Friday, October 14, 2011

High Five Yo !

"Hey People !."


Hari tu kami ada show di LORONG SENI PUTRAJAYA.Then, tengok2 jam dah pkul 4. Dorg pun ajak la aku solat. Lepas solat aku pun macam tenang gle babeng..HAHAHA. Dalam hatiku berkata...

"wah, aku ada air semayang! Show berjalan lancar la ni !. hehe."

Kemudian, dalam perjalanan ke atas pentas, terserempak dengan Farah, kawan dari PLKN. Skang dia jadi model. nice one. haha. Kitorang still berjalan ke arah masing-masing and tak berhenti. Just nak tegur dia sambil berjalan, then sambung perjalanan aku .Hari tu dalam schedule lepas show kami, ada macam orang jalan2 tunjuk baju tu..Farah ni terlibat skali la..dalam perjalanan…



"yooo Farah! Good luck in your Jalan2!" *sambil buat simbol peace*

"hai! Good luck to you too!" *sambil buat simbol peace gak*



Tiba-tiba,jari-jemari Farah bergerak. Dari simbol peace perlahan-lahan dia tukar simbol tangan. Simbol apakah? Dari dua jari bertukar ke 5 jari. hmm, oh tidaak!!!! Adakah dia...

nak buat High Five???

Oh my god, tapak tangan dia dah dekat dengan tangan aku! Macam mana ni? In a nick of time, aku sempat berfikir perkara-perkara ni...


Kalau aku tarik tangan aku cepat-cepat, terjaga la air semayang aku. Tapi, takut dia lak rasa malu and tersinggung sebab aku tak nak high five.

Kalau aku biarkan tangan aku di-high-five-kan, terbatal la air semayang aku. Tapi dia tak la akan tersinggung and malu nanti.

hmm hmm, tiba-tiba...

 *PAP*

rilek je high five...waaaaaaa!!!! batal air semayang sudah . Involuntary action tiba-tiba berlaku zzzz. Then, tegur-tegur la kejap. Masing-masing cakap good luck. haha Farah2~ lawak betul.

Then member2 aku perasan aku di-high-five. Diorang pun faham situasi aku. Tergelak-gelak diorang. aiseyman. Tapi alhamdulilah, show berjalan lancar. Lepas tu kami semua pun siap2 nak balik..
Cam haremm….

No comments: