Monday, January 30, 2012

All Time Favourite :)

MEET UNCLE HUSSAIN - Lagu Untukmu

LIVE AJL23

STUDIO

Ni la Orang cakap, live lagi gempak dari yg record...bukan macam sesetengah artis, recording gempak..live haramm pua #nooffence tapi itulah kebenarannya :)

Sunday, January 29, 2012

Wednesday, January 25, 2012

Kisah 3 Orang Abdullah

*sweeping dust* *sweeping dust* *sweeping dust*

Daripada Abu Abdurrahman ,Abdullah Bin Umar Bin Khattab r.a berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah saw bersabda :" Dahulu sebelum kamu ada 3 orang pemuda berjalan-jalan kemudian mereka pergi ke sebuah Gua untuk berteduh.Tiba-tiba ada Batu yang bergolek-golek jatuh dan menutup Gua tersebut lalu mereka tidak dapat keluar.Salah seorang dari mereka berkata " Sesungguhnya tidak ada siapa yang dapat menyelamatkan sekalian daripada bencana ini melainkan Allah Swt dengan menyebut amalan-amalan soleh yang kamu lakukan" 

Kasih Pada Ibu dan Bapa




Kemudian salah seorang dari mereka terus berdoa " Ya Allah, sesungguhnya aku mempunyai kedua orang Tua dan aku sentiasa memberi minuman susu kepada mereka sebelum di berikan kepada keluarga dan anak-anak. Pada suatu hari aku telah lewat pulang ke rumah kerana mencari kayu di Hutan dan saya dapati keduanya telah tidur tanpa meminum susu seperti kebiasaan. Saya terus memerah susu untuk mereka. Kerana saya dapati mereka telah tidur maka saya tidak mengejutkannya. Kemudian saya berjanji tidak akan memberi minum kepada keluarga dan anak-anak sebelum Ibu dan Bapa menjamahnya terlebih dahulu.

Aku menunggu sehingga kedua Ibu dan Bapaku bangun dari tidur.Setelah mereka bangun di waktu terbit Fajar maka aku terus memberi susu itu pada mereka. "Ya Allah, sekiranya apa yang aku lakukan ini semata-mata mengharap keredhaan Mu maka Engkau gerakkanlah Batu yang menutupi Gua ini". Maka bergeraklah Batu itu tetapi masih tidak boleh untuk mereka keluar dari situ.

Menolak Ajakan Zina




Orang yang kedua terus bermunajat kepada Allah Swt dengan berkata" Ya Allah, sesungguhnya aku mempunyai saudara sepupu wanita  yang amat aku cintai. Seringkali aku mengajaknya untuk melakukan Zina tetapi beliau sering menolaknya.Suatu ketika , di mana beliau di timpa kesusahan maka dia datang menemuiku untuk meminta bantuan. Lalu aku memberikan kepadanya 120 dinar dengan syarat dia mesti lakukan Zina bersamaku. Dalam keadaan yang terdesak dia menerima pelawaanku.

Ketika kami hampir melakukan perbuatan yang hina itu dalam keadaanku berada di antara kedua kakinya seraya dia berkata " Takutlah kamu kepada Allah Swt dan jangan kau robekkan selaput daraku melainkan dengan cara yang benar" Kemudian setelah itu aku terus meninggalkanya dan aku meredhakan apa yang telah aku berikan bantuan kepadanya padahal dia merupakan wanita yang aku cintai. " Ya Allah ,sekiranya apa yang aku buat ini kerana mengharapkan RedhaMu maka Kau bukakanlah Gua ini, Kemudian Gua itu pun terbuka sedikit namun masih mereka tidak boleh keluar dari situ.

Gaji Milikmu




Seraya orang yang ketiga berkata" Ya Allah, sesungguhnya aku mempunyai pekerja dan semuanya di bayar dengan cukup melainkan seorang pekerja yang telah meninggalkanku dan tidak mengambil gaji dariku terlebih dahulu. Kemudian gaji pekerja itu telah aku laburkan sehingga menjadi banyak. Selang beberapa lama pekerja itu datang pada ku dan menuntut gaji yang tidak diambilnya sebelum ini. Maka aku berkata" Ambillah segala ternakan Unta ,Lembu,Kambing serta budak yang mengembala itu, kerana itu semua merupakan gajimu"

Maka lelaki itu berkata" Wahai hamba Allah, janganlah engkau mempermainkan Aku . Aku berkata" Sesungguhnya aku tidak mempermainkan mu" Kemudian dia terus mengambil segala miliknya tanpa meninggalkan sedikit pun. " Wahai Allah, sesungguhnya apa yang aku lakukan ini semata-mata mencari RedhaMu, maka Kau gerakkanlah Batu itu untuk kami keluar dari Gua ini.Akhirnya Batu itu bergerak dan mereka boleh keluar dari Gua itu.

(Riwayat al-Bukhari,no 2272;Muslim,no 2743;Ahmad,2/116)

Pengajaran Kisah:

1-Kita dianjurkan untuk Berdoa kepada Allah Swt ketika menghadapi saat yang sukar.


2-Menjalinkan sesuatu hubungan di niatkan kerana Allah Swt agar mendapat berkat dan manfaat.


3-Taqwa merupakan penyelamat terutama ketika menghadapi masalah yang genting dan sukar.

4-Keutamaan berbuat baik kepada Ibu dan Bapa.

5-Ijarah merupakan suatu Akad yang di haruskan dalam Islam untuk memperoleh manfaat dalam waktu tertentu dengan bayaran yang setimpal.

6-Menepati janji.

7-Seseorang Muslim wajib menjalankan Amanah yang di berikan kepadannya.

8-Amalkan sikap berlapang dada dalam berurusan.

LIGA MALAYSIA



P.RAMLEE #5

COVER

ORIGINAL

Tuesday, January 10, 2012

2012 COMEBACK !

SixThirty have been in a long "vacation"..So, the time has come.to have a comeback ! 2012 ! Here we come !

SixThirty VOCALbulary


Fikri "Kapak" Sixthirty

Bazzi Sixthirty

Azroie Sixthirty

Zaid Sixthirty

Alep Sixthirty

Faiq Sixthirty







Monday, January 9, 2012

THE SEASON BEYBEYH !

Fuh ! Habuk ! KAW KAW KAW KAW ! HAHA. btw, baru2 ni aku masuk competition.Nasyid Underground.Ni la Video nya :



Keputusan? Boleh la.macam tu je la.