Tuesday, September 4, 2012

Selepas 20 Tahun...




Sedang seorang lelaki tua sibuk slide skrin tablet PC di tangannya untuk membaca berita dari laman sesawang, datang seorang kanak-kanak baya 5-6 tahun meluru ke ribanya.

"Atuk, atuk!"
Pekat pelat si kecil masih jelas. Namun itu yang dikatakan sesetengah kita 'tomey'.

"Kenapa cucu atuk ni? What's up pal?"
Atuk pun meletakkan tablet PC ke tepi, mengabaikan apa sahaja berita yang dicanang media, dan merangkul kedua belah ketiak cucunya, angkat, dan meletakkan cucunya selesa di atas riba.

"Semalam cikgu kat tadika bagi assignment."

"Pergh!!"
Bentak hati kecil Si Atuk.
"Budak-budak zaman sekarang ni, kecik-kecik dah guna perkataan 'assignment'. Aku dulu masuk U baru faham assignment tu hape."

"Apa assignmentnye Cu oi?"

"Gini.. Cikgu cakap suruh ceritakan pengalaman berharga zaman muda ahli keluarga. Ada kawan cakap datuk dia dulu ahli politik. Ada nenek sorang ni pula, dulu pernah jadi artis terkenal siap kawen dengan lelaki ada Ferrari lagi."

Kerut kedut di dahi si Atuk dah bertambah. Kepelikan.

"Atuk pulak? Muda-muda dulu apa perkara membanggakan pernah Atuk buat?"

.....

....

...

..

Lama si Atuk merenung muka berharap cucunya untuk mendengar pengalaman muda dia. Itu bukan masalah.

Masalahnya,
perkara paling membanggakan si Atuk pernah buat semasa zaman muda adalah menjadi penyanyi dan Blogger dengan setiap post blog mendapat 1-2 komen sahaja.

Sudah pasti, itu bukanlah sesuatu yang besar dan boleh dibanggakan.

Tapi, apa patut si Atuk beritahu cucunya?

Si Atuk sudah berpeluh, sementara cucunya masih menatap wajah si Atuk dengan penuh sinar harapan di matanya.





-------------------


Aku terjaga.
Deng!!

Rupanya mimpi.
Tu laa, sapa suruh tidur lepas Asar nak ke Maghrib?
Kan dah mimpi merapu.



Tapi,
aku ada satu prinsip tentang mimpi.

Jika kita mimpi,
dan bila terbangun kita masih lagi ingat mimpi itu dengan jelas,
maka mimpi itu adalah satu petunjuk kepada kita tentang sesuatu.
Mimpi itu ada maksud tersirat yang perlu kita ungkai.
Adalah menjadi tanggungjawab kita merungkai maksud sebenar mimpi tersebut.

Dan untuk mimpi di atas,
ianya mudah.

"You need to get off the computer, get out and enjoy life!"



postquam-scriptum: Dan dengan itu, aku bersungguh-sungguh mahu menghabiskan azam tahun ini.

No comments: