Saturday, December 8, 2012

PEPERANGAN

"Kapten, keadaan kritikal...
Barisan pertahanan pertama gagal menangkis serangan musuh.."



Kapten garu kepala, dalam hati memang dah sumpah seranah.
Barisan pertahanan pertama sangat tak membantu.
Tambahan pula cuaca sekarang yang hujan, panas, hujan, panas.


"Nampak gaya, kita kena turun padang.."
Kapten bersuara.


"Sekarang,
barisan pertahanan kedua hanya melengahkan masa,
supaya kita bersedia..
Saya mahu kita bersedia untuk bertempur.
SEMUA!!! DALAM FORMASI!!!"


Atas arahan kapten, semua tentera pertahanan ketiga dalam keadaan sedia.
Senjata di kanan, perlindungan di kiri.
Masing-masing serius menanti kedatangan musuh.


"Wahai rakan-rakan!!!
Ketahuilah apa yang kita pertahankan..
Demi kesejahteraan,
KITA HARUS BERKORBAN NYAWA!!!!!"


"YEAHHHHH!!!!!"
Para tentera menyahut seruan semangat Kapten.


"Kapten, mereka sudah sampai!!!"



Muncul bala pemusnah musuh.
Wajah yang hodoh, ganas,
memang pembawa kemusnahan dan kesengsaraan...


"SERANG!!!!!"
Musuh menjerit.


"BERTAHAN!!!!!!"
Kapten menyorak.


Maka, bertembunglah dua entiti dalam satu perang.
Bahang perang memang terasa.
Dahulunya 98.6 °F, kini memuncak hampir mencecah angka 100.


"SISTEM!!!
Singkirkan yang sudah tumbang!!"











********************************







"HAAAAACCCCHHHOOOOOOMMMMM!!!!!!!!"



Aku bersin.
Aku lap mulut dan hidung dengan tisu.
Mata aku terasa panas.
Hidung berair.
Mulut kering.
Seluruh badan sejuk menggigil...

"Tu laa, mak dah pesan...
Lepas kena hujan, pergi laa mandi...
Degil!!!"
Mak aku membebel.
Tahukah dia, orang demam, kalau dibebelkan, sakit telinga?

YA.
Aku demam.
Memang baru malam tadi teruk.
Walaupun dah ada tanda sebelum tu, tapi aku buat dek je..
Sekarang, RASAKAN!!

Tak apa,
aku percaya sistem pertahanan badan aku KUAT.
Mereka akan menang.

No comments: