Wednesday, June 6, 2012

Pemancing


wah dah lama tak berblogging. mood blogging kureng skit sejak assignment mula melimpah-ruah bagaikan air terjun yang terjun dalam kelajuan 154km sejam, dan exam yang sgt padat. well, now is my free time, ape salahnya aku update sikit yedak?

Well, semalam roommate aku semua bertungkus-lumus study science of hadith. Aku study kat compartment abe mi ngn pokjak n pani. pe'e study sekor kt compartment dia, beyeh hilang ntah gi mana..tiba2 aku dapat la call dari unknown number 01942*****. Aku tak kenal pun nombor tu, tapi aku angkat la. kot-kot secret admirer ke. hahahah. Pastu aku angkat...

"Hello?"

"....."

"Hello~~~"

"blablabla" *suara dia tengah bisik ngan orang lain*

Then dia letak. Apehal ni? Tapi yang aku pasti, suara macam laki. Eh dia ni sapo? Then takpelah aku tak la call balik. malas. nak tumpu study aku ni..esok exam kott!! Then tiba-tiba bunyi mesej berdesing di telingaku. Aku pantas menangkap henfonku kot-kot ade secret admirer lagi ke :""">
tapi mesej ni datang dari nombor yang sama dan berbunyi...

"Hai azri, chat kew?"

"Ni sape? Fon aku byk ilang no."

"Owh, sory x bg no phone. Ni *****. X ingat kew?"

Then lepas aku baca mesej tu, terussss aku cepat-cepat call nombor tu, tapi tak angkat. takkan ***** kot? aku ada nombor dia sejak azali lagi. apehal pakai nombor lain lak? dah la kata aku tak ingat dia. gila tersentap aku. aku setiap hari duk teringat kat dia :'( . But wait, ade dua bende pelik. first, cara dia tulis bukan macam tu! second, bila first time dia call tu, tu suara lelaki!!! ahaks, kantoi nampak sangat ade budak laki ni nak kaco aku. tapi siapa?? takkan balak dia kot? amboihh takde keje noh~ Tapi apakan daya. aku kesiankan kat dia. So aku malas nak balas mesej tu. Tiba-tiba dia mesej lagi...

"Ops. Sori. ***** pg tandas td. Knapa? Chat ke skrg?"

Apa lagi, aku bengang ah. Sekali Pokjak ngn Pani macam nak backup aku ah. Pokjak ajak miscall dia ramai-ramai. hahaha baru padan muka dia. Pokjak semua paham situasi aku sekarang sebenarnya. So, ramai-ramai lah miscall number tu. hahaha yeah. lepas tu dia tak call dah. Mission accomplish! boleh la kami sambung semula pengulangkajian mutlak kami ^^.

Beberapa minit kemudian selepas insiden miscalling tu, Pani tanya nombor sape tu ek. Pokjak ngan Bemi bila dial number, dia terus call. Tak pandang kat screen fon tu. Tapi skang, dia cuba dial balik nombor tu. Rupa-rupanya...

TU NOMBOR HHHHHHAAAAAAAZZZZZZIIIIIIIQQQQQQQQ!!!! WATAFFF

Haziq? siapakah dia? dialah budak yg sgt hebat dalam bidang tidoran dan aku syak haziq dapat ilham daripada mimpi dia. VAVI!!! @#$%^&*. Satu bilik duk gelak sakan. Pe'e takleh study, kakakakakaka. padan muka mu! ajak study ramai2 taknak.  Tak sangka tu nombor Haziq. diorang pun satu bukan nak check nombor sape awal-awal. Mentang-mentanglah Fon yang aku pakai ni Fon pinjaman sementara. Tak semua nombor aku simpan dalam sim sebab kebanyakan nombor ade dalam henfon lama yang dah rosak T_T

haziq pancingan terhebat. Fisherman of the day lah dikatakan. adoyaiii.

No comments: