Saturday, January 26, 2013

Bola berisi angin




Cerita bermula di sebuah taman permainan kanak-kanak..
Dua lelaki duduk melepak,
seorang kacak seorang tidak,
bercerita tentang apa yang yang berlaku dalam hidup dan apa yang tidak..

Lalu,
akibat dari melepak berdekatan dengan tempat kanak-kanak bermain bola,
bola getah berisi angin terbang mengenai si lelaki yang tidak kacak itu.
"Sori bang!!" kata seorang budak.
Lelaki tidak kacak itu angkat tangan tanda tiada rasa apa.

Masih rancak berbual,
datang lagi sekali bola terbang
tepat ke bahu kanan lelaki tidak kacak itu.
Kawannya, si lelaki kacak, tersenyum,
namun tiada senyuman dibibir lelaki tidak kacak..
"Sori bang!!" kata seorang budak.
Si lelaki tidak kacak berdiam diri.
Perbualan mereka disambungnya..

Selang beberapa minit,
sekali lagi bola terbang menerjah ke satu kepala,
masih milik si lelaki tidak kacak..
"Ooppss!!!" kedengaran keluh salah seorang budak,
si lelaki tidak kacak itu bangun dari tempat duduknya..

"Sabar aku ada limitnya..
Kalau dah 3 kali, sape boleh tahan!!!"
Si lelaki tidak kacak ingin memarahi budak-budak berkenaan.
Namun,
lengannya diragut lelaki kacak selaku kawannya..

Lelaki kacak berkata,
"Aik, sabar kau limit dia 3 je??
Sape yang tentukan??
Kenapa tak limitkan banyak sket??
50 ke, 100 ke..
Baru banyak pahala dapat!!"

Tikaman 1000 jarum menusuk ke kalbu si lelaki tidak kacak itu..
Lalu dia kembali duduk dan sambung perbualan..

Kemudian,
bola sekali lagi terbang ke arah mereka
kini hinggap di satu hidung
bukan milik si lelaki tidak kacak,
tetapi milik lelaki kacak pula..
Hidungnya merah, dan lendiran merah mengalir perlahan keluar..

"CELAKA PUNYA BUDAK!!! KORANG SENGAJA KE??"
Herdik si lelaki kacak itu..
Hm.....






Lelaki tidak kacak itu adalah aku.. 

No comments: