Friday, September 7, 2012

.cita-cita.




Tahukah kalian,
antara kesilapan besar aku dalam kehidupan ialah tidak mempunyai cita-cita semasa kecil.

Selalu sewaktu kecil,
kita akan ditanya apakah cita-cita kita sewaktu dewasa.
Dan setiap kali ditanya,
aku tak pernah berikan jawapan yang sama.
Setiap kali ditanya, jawapannya berubah.
Doktor.
Polis.
Pelukis.
Arkitek.
Pegawai Bank.
..dan banyak lagi.

Pada satu ketika pada usia 15 tahun aku pernah terfikir,
"Cita-cita adalah untuk orang yang tak mahu berusaha.
Asalkan kita berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan diri, kita boleh jadi apa sahaja yang kita mahu."

Malangnya,
AKU SILAP.

Hidup tanpa cita-cita seolah-olah satu perjalanan panjang tanpa destinasi.

Bayangkan kita naik bas tanpa hala tuju.
Penat.
Tiada arah.
Tiada tujuan.
Tiada noktah.

Aku kagum dengan beberapa kawan aku.
Ada seorang ni begitu nekad nak jadi penyanyi dari kecil lagi.
Alhamdulillah, dia bergelar penyanyi terkenal kini walaupun banyak dugaan telah ditempuhi.
Ada seorang ni, kini seorang pemain bola sepak terkenal sedangkan sewaktu dulu,
cita-cita untuk menjadi seorang pemain bola sepak terkenal diketawakan rakan satu kelas.

Aku.
Hanya sehari dua belakangan ini baru aku tergerak mempunyai cita-cita.

Persoalannya,
adakah aku sudah terlambat untuk mempunyai cita-cita dan mengejarnya.
Ataupun aku perlu teruskan dengan apa yang ada
dan menjadi manusia yang ditelan tuntutan dunia tanpa cita-cita?

Kadang-kadang,
aku berharap aku boleh melompat masa ke zaman kanak-kanak dan menanam kepentingan cita-cita dalam diri yang yang kecil.

No comments: