Wednesday, March 28, 2012

This is what we call demonstration :]



Ramai yang bertanya. Bahkan ramai yang ragu-ragu. Apakah hasil yang boleh didapati melalui perhimpunan seperti ini? Konsert-konsert, ucapan dan laungan-laungan. 
Lebih baik pergi angkat senjata. Kasi tembak sama itu Zionis


Yedakk??


Biar tak lagi susah-susah kita hulur tangan, derma.
Biar tak lagi susah-susah, pergi konsert.
Biar tak lagi susah-susah baca doa untuk Palestin lepas solat.


Tahukah kita?


Ada satu perkataan yang bernama propaganda. Yang bahasa lebih 'smart'nya promosi, kempen.
Ya, memang dengan berkumpulnya kita tidak akan sekali-kali menampar muka-muka tentera Zionis untuk berhenti menzalimi saudara Palestin kita.


Tetapi, bukankah kita percaya Allah SWT akan menilai kita dengan usaha?
Biar kita jadi burung pipit dalam kisah nabi Ibrahim.


Semasa Nabi Ibrahim diikat dan diletakkan di atas pelontar lalu dicampakkan ke dalam api yang marak.
Ketika Nabi Ibrahim dibakar, burung-burung yang berterbangan juga menyaksikan peristiwa tersebut. Ada seekor burung pipit yang berasa kasihan melihat baginda yang dibakar hidup-hidup itu. 


Burung pipit itu mahu menolong Nabi Ibrahim.Burung pipit itu terbang mencari air. Ia menyedut dan menyimpan air tersebut di dalam paruhnya yang kecil itu. Burung-burung lain kehairanan melihat perlakuan burung pipit."Wahai pipit, apa yang engkau mahu lakukan?" tanya burung-burung yang lain."Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim," jawab burung pipit.


"Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil. Sia-sia saja usaha kamu itu," kata burung lain pula.Walau bagaimanapun, burung pipit tidak berputus asa dan meneruskan usahanya untuk membantu Nabi Ibrahim. 


Lalu ia membawa air yang disimpan di dalam paruhnya itu ke arah api yang marak.Dengan izin Allah, api yang marak itu semakin berkurangan. Itu sahaja yang ia mampu untuk membantu Nabi Ibrahim. Walaupun sedikit sahaja pertolongannya, ia berpuas hati. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu Nabi Ibrahim.


Setelah kayu-kayu itu menjadi bara, maka orang ramai menghampiri timbunan bara tersebut. Burung pipit itu berasa gembira.Keyakinan burung pipit terhadap kekuasaan Allah semakin kuat dan terbang dengan penuh kesyukuran.Orang ramai yang berada di situ berasa terkejut apabila melihat Nabi Ibrahim keluar daripada bara api itu seperti sediakala. Badannya sedikitpun tidak melecur.


Biar nampak kecil tapi ada usaha :)


Al-Aqsa yunadikuum!!



p/s : kalau betul2 perjuangkan Islam, cari cara yang betul, PERHIMPUNAN yang betul..
Jangan sekadar ikut orang saje~ Penghabisannya? Apa pun tak dapat~ #abitoffensive :]

No comments: