Tuesday, June 7, 2011

Women ?




Ok.entry kali ini aku ingin mencuba menulis menggunakan Bahasa Malaysia yang berbunga-bunga sedikit.HAHA.GELI SIAL !. Tapi aku ingin mencubanya, kerana rakanku di CFSIIUM mengatakan aku ingin menunjuk-nunjuk.Antara komen yang diberikan "tau la ko dah exempted English Azroie ! tak payahlah nak Omputih sangat.HAHA."

Dekat Facebook aku ada bertanyakan soalan, berikan maksud wanita dari pandangan seorang lelaki. Pelbagai jenis jawapan yang aku terima, tapi rata-rata kebanyakannya adalah jawapan bernada positif, baik dan tidak melampau aku katakan terlalu general dan sedikit hipokrasi di situ. Maafkan aku kalau kenyataan itu menyinggung tetapi apa yang cuba disampaikan melalui definisi seorang lelaki, bukan melalui kamus.

Betul, wanita ibarat permata hidup, wanita adalah good figures, lemah lembut, teman hidup, kekasih si lelaki, dan bermacam-macam lagi nada positif. Tetapi adakah itu maksud sebenarnya dari hati seorang lelaki? Kalau wanita adalah segala-galanya kenapa terdapat pergolakan rumah tangga? kenapa adanya peristiwa-peristiwa hitam yang meragut si lelaki dan diragut si wanita?

Persoalan di atas bukan mahu menghukum wanita, bukan mahu menjatuhkan wanita, tapi mencari siapakah wanita itu sebenarnya? Kalau wanita itu adalah sebaik-baik insan kenapakah lebih ramai wanita di neraka berbanding lelaki? Bukankah wanita itu lebih baik dari lelaki?

Bagi aku, wanita adalah 'racun'. Racun di sini tidaklah sama seperti racun yang biasa kita dengar, pemusnah, penyeksaan, tapi lebih kepada kenapa racun itu ada pada wanita. 

Racunnya wanita ini, kerana disebalik kejayaan seorang lelaki adanya mereka. Tapi, ada juga jatuhnya lelaki kerana racun wanita ini.


Racunnya wanita ini, kerana sentuhan mereka bisa menggoncangkan dunia. Tapi ada juga hebatnya sentuhan ini sehingga goncangnya iman si lelaki-lelaki.

Racunnya wanita ini, kerana bisanya membuatkan seorang lelaki jatuh cinta padanya. Tapi ada juga sehingga mampu membunuh sang lelaki kerana cintanya juga.

Racunnya wanita ini kerana menjadikan sang egois lelaki tunduk. Tapi ada juga yang hanya suka mencabar kewibawaan dan kesabaran si insan bernama lelaki.

Racunnya wanita kerana dia dijadikan teman hidup, menemani si lelaki yang kesunyian. Tapi ada juga dek kerana mereka, merananya sang kesunyian mencari teman di sisi.

Racunnya wanita hanya sebuah senyuman mampu menyembuhkan luka di hati sang lelaki. Tapi ada juga dek kerana senyuman itu mampu melebarkan racun di hati yang sedang lara.

 Racunnya wanita itu mampu mengalirkan kesyahduan di benak keras hati lelaki. Tapi ada juga yang membuatkan kerasnya hati itu semakin keras.
 Seperti kata-kata seorang teman, wanita dan lelaki ibarat kunci dan mangganya. Ianya sepatutnya sepadan antara duanya, namun apa yang membuatkan ia tidak sehaluan adalah cara membuka kuncinya (kasar atau lemah lembut) dan bagaimana menjaganya agar kunci dan mangga sentiasa ngam bersama dan tidak berkarat ataupun patah di pertengahan jalan.

Namun, harus diakui wanita mempunyai racun yang amat mendalam dalam kehidupan seharian si lelaki. Naiknya lelaki kerana wanita, jatuhnya lelaki pun kerana wanita. Dan kerana wanita itu dijadikan kerana untuk menemani si lelaki yang kesunyian dan kerana itu dikatakan wanita adalah sebahagian dari lelaki (yakni dari tulang rusuk lelaki yang bengkok). 

Dan sehingga kini, aku masih menggangap mereka racun yang senantiasa mengalir dalam tubuh badan kita (kecuali korang gay atau lesbian)

p/s : sebarang masalah/tambahan idea mengenai pos ini atau cadangan mengenai pos akan datang sila komen dibawah(kerana saya sudah kekeringan idea) :)