Tuesday, January 29, 2013

awesome mak is awesome



Pagi yang indah..
diiringi kicauan beburung riang..
ditiup bayu rumah belakang..
seorang lelaki sedang nyenyak tidur..
diulit mimpi indah..
berjumpa bidadari kayangan..



sedang beliau enak tidur..
seorang wanita cantik jelita mendekati katilnya..
dengan sopan duduk di sebelah lelaki yang tidur..
kemudian..
"Hey! dah pukul berapa ni? tidur lagi?! bangun! kemas bilik"
ujar wanita cantik tersebut..
"bilik macam sarang burung unta"
tambah wanita itu lagi..




lelaki yang lena tidur itu terjaga dari lamunan mimpi..
kemudian berkata
"ala.. mak.. buat apa nak kemas? 
malam nanti nak tidur balik,
bersepah balik"
wanita itu diam, tidak berkata apa-apa..

bermuka mamai..
lelaki itu masuk ke dalam bilik air..
selang beberapa minit..
kedengaran pam jamban ditarik..



"dah berak buang air besar takyah cebok tau! 
nanti nak berak buang air besar lagi!"

ujar wanita cantik tersebut..
kemudian keluar meninggalkan bilik..


TERGAMAM..
TERGIGIT..
TERKONO..
TERTUSUK..
OHSEM!!

No comments: