Saturday, January 12, 2013

I Look at you...


tahun 2010,




Aku tengah menunggu seorang kawan perempuan di hadapan shopping complex.
Berdekatan, ada sepasang kekasih muda.
Awek dia lawa, manis, ayu.
Balak dia (walaupun aku tak layak nak kata, tapi...) muka pixel rendah.
Memang pecah, rempit habis!

Lama aku fikir atas dasar apa mereka berkasihan,
tapi, sebab konon nak jadi baik,
aku fikir positif
"Mamat low pixel ni berbudi bahasa agaknya.."

Tak tahu,
sama ada dia over-protective,
atau nak tunjuk power depan buah hati,
si Mamat Low Pixel ni menghampiri aku dan sound,

"Bro, gua perasan lama dah!!
Apsal lu tenung awek gua lama-lama camtu??"

OK!
No offense to all bloggers,
tapi aku sangat kurang gemar bila berinteraksi
dengan bahasa 'gua lu' camtu...
Tambahan kalau berdepan camni, dalam blog ok lagi..
So, memandangkan persepsi aku dah bengkok,
sedangkan aku berfikiran positif dengan dia tadi,
malahan aku dah lama tak buat jahat,
dengan sokongan syaitan yang bebas tidak seperti dibelenggu di bulan Ramadhan,
kesan dari iman yang kurang kuat,
aku berkata,

"Bro, siapa tenung awek you,
I look at you laa..."

Spontan, selangkah dia ke belakang.
Muka berubah.
Terkedu dimamah kata-kata aku.
Terus diam, pusing dan kembali ke awek dia sambil bisik-bisik sambil tunjuk-tunjuk kat aku.

Bila dua-dua pandang aku,
aku dengan segera hadiahkan 'flying kiss' untuk diorang.
Terserlah, muka glee GELI terpampar di kedua raut wajah mereka.

Seketika,
datang orang yang ditunggu aku.
Dia adalah perempuan tercomel pernah aku jumpa setakat ni.
Pasangan kekasih tadi pandang aku.
Tergamam.
Bila membelakangi diorang untuk berlalu,
aku garu kepala sambil menghadiahkan sesuatu untuk mereka berdua.
"THE MIDDLE FINGER"




"Apa, ko bajet awek ko lawa sangat,
ko boleh sound aku macam aku ni sampah?
Sila fikir kembali."



postquam-scriptum:
Tetiba aku rasa jahat,
eh?? Bukan aku memang jahat dari dulu ke?


postquam-subscriptum:
perasan tak gambar pertama tak ada kena-mengena?
haha.. 

No comments: