Monday, December 31, 2012

sempurnakah kita?


Semalam,
adalah hari paling awkward.
sebab hari ni dah masuk tahun baru.
Jadi, muka aku memang macam ni.



Terbangun di pagi hari dan bertanya kepada diri,
"Berapa lama sudah aku bernafas sendiri?"

Jawapannya,
sehingga waktu entri ini dipublish,
aku sudah bernafas sendiri selama

7665 hari
bersamaan dengan

183960 jam
bersamaan dengan

11037600 minit

juga, aku sudah melepasi 5 kali 29 Februari.
Jika setiap hari dalam hidup aku, aku simpan RM1,
maka simpanan aku telah mencapai RM 7,665.00
Realitinya, simpanan bank aku pun tak sampai angka itu.

Satu persoalan timbul,
dalam 11037600 minit yang telah aku lalui,
berapa minit betul-betul aku gunakan masa semaksimumnya?
Berapa minit betul-betul aku habiskan untuk maju ke depan?
Berapa minit sudah terbuat dek kerana kemalasan?

Akhirnya,
aku sampai ke satu konklusi.
Setiap minit kita amat berharga.
Gunalah ia sebaiknya, sama ada untuk diri sendiri,
atau orang di sekeliling, atau untuk agama,
untuk bangsa, juga untuk negara.

Jadikan setiap saat kita berguna.

Saturday, December 8, 2012

PEPERANGAN

"Kapten, keadaan kritikal...
Barisan pertahanan pertama gagal menangkis serangan musuh.."



Kapten garu kepala, dalam hati memang dah sumpah seranah.
Barisan pertahanan pertama sangat tak membantu.
Tambahan pula cuaca sekarang yang hujan, panas, hujan, panas.


"Nampak gaya, kita kena turun padang.."
Kapten bersuara.


"Sekarang,
barisan pertahanan kedua hanya melengahkan masa,
supaya kita bersedia..
Saya mahu kita bersedia untuk bertempur.
SEMUA!!! DALAM FORMASI!!!"


Atas arahan kapten, semua tentera pertahanan ketiga dalam keadaan sedia.
Senjata di kanan, perlindungan di kiri.
Masing-masing serius menanti kedatangan musuh.


"Wahai rakan-rakan!!!
Ketahuilah apa yang kita pertahankan..
Demi kesejahteraan,
KITA HARUS BERKORBAN NYAWA!!!!!"


"YEAHHHHH!!!!!"
Para tentera menyahut seruan semangat Kapten.


"Kapten, mereka sudah sampai!!!"



Muncul bala pemusnah musuh.
Wajah yang hodoh, ganas,
memang pembawa kemusnahan dan kesengsaraan...


"SERANG!!!!!"
Musuh menjerit.


"BERTAHAN!!!!!!"
Kapten menyorak.


Maka, bertembunglah dua entiti dalam satu perang.
Bahang perang memang terasa.
Dahulunya 98.6 °F, kini memuncak hampir mencecah angka 100.


"SISTEM!!!
Singkirkan yang sudah tumbang!!"











********************************







"HAAAAACCCCHHHOOOOOOMMMMM!!!!!!!!"



Aku bersin.
Aku lap mulut dan hidung dengan tisu.
Mata aku terasa panas.
Hidung berair.
Mulut kering.
Seluruh badan sejuk menggigil...

"Tu laa, mak dah pesan...
Lepas kena hujan, pergi laa mandi...
Degil!!!"
Mak aku membebel.
Tahukah dia, orang demam, kalau dibebelkan, sakit telinga?

YA.
Aku demam.
Memang baru malam tadi teruk.
Walaupun dah ada tanda sebelum tu, tapi aku buat dek je..
Sekarang, RASAKAN!!

Tak apa,
aku percaya sistem pertahanan badan aku KUAT.
Mereka akan menang.

Monday, December 3, 2012

bash!


Aku tengah blogwalking...
Sampai satu tahap, aku terus tutup laptop dan tidur.
Memang potong terus mood aku blogwalking..
Kenapa???


Semasa blogwalking,
aku terserempak dengan beberapa blog ni..
(tak perlulah aku mention blog mana..)
Suka sangat kondem blog orang lain...
Cakap blog ni tak bagus laa, blog ni sangat teruk laa..

Aku pelik sekejap,
adakah beliau berpangkat professor?
Ataupun Google tu ayahanda beliau yang empunya?
Sebab dengan suka hati beliau kata blog orang lain tak bagus apa segala bagai...

Check punya check, alaa...
baru sebulan je blogging...
Kalau baby, nak kencing pun masih involuntary..
Pastu ada hati nak kondem orang lain..

Tak kisah laa follower beribu-riban,
tak kisah la kalau ayahanda beliau pemilik bangunan 1500 tingkat di Dubai,
Tapi jangan laa sampai label blog yang ni bagus, blog yang ni tak bagus..

hormat lah blogger blogger lain yang bersusah payah,
mengerah keringat mengeluarkan idea idea bernas mereka,
design blog mereka, bukannya mahu followers yang ramai,
tidak mengharapkan follower ramai,
tidak mengeluarkan isu isu panas, isu isu cap ayam, post gambar gambar dedahan badan,
demi mengira keuntungan follower yang ramai..

Then bila followers dah berduyun sampai melimpah,
konon-konon nak tunjuk 'saya blogger otai', wat laa entri 'aku tak suka blog kalau camni...camni..'
Oh! Shit!!!

Pada aku blog ni macam secebis ruangan peribadi yang kita mahu kongsi dengan awam.
Lantak tuan punya badan laa nak design blog dia camne,
nak buat post baca terbalik ke,
nak letak lagu satu album ke dalam sidebar, suka hati laaa...
Kalau tak suka, tekan close.
Kalau nak nasihat, biar dengan saluran yang bernas...
Bukan dengan hentam blog orang lain dalam erti kata " blog saya yang paling hebat, tiada tandingan "

Followers beribu-ribu sekalipun, kalau yang betul-betul follow cuma 10 orang wat pe??
Secara peribadi, pada aku, kalau kini follower aku (31 orang) dan hanya 5% je yang betul-betul follow, aku dah bersyukur.
At least orang baca sebab tulisan aku, bukan sebab aku comel...
(dan aku memang tak comel..)
Dan aku tahu, tahap penulisan aku sekarang hanya tahap 31 je, belum ribu-riban...
OK?

RESPECT! ONE LOVE!
Jangan kondem-kondem!!