Tuesday, June 14, 2011

Showcase Amal Shuhada At-taqwa !


shuhada at taqwa
Sebuah showcase nasyid yang terbesar dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Showcase Amal Shuhada At-Taqwa telah diadakan pada 11/6/2011
Showcase ini diilhamkan oleh Munsyid Malaysia (Majlis Usrah Nasyid Malaysia) susulan daripada kejadian menyayat hati yang melanda Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa pada 27 Mei 2011 yang lalu.
Seramai 50 artis nasyid tempatan, (dan ramai lagi) akan menyertai showcase ini yang akan menggabungkan hampir kesemua artis nasyid ternama tanah air termasuk Raihan, Hijjaz, Rabbani, Inteam, Nowseeheart, Saujana, UNIC, Nazrey Johani, Hafiz Hamidun, Muadz, Far East dan ramai lagi. Aisyah juga akan turut sama memeriahkan showcase tersebut sebagai artis undangan.
Showcase amal ini menerima tajaan hampir keseluruhan sudut, dan kesemua artis-artis nasyid yang terlibat adalah tanpa bayaran. Tujuannya, untuk mengumpul dana yang akan disalurkan terus kepada Persatuan Anak-Anak Yatim Malaysia (PAYM) untuk diurus dan ditadbir dan pembangunan semula Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa.
Kepada mana-mana badan-badan korporat, syarikat dan dermawan yang berhajat untuk menyumbang, boleh berhubung terus dengan Azadan Rabbani (019-211 0300) atau Isman Hijjaz (03-6140 8280) atau boleh juga menyumbang terus kepada Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa dengan bank-in kepada:
PERSATUAN ANAK-ANAK YATIM MALAYSIA
Maybank: 5641 3730 0901
Semoga usaha ini akan menjadi bekalan untuk kita di hari akhirat kelak. Insyallah.

InsyaAllah . To anyoneyangt tak de peluang nak pergi . boleh la juga donate terus kat akaun Maybank kat atas tu . and here, aku ada sedikit gambar from showcase amal tu . tp bukan aku yg tangkap gambar, credit to Kak Ummu Habibah  (BHC Sisterz) kerana telah tangkap gambar pada hari dan malam tersebut . WOOT ! WOOT ! 

Persembahan perkusi 

Frenz
BHC Sisterz






Semua orang ad FB kan kan kan ? Klik je tulisan merah tu, in a few second you will be directed to facebook~ HAHAHA Like la page ni :




By Heart Clan (BHC)












2 comments:

bunbun said...

cis! bukan nak bawak aku.


haha ade jumpe abang2 aku tak wei? haha

Azro!e said...

spe abg2 kau? HAHA . hafiz hamidun dan lain2? HAHA . ade kot .