Monday, July 30, 2012

.LikeaBoss.


2002, Selangor.
Sekolah Kebangsaan Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam.
Peristiwa ini berlaku semasa aku dalam sekolah rendah.







Semasa kelas Pendidikan Agama Islam,
Ustazah di hadapan mula perasan pelajar dalam kelasnya bermuka muram, kebosanan.
Hmm, budak sekolah rendah,
apa boleh kita expect, kan?

Lalu ustazah yang skema dan berusaha nak menghabiskan silibus mengikut jadual PnP yang ditetapkan pun bersuara,

"Sekarang semua orang bagitahu ustazah..
dah besar nak jadi apa? cita-cita."

Soalan begitu dapat menarik minat beberapa pelajar pandai.
Namun, pelajar yang tiada cita-cita (macam aku) hanya mampu terus tenggelam dalam kebosanan.

Ada pelajar lain yang mahu jadi doktor.
Peguam. Polis. Pilot.
Alaa..jawapan standard budak sekolah rendah..
Mana ada tiba-tiba kata nak jadi
Pakar Pembangunan Bandar ke, Ahli sejarah ke,
Jurutera Pembuatan dan Pemprosessan Makanan ke,
Aktuarist ke,
Pegawai Pengurusan Syarikat Minyak dan Gas ke...
Semua nak cita-cita pendek satu perkataan..

Ustazah teruskan.

"Sebenarnya, kita sudahpun jadi seorang arkitek.
Setiap manusia adalah arkitek kepada kehidupannya sendiri. Kita membina hidup seperti mana yang dikehendaki tapi kadang-kadang, bila kita dapati kita tak menyukai apa yang kita bina, kita akan cari orang lain untuk dipersalahkan. Sepatutnya kita berusaha mengubah diri kita sendiri."

Semua pelajar dalam kelas terdiam.

"Macam kamu semua.
Tidak menumpukan perhatian dalam kelas, tapi bila keputusan peperiksaan mengecewakan, kamu akan menyalahkan cikgu kamu kononnya kamu tak faham apa yang dia ajar. Sepatutnya kamu ubah perangai kamu semua dahulu, kan?"

Semua pelajar masih diam.
Nice one, Ustazah...but c'mon..
What did you expect bercakap macam tu dengan budak sekolah rendah?



Keesokan harinya,
semasa kelas Pendidikan Agama Islam juga,
ada sejumlah pelajar tidak masuk ke kelas.

Lalu Ustazah bertanya,
"Kenapa ada ramai yang tak datang?
Ada siapa-siapa tahu kenapa?"

Ada seorang budak dengan lantangnya bersuara,
"Diorang dah berenti sekolah kot ustazah.
Maklumlah, kita semua dah jadi arkitek.
Jadi buat apa pergi sekolah lagi.."





Pelajar kurang ajar itu adalah aku.

Sunday, July 29, 2012

.AZAM.




Awal Ramadhan setiap tahun aku akan berazam nak jadi manusia yang lebih baik.
Seperti manusia tipikal yang lain, nak jadi baik hanya bila datangnya Ramadhan.
Sebenarnya, nak jadi baik, bila-bila masa pun boleh dilaksanakan.

Setiap tahun,
pada awal Ramadhan aku akan beritahu diri sendiri.

"Ramadhan kali ni, aku nak ubah diri.
Nak buang semua perangai buruk.
Nak banyakkan perangai baik."

Tapi hakikatnya,
aku sendiri tak tahu adakah aku berubah.

Secara jujur,
aku tak pernah rasa diri aku lebih baik selepas Ramadhan.
Aku rasa sama.
Aku rasa tak berubah.

Tapi bila aku tanya orang lain,
mereka berkata
'Baik buruk seseorang bukan diri sendiri yang menilai.
Kita tak layak menilai diri, sebab baik dan buruk adalah relatif,
jadi kena biarkan pihak lain, bukan diri sendiri,
yang menilai.'

Kata itu ada betulnya,
tapi aku tak pernah rasa nak minta orang lain menilai.
Tak rasa ke permintaan seperti
'Hai, awak rasa saya makin baik ke tak lepas Ramadhan ni?'
kedengaran agak tidak rasional.

Tapi hakikatnya,
aku sangat mahu menjadi baik.
At least, baik dengan diri sendiri dan orang terdekat.
Dah penat dah jadi beban orang lain,
biar orang lain pula bergantung pada aku.

Jadi,
sementara Ramadhan yang mulia ini,
apa kata kita sama-sama berubah.

Jadikan Ramadhan sebagai titik perubahan, bukan titik persinggahan.

Saturday, July 21, 2012

Hati TiTanium pun cair.




Lepak, bersama rakanku yg dahulunya frust menonggeng sebab clash ngn awek..




aku tergelak sendirian,






wei, kau gelakkan aku? penampar nak?






haha..sori bro aku teringat kisah2 kapelkapel kau doludolu..hahaha






Dahulu, lepas clash, aku beriya taknak lagi dah. Serik beb! Tapi akhirnya aku tewas.






Maknanya.. kau da ada pegganti?






Err ko taktahu?






Cilake nye member. Bukan nak beritahu. 



Aku sayang dia. Cukup lah aku dengan dia je yang tahu. Buat apa kecoh satu dunia.



You got a point there my friend. Yelah, budak sekarang, sakan kalau bercinta, post kat blog, post kat facebook lah, siap panggil sayang-sayang lagi. Kalau dulu kat myspace pulak, ada yang meter tunjuk dah berapa lama couple. Tah pehapa.



Perh, sedap mengutuk orang, kau macam tak buat dulu?



Ala weh, aku buat kejap je pun.



Ha yolah, suka hati kau. Tapi aku tak pernah sangka akan berpasang lagi. 



Yea, aku pun. Kalau aku ada heart attack, sekarang ni otw dah pergi hospital kot. Aku ingat kan kau ni hati titanium, dia baca ayat apa jadi cair ni?



Tak perlu ayat. 



Habis tu?



Keikhlasan. Itu yang aku rasa dari dia.



Dan kami terus menghirup saki baki minuman kami sambil menikmati dingin malam. Dan aku menepuk dahi. gunakan taktik lama!



Alamak..wey..






Takpe aku tahu, kau tak bawak dompet kan?






Aah, camne kau dapat baca fikiran aku ni..



Ah macam aku tak kenal kau. Takpe, malam ni aku bayar.



Thanks bro, ko sahabat aku paling aku sayang.



Sejak bila kau jadi gay..



Dan kami berlalu mengikuti haluan masing-masing. Perjalanan masih jauh. Dan sepanjang itu, jalan tidak akan selalunya lurus. Mungkin ada traffic light, mungkin ada bumper. Malah, mungkin juga ada roadblock di hadapan.



Dan kawan aku telefon, dia kene saman. Haha kasihan. dah lah belanja aku minum.

Friday, July 20, 2012

.melati.



♪ ♫
Melangkah ke era wawasan
Berbekal semangat waja
Tekun dan gigih berusaha
Ikrar azam di dada

Berdisiplin, berilmu, berjaya
Cogan kata kami semua
Rakan-rakan, ibu bapa dan guru
Gembeleng tenaga tanpa rasa jemu

Agama serta bangsa
Nusa maju tercinta
Dicurahkan taat setia

Kita kejar impian
Kita bina harapan
Tuju mercu kejayaan

Bersopan, beretika
Lahir insan mulia
SMKTM terus berjaya
SMKTM terus berjaya
♪ ♫

HAHAHA..


aku taktau pun melody lagu ni cmne -,-


okay, point.beberapa bulan yg lepas.aku selalu ikut abang jebat mengajar budak2 ni koir...dan aku telah terdengar cerita yg mereka telah masuk pertandingan buat pertama kalinya pada tahun lepas dan mereka mendapat tempat keempat.tahniah! itu taun lepas~ HAHAHA.


tahun ni punya pertandingan pun bermula..secara tibatiba (*cam bodoh) juri buat keputusan hanya akan amek 5 sekolah untuk bertanding ke FINAL.


L.I.M.A.


semua pun macam terkejut lah...haha..sebab bajet 10 yang akan masuk..harapan utk ke final tu mcm cerah..dapat tau dia cuma amek lima je..sume cm terkejut haromm punya..haha..lepastu, teruskan dengan pertandingan..hmmmmm..keputusan tidak menyebelahi anak didikan abg jebat ni..rasa kasihan pun ada jugakk..tapi nak buat macam mana? rezeki takde.tuhan lagi tahu apa yg terbaik utk mereka..


dan harapan aku ialah, korang terus sukses dalam apa jua bidang yg korang akan pilih dan kecapi nanti.


+chow!




eh, jap.dan terima kasih buat afiq sebab jaga beg budakbudak ni.HAHA











p/s : gambar aku yg bawah sekali tu terlindung di sebalik BAWS.ini tidak adil -,-


Thursday, July 19, 2012

Benda Yang Lepas Usah Dikenang.




We need to move on in our life, future awaits us. But we can't also simply forget the past, no matter how painful it is....

Aku sedang leka menghirup kopi panas sambil menikmati keindahan malam. Malam ini tiada bintang lagi, dan bulan sepi keseorangan.





Hoi!





Perh. Gugur jantung aku. Dah la tak reti bagi salam, pastu tepuk bahu aku sambil jerit macam aku orang pekak. Memang nak kena kawan seorang ni!



Dan aku memandang ke belakang. Mata aku terpaku tepat ke wajah itu. Aku terkesima. Dia terkejut. Sungguh, kami tidak sangka akan berjumpa sebegini rupa. Dan dia terus berkata sambil riak muka yang terkejut..





Err sorry, salah orang.





Ha kurang ajar. Serius kurang ajar.



Dan lima minit kemudian, rakan aku pun tiba. Seperti biasa, aku membuka kaunter kaunseling lagi. Dan dia meng-order kopi o beng (kopi o ais). Dan seraya memandang mata aku dengan pandangan mata yang tidak bersalah itu,



Wei, ko kene tolong aku



Dan aku tahu sangat-sangat itu tujuan dia ajak keluar. Dan aku mendengar cerita nya dengan penuh minat.



Ringkasan cerita.

Rupanya siang tadi kawan aku ini bertemu kekasih lama, dan tanpa dia sedar dia telah ajak kekasih lama tu pekena air secawan. Dan kemudian menghantarnya pulang. Tapi kekasih lama dia ni asyik dengan handphone dan kurang bercakap. Mulanya kawan aku hanya mahu berbual kosong, up-to-date lah kata orang, tapi melihatkan respon yang agak dingin, dia semacam terasa menyesal mengajak kekasih lama itu pekena air secawan. Dan kini, kawan aku terasa bersalah dengan kekasih sekarang kerana dia telah berjanji takkan jumpa kekasih lama lagi dan cuba melupakan kisah silam. Dan persoalan yang diutarakan pada aku..





Kau kenal tak mana-mana bomoh ke doktor yang boleh buat aku hilang memori pasal antara aku dengan kekasih lama?





Ha mesti korang terkejut sebab line di atas memang aku tipu. Saje kasi suspen. Persoalan dia adalah bagaimana nak lupakan seseorang yang pernah mencuri hati kita dan meninggalkan kesan berkilometer dalamnya.



Susah. Lagi susah dari soalan lecturer aku. Skema jawapan lagi lah payah. Tapi atas kewarasan akal aku yang melihat member aku ni, aku cuba menteteramkan dia, bukan menggunakan dadah tapi cukup sekadar ayat-ayat yang aku reka.





Nak lupakan seseorang tu terus dalam hidup kau tu payah. Ye aku tahu, aku pernah rasa. Tapi kau tak boleh bergantung terus pada masa silam kau. Mungkin dia tu istimewa sangat bagi kau tapi kau takkan tahu, mungkin ada lagi yang akan jadi istimewa buat diri kau. Mungkin kau ada kenangan pahit manis dengan dia, tapi kenangan kau boleh buat. Cuma dengan siapa je beza kenangan tu. Sekarang aku tanya kau, kau sayang kekasih kau sekarang? Dan kekasih lama kau?





Aku sayang kekasih aku, dia baik sangat dengan aku. Aku suka tengok dia bahgia..





Dan aku terus mencelah,

Kekasih lama?





Erm sayang sikit.





Ha itu yang kau silap. Sayang ni, kau tak boleh main-main. Dari sayang jadi cinta. Tapi ko tak boleh bercinta lebih dari satu, tu khianat namanya. Apa kurangnye kekasih kau sekarang. Aku tengok dia full package je. Kalau kau taknak, boleh pass kat aku.





Kau kene faham, dia tu kekasih pertama aku. Banyak kenangan, banyak memori. Terlalu banyak.. Lima tahun pun belum tentu aku gerenti aku dapat lupa.





Kekasih pertama memang susah dilupa. Tapi tak bermakna kau perlu terus hidup dalam bayangan dia. Cuma kau kena ingat, kau ada seseorang yang menaruh harapan yang tinggi kat kau. Jangan kau kecewakan si dia yang sekarang. Belajar dari pengalaman kau dan si dia yang dulu, dan cuba jaga si dia yang sekarang baik-baik.





Tak tahulah der

Sambil melepaskan sebuah keluhan. Matanya memandang ke arah jalan. Kereta masih lagi lalu lalang meskipun sudah kira lewat pagi. Kota yang tak pernah lena.

...but past itself is not meant to be forgotten. We need to learn from our past to make a better future, better memories :)

BoyzIIMen #1 - a song for mama


Sunday, July 15, 2012

Dad, son and a pair of Nike shoes.


Situasi. Aku sedang berdiri dalam train. Dan ada seorang ayah dan seorang anak. Si ayah sedang berdiri. Memegang satu plastik berisi kotak di dalam. Easy guess, kotak kasut. Sebab tertulis jenama nike kat luar. Pakaian seperti seorang pekerja bina. Kasut safety, baju kotor. Koyak sana sini. Topi yang lusuh. Tapi dia masih tersenyum.





Senyumannya dilemparkan kepada si anak. Sebab si kecil itu memanggil, 'papa, papa'. Dan si kecil keriangan. Memegang tangan si ayah. Sambil menunjuk ke luar tingkap. Pandangan aku beralih kepada si ayah. Si ayah menarik kotak di dalam plastik. Membuka dengan cermat. Dan aku mengintai sedikit isi di dalam.

Gambaran itu masih jelas. Sepasang kasut nike berwarna oren bercampur hitam. Nike air mungkin. Tapi dari harga yang mahal. Aku tahu. Sebab baru beberapa hari lepas aku cuba meng-usha kasut yang sama. Cuma aku terpaksa menahan nafsu untuk membeli sebab aku masih memikirkan budget bulanan. Oh, mahal²..

Mungkin hanya aku seorang yang memerhati anak dan ayah itu. Si ayah sanggup berkorban untuk kebahagiaan anak. Hakikatnya, apalah yang aku tahu tentang kehidupan mereka.