Tuesday, August 23, 2011

Nenek the "Devil Repeller" !

Hey Peeps ! Terawih mesti diteruskan !



Parent dan adik-beradik Koq tiada di rumah. Dia ajak lepak rumah dia pas Terawih . aku pn on jaa... Hanya aku, nenek Koq, dan Koq sahaja yang ada di rumah .Masa lepak2 tengok TV, melawak lah dengan nenek Koq ni .Orang tua melatah kan... Saja nak buat dia ceria-ceria. Tiba-tiba, ada ORANG call, kacau ar ! aku pergi keluar sekejap. Masa tu nenek Koq still tengok TV. Tengah makan roti kismis. Tiba-tiba...

"oi. OI! APA KAMU BUAT DI SINI!!?? PERGI KAU PERGI! JANGAN KACAU AKU!"

terkezut aku weh ! terus masuk..Then,

Aku macam "watafak?". Asal nenek Koq maki kat Koq ni ? Aku terus terjah semula ke ruang tamu. Belum sempat aku masuk ruang tamu, Koq cepat-cepat datang kepadaku. Muka cuak gila BABENG

Then, nenek Koq masuk dapur,

"Azroie, nape ngan nenek aku tu?? eee seram sial..."

"haa? apehal nih..."

*jantung berdegup kencang*

Sampai dapur, nampak nenek Koq membuat gaya KungFu sambil di tangannya masih ada roti kismis tu . Tiba-tiba dia terus jerit lagi nak halau something.

"PERGI KAU! JANGAN DUK GANGGU AKU LAGI!"

"Nenek, awat nih??? Nek cakap dengan sape??"

"Aku tengah cakap dengan setan ni. Dia duk ganggu Aku. ARGHH PERGI KAU!"

Ya Allah, betapa cuaknya aku time tu. Aku ingatkan kena rasuk, tapi tak jugak. Kewarasan dia masih ada.

Okeh, back to the story. AKu cuba distract nenek Koq dengan lambai kedua-dua tangan dan cakap "hai~~~~". Itulah rutin aku setiap hari kalau lepak ngn nenek Koq. haha. Seronok dia lambai balik. Aku lambai sungguh-sungguh, dia pun lambai sungguh-sungguh balik! Itulah salah satu cara aku melawak dengan nenek Koq. Tapi malangnya, tidak berhasil. Lepas tu, aku tanya dia,

"kat mana setan tu skang nek? sini?" aku tunjuk ke arah depan dia

"hang toksah la tau. Ini perkara orang tua..."

"............"

Aku pujuk nenek Koq perlahan-lahan sampai dia reda. Fuh, lama-lama dah ok la. Siap bagitau kami lagi jangan takut. haha. Alhamdulillah

Koq cam haramm dah lari awal2 ....padahal nenek dia tu zzz...

But there is one thing that bothers me....

"hang toksah la tau. Ini perkara orang tua..."

Tua-tua nanti kita akan nampak setan ke?

p/s : bulan puase ada hantu ke ?

No comments: