Monday, September 17, 2012

.ciri-ciri idaman.



Ciri-ciri idaman.

Aku bet, semua dari kita ada ciri-ciri pasangan idaman.
Yang masih bujang, list ciri-ciri itu mesti panjang berjela.
Tapi, adakah yang sudah kahwin itu mendapat segala ciri-ciri idamannya pada pasangan mereka?

Itu persoalannya.


Berlambak aku jumpa,
bukan sekadar kawan, malah sedara mara aku sendiri selalu meletakkan ciri-ciri idaman dalam bakal pasangan mereka yang kurang realistik.
Nak yang muka Korea lah,
yang tinggi bergayalah,
yang bergaji tinggilah.

Tapi adakah yang bermuka Korea, tinggi bergaya dan bergaji tinggi itu mahukan mereka?





Mari letakkan diri aku sebagai contoh.
Aku sukakan Emma Stone.
but, versi betudung dan berkaca mata. tak tahu kenapa aku sukakan wanita yang berkaca mata, lebih comel mungkin?
Aku sangat berharap bakal isteri aku nanti, kalau bukan Emma Stone, paling tidak memiliki mata cantik dan suara seksi macam dia.

Mahu memiliki Emma Stone yang bertudung dan berkaca mata adalah sesuatu yang mustahil.
Tapi dengan hanya menginginkan gadis bermata cantik dan bersuara seksi macam Emma Stone adakah ia merendahkan kebarangkalian aku untuk dapat?
Kalau aku dapat berjumpa dengan gadis sedemikian,
adakah gadis itu sukakan aku?
Dengan melihat pada cermin, aku rasa gadis biasa pun fikir beratus kali kalau nak suka dengan aku, kan?

Semuanya tentang realistik pemikiran.
Mahukan sesuatu yang indah bukan kesalahan.
TETAPI,
meletakkan sesuatu yang indah sebagai sesuatu yang mesti diperolehi adalah, pada pendapat aku, satu penyeksaan.
Akibatnya,
jodoh di depan mata diabaikan,
tetapi sesuatu yang mustahil pula diangankan.

Jika semua orang berfikir secara realistik,
maka dunia akan jadi tempat yang lebih aman.

Maka,
sekarang aku tidak lagi inginkan Emma Stone.
Cukuplah sekadar seseorang isteri yang boleh jaga makan pakai aku,
sedikit cantik supaya sedap mata memandang,
memakai cermin mata dan bertudung itu perlu,
memahami setiap kata dan perbuatan aku,
umur mesti sama atau bawah aku,
percaya kepada setiap tindakan aku,
tidak mudah dihasuti rasa cemburu,
meletakkan martabat suami sebagai darjat yang tinggi,
kalau masak ketam, tidak memaksa aku makan,
apabila diajak pergi ke ekspo cosplay, tidak akan membantah,
memilih untuk bersama aku daripada menonton rancangan di TV,
tidak mempersoalkan duit aku yang banyak melayang kepada komik, games dan lagu,
tidak pergi jauh dari aku apabila aku kentut di khalayak ramai,
tidak memaksa aku pakai baju pink,
tidak kisah badan aku berbau, malah lagi suka,
bila aku korek hidung dan calit dekat baju dia, dia balas balik dengan korek hidung dan calit pada baju aku,
tidak peduli aku keluar dating dengan hanya berselipar,
tidak kisah aku malas sikat rambut,
tidak suka melaga-lagakan sudu dan garfu dengan sengaja,
tolong kau korek telinga,
tolong gosok belakang aku masa mandi,
tolong basuhkan tempat najis kucing yang aku bela...

...dan banyak lagi.

Tapi ada ke wujud gadis yang bercirikan sedemikian?
Atau Emma Stone bertudung dan berkaca mata lagi mudah?

No comments: