Thursday, July 19, 2012

Benda Yang Lepas Usah Dikenang.




We need to move on in our life, future awaits us. But we can't also simply forget the past, no matter how painful it is....

Aku sedang leka menghirup kopi panas sambil menikmati keindahan malam. Malam ini tiada bintang lagi, dan bulan sepi keseorangan.





Hoi!





Perh. Gugur jantung aku. Dah la tak reti bagi salam, pastu tepuk bahu aku sambil jerit macam aku orang pekak. Memang nak kena kawan seorang ni!



Dan aku memandang ke belakang. Mata aku terpaku tepat ke wajah itu. Aku terkesima. Dia terkejut. Sungguh, kami tidak sangka akan berjumpa sebegini rupa. Dan dia terus berkata sambil riak muka yang terkejut..





Err sorry, salah orang.





Ha kurang ajar. Serius kurang ajar.



Dan lima minit kemudian, rakan aku pun tiba. Seperti biasa, aku membuka kaunter kaunseling lagi. Dan dia meng-order kopi o beng (kopi o ais). Dan seraya memandang mata aku dengan pandangan mata yang tidak bersalah itu,



Wei, ko kene tolong aku



Dan aku tahu sangat-sangat itu tujuan dia ajak keluar. Dan aku mendengar cerita nya dengan penuh minat.



Ringkasan cerita.

Rupanya siang tadi kawan aku ini bertemu kekasih lama, dan tanpa dia sedar dia telah ajak kekasih lama tu pekena air secawan. Dan kemudian menghantarnya pulang. Tapi kekasih lama dia ni asyik dengan handphone dan kurang bercakap. Mulanya kawan aku hanya mahu berbual kosong, up-to-date lah kata orang, tapi melihatkan respon yang agak dingin, dia semacam terasa menyesal mengajak kekasih lama itu pekena air secawan. Dan kini, kawan aku terasa bersalah dengan kekasih sekarang kerana dia telah berjanji takkan jumpa kekasih lama lagi dan cuba melupakan kisah silam. Dan persoalan yang diutarakan pada aku..





Kau kenal tak mana-mana bomoh ke doktor yang boleh buat aku hilang memori pasal antara aku dengan kekasih lama?





Ha mesti korang terkejut sebab line di atas memang aku tipu. Saje kasi suspen. Persoalan dia adalah bagaimana nak lupakan seseorang yang pernah mencuri hati kita dan meninggalkan kesan berkilometer dalamnya.



Susah. Lagi susah dari soalan lecturer aku. Skema jawapan lagi lah payah. Tapi atas kewarasan akal aku yang melihat member aku ni, aku cuba menteteramkan dia, bukan menggunakan dadah tapi cukup sekadar ayat-ayat yang aku reka.





Nak lupakan seseorang tu terus dalam hidup kau tu payah. Ye aku tahu, aku pernah rasa. Tapi kau tak boleh bergantung terus pada masa silam kau. Mungkin dia tu istimewa sangat bagi kau tapi kau takkan tahu, mungkin ada lagi yang akan jadi istimewa buat diri kau. Mungkin kau ada kenangan pahit manis dengan dia, tapi kenangan kau boleh buat. Cuma dengan siapa je beza kenangan tu. Sekarang aku tanya kau, kau sayang kekasih kau sekarang? Dan kekasih lama kau?





Aku sayang kekasih aku, dia baik sangat dengan aku. Aku suka tengok dia bahgia..





Dan aku terus mencelah,

Kekasih lama?





Erm sayang sikit.





Ha itu yang kau silap. Sayang ni, kau tak boleh main-main. Dari sayang jadi cinta. Tapi ko tak boleh bercinta lebih dari satu, tu khianat namanya. Apa kurangnye kekasih kau sekarang. Aku tengok dia full package je. Kalau kau taknak, boleh pass kat aku.





Kau kene faham, dia tu kekasih pertama aku. Banyak kenangan, banyak memori. Terlalu banyak.. Lima tahun pun belum tentu aku gerenti aku dapat lupa.





Kekasih pertama memang susah dilupa. Tapi tak bermakna kau perlu terus hidup dalam bayangan dia. Cuma kau kena ingat, kau ada seseorang yang menaruh harapan yang tinggi kat kau. Jangan kau kecewakan si dia yang sekarang. Belajar dari pengalaman kau dan si dia yang dulu, dan cuba jaga si dia yang sekarang baik-baik.





Tak tahulah der

Sambil melepaskan sebuah keluhan. Matanya memandang ke arah jalan. Kereta masih lagi lalu lalang meskipun sudah kira lewat pagi. Kota yang tak pernah lena.

...but past itself is not meant to be forgotten. We need to learn from our past to make a better future, better memories :)

No comments: