Thursday, March 29, 2012

30 random facts tentang aku :]




1. Aku Lelaki
2. Aku lahir secara normal di Klang.
3. Aku bukan kidal. *tu pun nak tulis ke?*
4. Aku sedang menternak rambut supaya lebih panjang.
5. Aku suka ingat line harmony setiap kali mandi.
6. Aku selalu gila slowkan kipas sebelum tido sebab malas nak matikan kalau suasana dah sejuk.
7. Aku tak pakai apa-apa pencuci muka.
8. Aku suka kira duit yang tinggal kat dompet aku. 
9. Aku set ringtone henpon lagu yang orang jarang dengar.
10. Aku berkepit dengan henpon time nak tidur je sebab nak buat jadi alarm clock.
11. Aku menyanyi.
12. Aku tak pernah naik flight.
13. Aku tak pernah pergi Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak.
14. Aku tak pernah main hoki.
15. Aku tak ada lesen Lori, bas, kapal terbang, kapal laut.
16. Aku sangat lembab nak catch-up harmony line.
17. Aku minat betul kereta kecik-kecik macam mini cooper, volkswagon, swift.
18. Aku suka kanak-kanak.tapi tak sangat.
19. Aku gemar dengar lagu yang pelik-pelik.taktau kenapa.
20. Aku benci orang buat bising masa aku tengah solat, nanti terus tak khusyuk.
21. Aku seorang yang tak suka serius.sebab bila aku dah serius, semua orang akan serius.
22. Aku suka menulis guna pen biru. Tapi entah kenapa semua lecturer suruh jawab exam guna pen hitam supaya nampak profesional.
23. Aku tak pernah suka on fb chat.
24. Aku suka cepatkan jam 10 atau 15 minit awal dari waktu asal.
25. Aku tak suka pergi jumpa doktor bila sakit sebab tak suka makan ubat.
26. Aku tak suka durian dan nangka.
27. Aku suka tengok perempuan yang pakai tudung labuh, pakai cermin mata.
28. Aku paling benci orang berjalan seret kaki dan orang yang suka hempas pintu. Rasa macam nak lempang.
29. Aku suka ulang tengok movie yang sama dan baca buku yang sama berulang-ulang-ulang kali sampai terhafal semua watak.
30. Aku suka menampakkan diri aku ni bodoh.biar orang lain pandai :)

Wednesday, March 28, 2012

This is what we call demonstration :]



Ramai yang bertanya. Bahkan ramai yang ragu-ragu. Apakah hasil yang boleh didapati melalui perhimpunan seperti ini? Konsert-konsert, ucapan dan laungan-laungan. 
Lebih baik pergi angkat senjata. Kasi tembak sama itu Zionis


Yedakk??


Biar tak lagi susah-susah kita hulur tangan, derma.
Biar tak lagi susah-susah, pergi konsert.
Biar tak lagi susah-susah baca doa untuk Palestin lepas solat.


Tahukah kita?


Ada satu perkataan yang bernama propaganda. Yang bahasa lebih 'smart'nya promosi, kempen.
Ya, memang dengan berkumpulnya kita tidak akan sekali-kali menampar muka-muka tentera Zionis untuk berhenti menzalimi saudara Palestin kita.


Tetapi, bukankah kita percaya Allah SWT akan menilai kita dengan usaha?
Biar kita jadi burung pipit dalam kisah nabi Ibrahim.


Semasa Nabi Ibrahim diikat dan diletakkan di atas pelontar lalu dicampakkan ke dalam api yang marak.
Ketika Nabi Ibrahim dibakar, burung-burung yang berterbangan juga menyaksikan peristiwa tersebut. Ada seekor burung pipit yang berasa kasihan melihat baginda yang dibakar hidup-hidup itu. 


Burung pipit itu mahu menolong Nabi Ibrahim.Burung pipit itu terbang mencari air. Ia menyedut dan menyimpan air tersebut di dalam paruhnya yang kecil itu. Burung-burung lain kehairanan melihat perlakuan burung pipit."Wahai pipit, apa yang engkau mahu lakukan?" tanya burung-burung yang lain."Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim," jawab burung pipit.


"Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil. Sia-sia saja usaha kamu itu," kata burung lain pula.Walau bagaimanapun, burung pipit tidak berputus asa dan meneruskan usahanya untuk membantu Nabi Ibrahim. 


Lalu ia membawa air yang disimpan di dalam paruhnya itu ke arah api yang marak.Dengan izin Allah, api yang marak itu semakin berkurangan. Itu sahaja yang ia mampu untuk membantu Nabi Ibrahim. Walaupun sedikit sahaja pertolongannya, ia berpuas hati. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu Nabi Ibrahim.


Setelah kayu-kayu itu menjadi bara, maka orang ramai menghampiri timbunan bara tersebut. Burung pipit itu berasa gembira.Keyakinan burung pipit terhadap kekuasaan Allah semakin kuat dan terbang dengan penuh kesyukuran.Orang ramai yang berada di situ berasa terkejut apabila melihat Nabi Ibrahim keluar daripada bara api itu seperti sediakala. Badannya sedikitpun tidak melecur.


Biar nampak kecil tapi ada usaha :)


Al-Aqsa yunadikuum!!



p/s : kalau betul2 perjuangkan Islam, cari cara yang betul, PERHIMPUNAN yang betul..
Jangan sekadar ikut orang saje~ Penghabisannya? Apa pun tak dapat~ #abitoffensive :]

Friday, March 16, 2012

Friendship :]

Fuhhh~ berhabuk..
Dah lama gila tak hapdet blog ni..
HAHA..btw, pagi tadi aku pergi teman abng Jebat conduct akak2 MARA show..
Em, boleh la..tp, last2 mmg nampak ada harmony*BIG Applause for them!*


Ok..silakan baca kisah di suatu hari seorang student yang bernama SYAMSUL ..

Pada suatu hari, Syamsul(Bukan nama sebenar) sedang bermain yahoo messengernya sambil study untuk final examnya tidak lama lagi. Sedang khusyuk dia study, tiba-tiba dia mendapat IM (Instant Message) dari unknown ID...

"salam.."

"zzz? salam. who're you?"

"guess.."

"Kamarul?" (Bukan nama sebenar)

"????"

"haha seriusly. ni sape?"

"Zee"(juga bukan nama sebenar)

"zzzz????"

Si Syamsul ni pun terkejutlah bila dia sebut "Zee". Betul ke Zee? Syamsul tidak sangka Zee, si gadis cantik akan tegur dia di yahoo messenger itu. So he felt suspicious kerana selama ni Kamarul pernah tipu dia dengan menyamar sebagai orang lain. Salah satu identiti yang Kamarul pernah pakai, Zee ini lah. So, Syamsul expect tu mesti lah kawan dia yang mahu "auta" dia. Syamsul pun mula perli-perli this so-called "Zee" ni yang dia sangka itu adalah Kamarul.

"weh ni sapeeeeeeeeee? udah2 la woi budak Seksyen 6"

"hehehe! good luck in your final exams."

"thanks"

"and just wanna say sorry if I do something wrong ya"

"takde wrong pun, kecuali if you tell me who you are :/"

"lorhh for god sake, it is me. Zee!"

Syamsul still susah nak percaya kata-katanya. Sebab dia dah berjanji dengan dirinya tak mau dipermain-mainkan lagi seperti apa yang Kamarul pernah buat sebelum ni. Then Zee sambung...

"ape2 pun, just wanna wish you best of luck in your exam. and nice to meet you. friends?"

"woahh, Zee wanna be my friend! xD" *dalam hati*

But dengan bengongnya Syamsul still rasa was-was. Terlalu berjaga-jaga sangat. So he asked something from Zee..

"gimme one of your photo, then maybe I'll believe you"

"tamau. bukan penting pun"

"pentingggg!!!"

Zee ni berkeras tidak mahu tunjuk satu fotonya. So Syamsul dah mula tersenyum sinis. Dia sangka Zee tak mau 'photo share' kerana dia memang bukan Zee. Syamsul terketawa kecil. But somehow, hati Syamsul insist to ask more proof. Masa berlalu begitu sahaja. Syamsul masih lagi tidak percaya dengan Zee tu. Oleh kerana Syamsul still tak percaya, maka Zee pun tunjuk lah salah satu fotonya...


*gambar hiasan*

"........"

"Percaya?"

"what the..."

Syamsul terkaku. Syamsul terpegun. woahh, Zee?? It was her! Syamsul was quite excited at first. But wait, he thought of something..

"hmm maybe dia terjumpa gamba Zee kat internet or ade kawan bagi kot"

So Syamsul still tak dapat nak percaya 100%. But he still wants more proof. Jadi Syamsul pun mintalah nombor henfon Zee ni.

016735****

Okeh, then Syamsul cuba nak call nombor tu. But wait, Syamsul thought of something else again...

"maybe dia bagi nombor palsu kot. nak kenakan aku la tu"

So, Syamsul had an idea. He gave his number pulak to Zee and asked Zee to miscall him. Well, Zee did miscall him. but...

016422****

The number was different from the number Zee gave earlier! So, Syamsul senyum kecil tiba-tiba and knew that she wasn't Zee!

"aikk, nombor lain pulak yang muncul? hahah kantoiii~"

"ehh sori2. Zee lupa la nombor Zee sendiri.."

"yooooooolahh~"

But wait, if really she wasn't Zee, then Zee wouldn't have done the miscall. But Zee did. The confusion now is.....why the different number??? Syamsul thought maybe it's true that Zee may forgot her own henfon number. So Syamsul still go on with the game. Then, to clarify things, Syamsul called Zee. and the result? Well....

"Hello?"

"Hello" *suara lemah-lembut*

"errr ni sape?"

"ni Zee la"

"aaaa aaaaaa ok ok"

Syamsul pun hang up the phone. He was speechless. THE VOICE! THAT VOICE! It was really Zee! Syamsul was soooo excited. But, then again. here comes another thought...

"hmm maybe tu kakak Kamarul kot berpakat sama-sama ngan Kamarul. hm"

But then again, Syamsul apologize to Zee for not believing her. (Actually, Syamsul still tak percaya lagi. Tahap kepercayaan dia cuma 90%). So somehow, Syamsul bercadang untuk text Zee untuk berjumpa di tempat yang mereka belajar sekarang. ya. Syamsul dan Zee sebenarnya belajar di IPTA yang sama. Zee merupakan student intake baru di IPTA tersebut. Syamsul perasan Zee tu. Tapi oleh kerana sifatnya yang sangat pemalu, Syamsul segan untuk menegur Zee although he wanted it so much. Well, he did tegur once, but tegur biasa-biasa je. Poor Syamsul.

Beberapa hari kemudian, Syamsul text Zee untuk berjumpa. One final proof for Syamsul to believe. Tak lama kemudian, bayang-bayang Zee mula kelihatan. Syamsul terpegun. IT WAS REALLY HER. and Syamsul kali ini apologize betul-betul and said sorry for doubting her. Zee cuma ketawa kecil je.

Back at home, Syamsul felt so stupid. Dia teringat ayat Zee kat yahoo messenger hari tu...

"ape2 pun, just wanna wish you best of luck in your exam. and nice to meet you. friends?"

"friends?" oh my gosh. She volunteerly wants to be Syamsul 's friend! Dia rasa bersalah. Then he text Zee to apologize again. and this time..

Syamsul absolutely wanna be friends with Zee :)

P/S : saja mau testing buat sebuah story. bosan. kalau rasa citer ni tak bes, I'm sorry
P/S Lagi : Rekaan semata-mata.tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggalkan kita.