuatan itu bukanlah layak untuk diterimakasihkan (pada aku)
sebab kita juga naik lif yang sama dan mungkin kebetulan kita berada di depan butang lif.
Logik tak?

Jadi,
bila aku dapat 'terima kasih' dari perkara sebegitu,
aku memang tak tahu langsung nak respon apa, nak buat mimik muka apa, dan nak tunjukkan emosi apa..
Hasilnya...
Aku berdiam diri.. awkward silent.


THE SELF-NEGATION

 M : Terima Kasih! 
K : ini pun aku buat dengan tak sengaja, tiba tiba.. 

Aku tak tahu orang lain,
tapi aku paling tak suka berada dalam keadaan awkward.
Jadi, satu cara radikal aku tak nak jawab 'sama-sama'
adalah dengan tak menerima ucapan 'terima kasih'.

Caranya,
buatkan orang yang ucapkan 'terima kasih' itu faham bahawa aku tak suka jawab 'sama-sama'.
Beritahu mereka dengan tersirat melalui jawapan dingin yang diberikan.
Akan datang, sama ada dia tak akan meminta tolong kita
ataupun dia tak akan expect 'sama-sama' dari kita.

Tapi, ini radikal...
Aku yakin tak ramai akan buat...


THE SUBJECT DEFLECTION


M : Terima Kasih! 
K : Ada kucing terbang!!


Satu cara lain adalah dengan mengubah tajuk.
Perbuatan ni selalu dibuat, bukan hanya untuk ucapan 'terima kasih'.

Ya. Ya.
Ubah topik bukan bermaksud kita perlu terus ceritakan perkara yang tak masuk akal (seperti 'kucing terbang'),
kita juga boleh mulakan dengan menghuraikan apa yang kita sedang lakukan.
Sebagai contoh, tolong tekankan butang lif untuk orang lain.
Kita boleh kata "saya nak ke tingkat yang sama"
ataupun "perbuatan ini tak membakar kalori langsung pun"
ataupun "saya tak nak awak bersusah payah panjangkan tangan nak tekan butang lif, nanti terbau pulak bau ketiak masam."

Ok, yang last tu over.


THE MENTAL RETARDATION


M : Terima Kasih! 
K : ehehehehehehehehehehehehehehehehe~


Believe it or not,
aku selalu buat perbuatan ni.
Nampak macam tak masuk akal, tapi inilah cara paling berkesan di antara cara-cara sebelum ini.
Aku pun kadang-kadang tak faham kenapa ianya berkesan,
mungkin sebab aku memang berperwatakan sedemikian (mentally retard)

Cuba korang cuba cara ni sekali sekala...
..and welcome to the Mental Retardation club.
First rule of the club is
never reveal yourself as mentally retard.

THE EVIL LAUGH


M : Terima Kasih! 
K : HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

dengan cara ni
ramai akan tergelak sekali
aku akan mengelak walau dengan apa cara sekali pun
demi tak ucapkan sama-sama

mereka yang ucapkan
pasti akan merasa seperti biasa
tiada merasa akan perlunya sama-sama
gelak sekali!
HAHAHAHAHAHAHA

THE NO PROBLEM


M : Terima Kasih! 
K : Tiada Masalah/No Problemo!

ini lah yang selalunya aku akan ucapkan
dan aku dapat merasakan ini lah ucapan terbaik
haha
ini sama macam perkataan "no sweat"






Itulah antara cara lain aku ucap 'sama-sama'.
Aku adalah orang yang tak kisah sama ada perlu ucap terima kasih atau tidak.
Jadi, aku pun berharap orang tak kisah walau macam manapun aku jawab 'sama-sama'.

Tapi, ucapan seseorang melambangkan keperibadian diri.
Jadi, terpulang kepada si pengucap sama ada mahu ucap 'sama-sama' atau tidak.
Walaupun kita berhak menerima pengiktirafan selepas mengucapkan 'terima kasih',
tapi respon kepada 'terima kasih' tak semestinya perlu diucap dengan 'sama-sama'.

Aku percaya, korang pun ada cara sendiri ucap 'sama-sama'.
Kongsilah dengan aku.
Kalau rajin, buat satu entri macam aku ni
dan boleh aku baca dan kongsi di twitter dan facebook.






Sunday, February 17, 2013

Aku "Tak Suka" Doktor


Tahu tak antara sebab aku tak suka doktor?
Disebabkan soalan bodoh yang selalu diajukan.




Maaf didahulukan kalau ada doktor baca blog aku
(aku rasa tak ada...),
tapi, aku cukup marah dengan kebanyakan doktor yang aku jumpa,
kebanyakan di klinik juga di hospital,
soalan pertama dia adalah
"Sakit apa?"

Wehh!
Aku datang klinik sebab aku nak tahu aku sakit apa.
Kalau aku datang klinik dan bagitahu aku sakit apa,
maknanya akulah doktor, yedakk?

Aku faham,
maksud sebenar doktor-doktor yang kerap tanya soalan tu
ialah dia nak tahu kenapa kita nak jumpa dia.
Jadi, apa kata rephrase sikit, jadi,
"Apa boleh saya bantu?"
atau
"Kenapa ya?"

Pernah dulu sekali aku demam,
aku tunggu nombor giliran aku muncul kat dinding klinik,
tiba giliran aku,
aku pergi jumpa doktor, dia tanya sakit apa,
aku jawab demam. Pastu dia pegang dahi aku,
dia tulis-tulis, dia suruh keluar,
15minit nama aku dipanggil kat kaunter,
pastu dia bagi panadol dua papan,
kena bayar RM30 termasuk fee consultation doctor.

Beb!
Panadol dua papan aku pun boleh beli kat 7E dengan harga jauh lagi murah.
Raba dahi dan kata demam, mak aku pun selalu buat.

Aku tak puas hati, aku pergi klinik lain yang lebih 'mesra',
tengok-tengok aku suspek denggi.
Dia suruh aku masuk wad, tapi aku degil.
Aku tidur seharian kat rumah dan minum 100plus beberapa botol besar.
Dua hari kemudian, aku main futsal.

Kalau ada doktor baca entri ni,
please, jangan ambil mudah mana-mana pesakit korang.
Tambahan pula doktor-doktor hospital dan klinik kerajaan.
Tahulah tak sabar nak masuk swasta,
tapi jangan laa ambil mudah je.
Kadang-kadang, kesian makcik-makcik tua kena herdik kena tengking.
Pernah depan mata aku jadi. Sakit hati ooo..
Cuba yang kena marah, kena herdik tu mak abah kita.
Sakit tak hati?

Oh!
Bab herdik-herdik tu, termasuk nurse sekali.
Selalu aku nampak nurse marah-marah pesakit.
Baru nurse kot, jangan kerek sangat.

Saturday, February 2, 2013

KEMAS?



Semalam kawan aku call bertanya,
"Bro, tolong aku. Bagitahu aku definisi KEMAS!"

Aku raba diri sendiri,
kemudian lega mengingatkan aku ni manusia bukan Kamus Dewan.
Lalu aku balas balik,
"Slow down tiger! Cer citer cer citer!"

"Aku ada tanya seorang awek ni.
Dia awek idaman aku. Comel. Lembut. Sopan. Hot. Comel..."


"OK, i got it. Lurus ke titik laa..(straight to the point)"


"Aku tanya dia apa ciri lelaki idaman dia.
Dia jawab, dia tak memilih sangat,
dia cuma nak yang BAIK dan KEMAS."


"Ok, apa masalahnya?"


"Masalahnya, tang BAIK tu aku faham.
Tapi tang KEMAS tu, aku tak berapa dapat.
Kemas bagi sekolah ialah rambut pendek, baju tuck-in, kasut bersih.
Kemas bagi universiti ialah baju berkolar, tak ada jeans, berkasut.
Kemas bagi orang berkerja ialah baju kemeja, tie, tali pinggang, kasut kilat.
Tapi kemas bagi perempuan apa pulak?"

Sekali lagi aku raba diri sendiri,
kemudian lega mengingatkan diri aku ni lelaki, bukan perempuan.

"Bukankah soalan tu untuk perempuan.
Jadi, kenapa kau tanya aku?"

~~~~~~~~~~~~~Suasana sunyi seketika.

"Haha, pokok pangkalnya KEMAS tu apa?"

boleh bantu aku?