Monday, November 26, 2012

COCKROACH


"We've (human) colonized the four corners of our tiny planet. But we are not the pinnacle of so called evolution. That honour belong to the loly cockroach, capable of living for months without foods, remaining alive headless for weeks at the time, resistance to radiation.. If God has indeed created himself in his own image, and I submit to your that God is a cockroach."

- Mohinder Suresh, PhD
(dari siri Heroes chapter 1 'Genesis')

Abaikan cerita rekaan mat saleh tu, baca cerita aku pula..

Seorang lelaki bercita-cita untuk dilihat sebagai role-model kanak-kanak di sekelilingnya.
Berjalan dengan angkuh mendabik dada.
Lalu, datang satu makhluk kecil perang,
terbang ke arah dia.
Refleks tiba, maka terkeluarlah kata-kata..
"Aaaaaaaaa...." dengan nada seakan-akan perempuan.
Kibas-kibas baju dalam keadaan yang sangat gelabah.
Maka, hilang terus peribadi yang penat diterap.
Hanya kerana makhluk kecil perang itu..

Itulah, LIPAS.





Dalam Facebook,
memang banyak group dan fanpage yang super-ngarut.
Taknak lah diletakkan contoh di sini kerana tak mahu ada yang terasa.
Tapi, dalam banyak-banyak tu, aku ada join satu page ni.
Namanya Kami Benci LIPAS.

YUP!! Page untuk siapa yang benci lipas.
Adminnya selalu update status dengan memberi gambaran keadaan bersama lipas.
Sebagai contoh,
apa tindakan kita bila sedang bersanding di hari perkahwinan, lipas datang mengganggu..
Dengar macam bodoh, tapi perkara tu serius dibincangkan ahli..

Di sini, aku nak senaraikan 10 fakta yang mungkin anda tak tahu tentang lipas.
(Yang mungkin anda tahu ialah lipas boleh hidup 2 minggu tanpa kepala,kan?)



1. Ada 4,000 spesies lipas, namun hanya 30 spesies yang berkaitan dengan manusia, dan hanya 4 spesies dianggap serangga perosak.

2. Lipas adalah nokturnal (aktif waktu malam), dan akan lari bila nampak cahaya.
Kecuali Asian coackroach yang sukakan cahaya.



3. Lipas mengawan antara jantan dan betina dalam posisi bertentangan (tidak mengadap pasangan)
dan hanya mengenakan bahagian reproduktif masing-masing semasa mengawan.

4. Lipas antara haiwan paling tegar.
Sesetengah spesies mampu kekal aktif tanpa makanan selama berbulan-bulan.
Ada yang mampu hidup dengan berbekalkan makanan yang terhad,
seterhad jumlah kanji di belakang setem.
Juga boleh tahan nafas selama 45 minit.
Malah mampu selamat selepas tenggelam dalam air selama setengah jam. (Maka tuan-tuan, jangan laa bunuh lipas dengan air)

5. Saintis berpendapat lipas bakal warisi bumi jika berlaku perang nuklear antara manusia (tengok Wall-E tak?? best fren dia tu..).
Ini kerana lipas mampu tahan dari radiasi,
lebih 6-15 kali ganda dari kemampuan manusia.
Namun, lipas kalah dengan lalat buah dari segi ketahanan radiasi.



6. Lipas domestik yang selalu kita lihat tu dipanggil American cockroach (Periplaneta americana),
berasal dari selatan Amerika dan biasa didapati di negara tropika.
Habitatnya merebak ke serata dunia akibat kesan dari aktiviti perkapalan orang Amerika zaman dulu.
(So, kalau rumah anda ada lipas, salahkan Amerika dan Presiden Barrack Obama..hahaha)



7. Telur lipas biasa ada minimum 16 ekor anak di dalamnya.
Maka, jika anda bunuh seekor lipas betina yang terbang nak cari tempat bertelur,
anda sudah bunuh minimum 17 ekor lipas sekaligus.. HEBAT!!! (tepuk-tepuk!!)



8. Lipas yang terbang kat umah tu sebabnya dia betina dan nak bertelur.

9. Lipas muda berwarna perang yang cerah.
Lipas tua yang nak mati berwarna perang gelap seakan-akan hitam.
Jangan tak tahu, lipas pun ada albino juga.



10. Di Thailand dan beberapa negara Asia lain,
lipas adalah antara hidangan eksotik dan selalu dijadikan perencah dalam makanan.





Okay, cukup.
Semasa aku taip post ni pon, bulu roma aku dah meremang.
Aku benci LIPAS....


Owh ye, cite laki takut lipas kat atas tu, akulah orangnya.
Aku baca kat blog mana ntah dulu, kata laki yang takut lipas ni 'cute'..
Adus!!! Kiutkah aku??

No comments: