Saturday, June 15, 2013

typical Malaysian


Duduk di kedai mamak layan teh tarik memang best.
Apatah lagi bila luar hujan turun membawa suasana dingin.
Setiap teguk air panas mengalir di tekak adalah nikmat.
Syukur!

Sedang duduk berteman secawan teh tarik,
dengan niat menghilangkan pening kepala,
telinga sensitif aku terdengar perbualan orang sekeliling.

Kumpulan pakcik sebelah kanan lantang tentang politik.
Mereka bercerita lebat tentang peristiwa di Mesir.

"Nampak tak macam mana rakyat Mesir nak jatuhkan pemimpin mereka?
Belum cerita pasal Tunisia lagi..
Kita pun patut buat macam tu kalau nak orang atas dengar!"

Dalam hati aku berkata,
"Are you suggesting that rakyat Malaysia patut menggugat keharmonian negara semata-mata nak jatuhkan pemimpin?
Berbaloi kah?"

Aku tak kata pemimpin kita 100% adil dan tak ada salahguna kuasa,
tapi adakah kita sampai ke tahap itu untuk menggulingkannya?


Kumpulan belakang aku adalah remaja belasan tahun bercerita tentang artis.
Seorang kata Neelofa cun, seorang kata Ainan Tasneem cute.
Hati kecil aku berkata,
"Dude! Ko lupa ke kewujudan Lisa Surihani?
Sharifah Aleya?
Itulah definisi cun dan cute!"

ambil tanpa izin.. follow her @sharifahaLEYA



Kawan aku yang sedang duduk di sebelah berkata,
"Bro! Awek sihat?"
Dengan sekali pandangan tajam,
aku abaikan soalan itu.

Tipikal.
Asal lelaki lepak duduk di kedai kopi.
Apa yang dibualkan mesti ada perempuan, politik, kereta dan bola.
Tak ada topik lain ke?

AKU SILAP!
Ada juga bincang topik lain.

Aku terdengar perbincangan kumpulan belia meja sebelah kiri aku.
"Aku nak tanya kau. Nabi Adam manusia pertama kan?"
"Yup!"
"Kau rasa dia ada pusat tak?"

Satu kedai terdiam........

No comments: