Wednesday, August 31, 2011

HISTORY of MALAYSIA !


Hey ! Selamat Hari Raya & MERDEKA !


Jadi,
bagaimana kita sebagai rakyat Malaysia boleh memahami erti sebenar kemerdekaan?


Pada aku,
secara peribadi,
rakyat negara kita kini takkan dapat faham erti sebenar kemerdekaan melainkan dua cara;


1) Cipta mesin masa dan dengan mesin masa itu, kembali ke zaman gelap derita dijajah penjajah dan rasai sendiri perbezaan kehidupan dengan zaman sekarang.


2) Dalami sejarah dan segala peristiwa sepanjang perjalanan tanah air menuntut kemerdekaan dari tangan penjajah melalui sumber seperti buku, tinggalan sejarah, muzium, cikgu sejarah, ataupun dengar sendiri secara 'first-hand' pengalaman dari veteran sama ada veteran perang atau tokoh negarawan yang masih ada.


Yang pertama adalah mustahil.
Yang kedua, walaupun tidak mustahil, namun amat susah dilakukan memandangkan budaya kita tidak menitikberatkan ilmu sejarah dan lebih memberatkan ilmu 'menjadikan diri lebih berharta'.


Sejujurnya,
aku sendiri tak mampu mendalami erti sebenar kemerdekaan.
Tiada mesin masa, tiada peluang berjumpa tokoh, dan tiada usaha untuk membaca.


Jadi,
disebabkan kebanyakkan kita tidak tahu erti sebenar kemerdekaan,
jangan pertikaikan apa yang negara sudah berikan kepada anda..

(Subsidi, royalti, duit kopi, biasiswa, tender)


Sebaliknya, fikirkan apa yang boleh kalian buat supaya negara menjadi tanah tempat tinggal yang lebih baik tanpa persengketaan, permusuhan sesama kaum, perbezaan fahaman politik, dan keruntuhan moral.
Selepas itu,
selepas segalanya menjadi baik,
kita sendiri dapat merasakan nikmatnya.
Seperti pejuang kita dulu bertungkus-lumus mendapatkan kemerdekaan.




Apa pun,
SAYA TETAP BANGGA
                  JADI ANAK MALAYSIA.
Bagi kalian,

apa erti sebenar kemerdekaan ? 

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-54

Wednesday, August 24, 2011

Tuesday, August 23, 2011

Nenek the "Devil Repeller" !

Hey Peeps ! Terawih mesti diteruskan !



Parent dan adik-beradik Koq tiada di rumah. Dia ajak lepak rumah dia pas Terawih . aku pn on jaa... Hanya aku, nenek Koq, dan Koq sahaja yang ada di rumah .Masa lepak2 tengok TV, melawak lah dengan nenek Koq ni .Orang tua melatah kan... Saja nak buat dia ceria-ceria. Tiba-tiba, ada ORANG call, kacau ar ! aku pergi keluar sekejap. Masa tu nenek Koq still tengok TV. Tengah makan roti kismis. Tiba-tiba...

"oi. OI! APA KAMU BUAT DI SINI!!?? PERGI KAU PERGI! JANGAN KACAU AKU!"

terkezut aku weh ! terus masuk..Then,

Aku macam "watafak?". Asal nenek Koq maki kat Koq ni ? Aku terus terjah semula ke ruang tamu. Belum sempat aku masuk ruang tamu, Koq cepat-cepat datang kepadaku. Muka cuak gila BABENG

Then, nenek Koq masuk dapur,

"Azroie, nape ngan nenek aku tu?? eee seram sial..."

"haa? apehal nih..."

*jantung berdegup kencang*

Sampai dapur, nampak nenek Koq membuat gaya KungFu sambil di tangannya masih ada roti kismis tu . Tiba-tiba dia terus jerit lagi nak halau something.

"PERGI KAU! JANGAN DUK GANGGU AKU LAGI!"

"Nenek, awat nih??? Nek cakap dengan sape??"

"Aku tengah cakap dengan setan ni. Dia duk ganggu Aku. ARGHH PERGI KAU!"

Ya Allah, betapa cuaknya aku time tu. Aku ingatkan kena rasuk, tapi tak jugak. Kewarasan dia masih ada.

Okeh, back to the story. AKu cuba distract nenek Koq dengan lambai kedua-dua tangan dan cakap "hai~~~~". Itulah rutin aku setiap hari kalau lepak ngn nenek Koq. haha. Seronok dia lambai balik. Aku lambai sungguh-sungguh, dia pun lambai sungguh-sungguh balik! Itulah salah satu cara aku melawak dengan nenek Koq. Tapi malangnya, tidak berhasil. Lepas tu, aku tanya dia,

"kat mana setan tu skang nek? sini?" aku tunjuk ke arah depan dia

"hang toksah la tau. Ini perkara orang tua..."

"............"

Aku pujuk nenek Koq perlahan-lahan sampai dia reda. Fuh, lama-lama dah ok la. Siap bagitau kami lagi jangan takut. haha. Alhamdulillah

Koq cam haramm dah lari awal2 ....padahal nenek dia tu zzz...

But there is one thing that bothers me....

"hang toksah la tau. Ini perkara orang tua..."

Tua-tua nanti kita akan nampak setan ke?

p/s : bulan puase ada hantu ke ?

SEGMEN KAD RAYA vs SMS RAYA !

Hey Peeps !



Kalau aku lah kan, Aku akan pilih Kad Raya berbanding SMS .

Reason : 1 ) Kad Raya Lebih FEEL dari SMS

2 ) Saya tiada TELEFON BIMBIT ! HAHA

Monday, August 22, 2011

SeLAmaT HaRi RAYA !

Hye Peeps !
Raya dah dekat gila babeng !
Apa macam Puasa ? cukup ?
terawih gempak ?
jumpe malam al-Qadr ?
Khatam bape kali ?
ok . baru soalan raya..
dah beli baju raya ? :)

TEEHEE !


Tuesday, August 16, 2011

P. RAMLEE #2

COVER


ORIGINAL

I Love You !

"How's Ramadhan ?"

Mlam tadi lepas terawih aku lepak kat foodcourt precint 9 ngn dak2 precint 11. Antara yang terlibat adalah aku, Zafrul,Hamdan, Isma, Lat, Fuzaimie, Kamil, Koq, dan Ikhwan. Tunggu punya tunggu punya tunggu, then barulah ada orang datang ambil order kami: seorang akak cina yang tak la cun mana pun, tapi cute :">







Anyways, ade benda yang aku suka tentang restoran tu
First, betul-betul 1Malaysia punya restoran.
Second, kebanyakan pekerjanya adalah dalam lingkungan 20-30

Pastu akak tu pun beri menu kepada kami. Dua menu. Sebab kami ramai takkan nak bagi satu je yedak. Lagipun nak bagi sorang satu menu pun takleh gak sebab restoran dia laku bai, penuh orang. Masing-masing order Nasi Goreang USA. and ada yang order Western. Aku ikut cadangan Koq. Katanya Nasi Goreng USA dia mantap. Then untuk air, aku tengok menu.

Tiba-tiba...

Semasa aku baca menu tu, aku terkejut! Tergamam sebentar. Geli hati pun ada. Aku tersenyum kecil. Tiba-tiba akak tu buat muka cute and mintak order aku pulak. Aku memandang ke arah mukanya yang tidak berbelah bagi. Tiba-tiba naluri lelaki sejati aku membuak-buak. and then....

"okay dik nak air apa pulak?"

"ummm, kak...umm...errr..."

"yes?"

"err...I love you.."

*sudden silent and bunyi cengkerik sebentar*











Korang mesti fikir bukan2 en? CB





























Akak tu terdiam, tak tau nak balas ape. Hanya tunduk dan terus menulis order di atas kertasnya. Tidak membalas ayat aku. Kemudian beredar dari situ tanpa sebarang jawapan. "I love you." woah tidak pernah aku sebut ayat ni kepada mana-mana perempuan selama ni...kecuali akak tadi. Isk aku tak handsome sangat ke :(

Tidak lama kemudian, order kami sudah sampai! wahhh masyukk! Memang pantas dan efficient! Tak sampai 15 minute semua order dah sampai. Cayalah! Then, akak tadi datang kembali dengan minuman kami. Kini, dia membawa jawapan.

"Nah, I love you."

Alhamdulilah!! aku dah dapat "I love you" dari dia!!! OMG! Praise be to Allah. *Nyanyi lagu jiwang sat*. haha. Kemudian dia beredar dari meja kami. Maybe tengah blushing? hahaha. Dia beredar tetapi meninggalkan cintanya di atas meja kami. huehue

Meninggalkan cintanya di atas meja kami? In what form? Of course, in the "I love you" form! haha. oh, you guys don't know what it means? okay I tell ya...


I love you :">

errr kurang jelas? baiklah. Actually, nama minuman yang aku order ialah..

I-LOVE-YOU

hahaha serius weh. Aku bukannya confess kat akak tu. gila apa. Ingat aku ada telur lebih. lol. Cuma nama air tu ialah "I love you". haha adoi laa tak leh bla. Kalau la aku buat restoran macam tu gak, bukan setakat nama minuman "I Love You" aku buat, nama minuman "I Am Sexy" pun aku akan buat. ahahaha. bayangkan...

"dik nak order ape?"

"I Am Sexy."

"......."

;D

P/S: ada banyak lagi nama. lupa lak. yang aku ingat I love you la. haha

P. Ramlee #1

PADU !
VERSI ORIGINAL

COVER

Sunday, August 14, 2011

LAGI-LAGI MIMPI ANEH !

Hey peeps ! hari ini rasa nak cerita tentang mimpi aneh aku semalam. it all started after I slept...



Pada suatu hari di Mahallah, ramai yang tengah lepak kat bilik B2-3-2. yang ade seingat aku ialah, aku, arep, poji, boncett, roy, jepp, maria, Apek, ngn dak2 bilik tu. kitorang macam tengah ada kan birthday party, memang macam meriah la.


Then pada suatu ketika, boncett terjatuh barang dia kat luar tingkap. Dia kuarkan separuh badan dia untuk mengambil semula barangnya (ntah barang ape ntah. xprasan). dah dapat . Then, macam mana ntah, barang dia jatuh lagi kat luar tingkap. Sekali lagi Boncett kuarkan separuh badan dia agi ke luar tingkap, tiba-tiba...Boncett terjatuh kuar dari tingkap

"Boncett Jatuh weyy !!!", jerit Apek apabila nampak Boncett jatuh

kami suma meluru ke arah tingkap dan pandang ke bawah. maka kami nampak jasad Boncett kaku sambil kuar banyak gila darah. Tiba-tiba suma menangis teresak-esak. yang macho pun nangisssssss. Roy sampai meraung.

Lepas tu, tiba-tiba suma online facebook. WATAFF? Kumpul suma laptop kat meja tengah tu sambil nangis lagi. Apek ngn Arep guna BB . Bukannya nak turun bawah tengok ape jadi kat Boncett. noob sungguh mereka ni. Pastu suma duk letak status sedih yang sama je pasal Boncett. Tiba-tiba, tangisan bertambah semakin kuat.

"WARGHHH BOOOONNNNNNCCCCCCEEEEEETTTTTT KENAPAAAA KAMU TINGGALKAN KAMIII?? :((((" jerit salah seorang dari mereka (aku lupa la sape )..

Tiba-tiba, suma dapat mesej facebook dari Boncett :

"woi aku darah sikit je laa. tu pun nak nangis ke? hak3~"

Tiba-tiba suma "yeay!" and parti dijalankan seperti biasa macam tu je :|

Conclusion : maka benarlah ape yang kami kata mengenai Boncett : "PAK USTAZZ :D". sampai yang macho, cool, and muka serius pun nangis gila-gila. mimpi takde motiffff hahah. oh and another lesson, jangan la melekat ngan facebook sangat. kang ade orang kemalangan, korang pegi main facebook dulu, then baru nak tolong orang. ape kejadahnya. sikit-sikit nak facebook. bende penting tak nak buat dulu, facebook lak yang dimain dahulu. ish3 berubahlah~

Hit Me !








Tuesday, August 9, 2011

7 Eleven CFS Nilai


Hey ! pagi tadi aku sahur kat McD 


pada suatu ari, bertarikh sembilanaugust, kul 4 pagi

aku baru balik McD ngn Zaid

singgah 7E jap

nk refresh diri. skali-skala ape salahnya

then suma brg2 yg hendak aku beli,

dah ltk kat counter cashier

then zaid gerak naik dorm dulu, tinggalkan aku sorg2

then, ade la akak comel ni kirakan brg

dr pakaiannya, dia manager situ kot

sebelah dia ade abang cashier gak

pakai baju merah

(selalunya cashier pakai baju merah en? haha)

dah siap kira, akak manager pun berkata,

"sumanya RM9.10"

(dgn muka comel dan mengantuknya)

aku bayar la gne duit RM10

then, dia amik duit tu,

and and and...
dia g amek baki RM9 utk aku

WATAFF ?

tiba2 bila dia br nak bg aku,

"ya Allah, bakinya 90 sen. bukan RM9.00"

bayangkan wehhh, RM10.00 - RM9.10 = ???

90 sen la kan?

ni smpai baki RM9.00 nk bagi aku. ahaha

member akak manager tu punya la gelak gila2,

aku tahan je gelakan aku,

sumpah x tahan, muka "tahan gelak" aku mcm ade potential energy,

lps potential energy, dpt la kinetik energy en

u know what I mean ryte? hahaha

aku buat mimik2 muka utk cover muka tahan gelak aku

mimik muka tahan gelak aku mcm dlm "GAKI NO TSUKAI"

bila dah siap dpt baki,

aku cepat2 kuar kedai

naik dorm

and gelak kuat gila vavi !



Tuesday, August 2, 2011

MUZAKKIR'S BOMOH !

Oleh kerana bosan yang teramat, I looked for someone to chat with. Someone who can fill my leisure time instead of eating XD.Then, aku teringat time sem 1 , Muzakkir Mansor punye bomoh~  Someone who can make chills running down my spine. Someone who loves to make people freak out. Someone like...peter...






Peter boleh berbahasa Melayu! anyone who wants to give a try chatting with him, go to www.peteranswers.com. Remember, he's watching you! xD
p/s : Kudo's for MUJAKKE ! setiap orang dalam bilik tu ketakutan dow ! haha !

Monday, August 1, 2011

MIMPI ANEH LAGI !

Hey ! Sahur !


sekali lagi, ini bukan rekaan, ini betul-betuuuul *suara pendekar mustar*. pagi tadi aku alami mimpi yang lagi aneh sebelum ni. link ke mimpi sebelum ini [HERE] maka mulalah al-kisah mimpi azri azroie...

Citernya bermula di perkarangan tempat letak kereta yang luas di luar SACC mall. aku sedang jalan dari PKNS Shah Alam ke arah SACC. Tapi kali ni...aku tidak berjalan keseorangan. Aku ditemani oleh seorang jejaka tampan. Dan jejaka itu cukup dikenali oleh budak-budak SAMTTAJ. aku pun heran macam mana bole masuk mimpi aku nih. hahaha. orangnya ialah....BEAN. wadde...

Sambil berjalan tu, kami bersembang. Tak pasal-pasal, dia ajak aku lumba lari. err aku pun trimalah cabaran. kemudian, POOF! kami lari laju sebijik macam dalam KUNGFU HUSTLE. tak pernah dibuat orang.



Tiba-tiba terserempak satu teksi ni. Kemudian terjumpa lah kawan aku, ZULIANI or nicknamenya "Zul". Dia tengah angkut-angkut barang ke dalam teksi. aku pun ntah macam mana tiba-tiba datang ngorat. Tiba-tiba muncul parents Zul.[aku rasa la.] aku pun salam dorang and aku suruh FATHUR salam gak. WTFF??? Fathur tiba-tiba ade...suka sangat eh ko masuk dalam mimpi aku, FATHO -_-". Bean hilang ntah kemana. err tu je lah aku ingat

Maybe Fatho ngan Bean merge as an entity? dunno, coz it's just a dream!