Sunday, November 4, 2012

.simian.




Cuma aku,
aku berpendapat dalam diri manusia
dalam diri semua manusia
ada monyet mereka sendiri.

Bayangkan seorang manusia,
dia berjaya.
Kawannya kurang berjaya
maka, selepas seketika
istilah kawan hanyalah 'sejarah'

Itu aku panggil monyet yang memilih bulu.
Bulu sama dipuja, bulu lain dicerca.

Seorang lagi manusia,
sibuk menjaja cerita buruk.
Sibuk berjaringan sosial hanya untuk mencaci.
Sibuk menabur cerita propa
yang sebenarnya, tidak seburuk sangka.

Itu aku panggil monyet yang mencari kutu.
Sedangkan dia sendiri berkutu seribu.


Juga alkisah cerita,
pantang terlihat si cantik rupa
segenap tubuh mahu ditelanjangi
seluruh badan mahu dibogeli
mata terbuka mulut menggigi
seolah-olah semuanya boleh dibeli

Itu aku panggil monyet bernafsu kuda
lepas dibunting, semuanya diluah.


Aku juga ada monyet sendiri dalam diri.
Tapi monyet yang mana, hanya aku yang mengerti.

Kalian?
Sedarkah kalian apa monyet yang bersarang dalam diri kalian?

postquam-scriptum:
The simians (infraorder Simiiformes, =Anthropoidea) are the "higher primates" familiar to most people: the Old World monkeys and apes, and the New World monkeys or platyrrhines.

No comments: